Followers

♥ Like Button ♥

Thursday, October 10, 2013

Kupasan Hadis Ghulam : Kitalah Pemuda Itu~



Mungkin ada yang rasa biasa sahaja apabila membaca hadis ghulam.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh hadis tersebut. 
Ada kaitan ke hadis tersebut dengan keadaan kita sebagai pelajar. 
Adakah hadis tersebut setakat sebuah cerita? 
Agak-agaknya, Rasulullah SAW suka-suka ke nak buang masa nak cerita dengan sahabat kisah tersebut yang serasanya sangatlah panjang?

Insya Allah kita berkongsi sedikit pengajaran dari hadis ini. Sekiranya ada kesilapan, teguran adalah dialu-alukan. Hadis ni sebenarnya terlalu bermakna setiap baris dan ayatnya. Menjadi taklif (tanggungjawab) untuk berkongsi meskipun ilmu yang ada terlalu sedikit.

Ghulam ni apa sebenarnya? Remaja lelaki. Kisah ni pernah disebutkan dalam Quran ke? Pernah. Dalam Surah Buruj. Kisah tentang parit. Bila satu kisah tu Allah sebut dalam AlQuran, kisah tu sangatlah penting. Macam orang yang menyusun buku teks, dia kenalah pastikan apa yang dia nak tulis dan susun dalam buku teks tu adalah benar-benar penting. Macam itu juga dengan AlQuran. Kitab dan pedoman sepanjang hayat. Maka setiap perkara yang Allah sebutkan tu memang sangat relevan dengan kita.

Allah sebut ke nama ghulam tu dalam AlQuran? Rasulullah sebut ke nama ghulam tu dalam hadis tersebut? Allah dan rasulNya sebut ke nama tempat itu? Tak. Sebab apa? Sebab nak tunjukkan kat kita betapa ‘evergreen’nya hadis ni. Rasulullah SAW nak tunjukkan kat kita betapa relevannya hadis ni meskipun kita duduk pada era 2020. Saya adalah ghulam. Awak adalah ghulam. Siapa sahaja adalah ghulam.

Kenapa agaknya hadis ni pasal ghulam? Seorang remaja. Kenapa bukan pasal seorang tua yang dah matang dengan pengalaman ke? Kenapa agaknya? Sebab remajalah penentu masa depan sesuatu bangsa kan? Remajalah golongan yang mempunyai semangat yang sangat kental. Punya misi dan visi. Tindakannya jauh lebih mencabar dan mungkin tak tercapai dek akal manusia biasa. Keputusannya membuat orang terpegun. Remajalah golongan yang sangat kreatif dan inovatif. Tapi apa yang jadi kat kebanyakan remaja sekarang? Mereka adalah golongan yang begitu hebat dengan perkara-perkara yang membinasakan. Hebat smoking, hebat clubbing, hebat cakap kosong, dan segala macam kehebatan yang menghancurkan ada dalam diri kebanyakan remaja dewasa ini.

Kita tengok hadis ini. Kisah ini dimulakan mengenai dialog di antara raja dan tukang sihir. Raja mempergunakan tukang sihir demi kepentingannya. Dan tukang sihir tahu sekiranya dia telah tiada, raja akan bermasalah. Maka dia meminta raja mencarikan seorang budak. Dalam riwayat Tarmizi disebut: “Carilah untukku seorang budak yang mudah memahami atau dia berkata: yang cerdik dan cepat faham” .

Kenapa budak yang cerdik dan pandai? Sebab kalau bodoh, kena ajar sihir berkali-kali. Menyusahkan. Maka raja pun mencari budak yang pandai. Macam mana raja cari? Tidak disebutkan dalam hadis ini. Mungkin raja buat peperiksaan SPM, tapis mana satu pelajar terbaik.

Lepas itu kita tengok tentang rahib. Bila budak itu sudah terpilih sebagai ahli sihir raja, maka popularlah dia. Terkenal. Semua orang kenal dia. Macam pelajar terbaik SPM, keluar di dada akhbar dan televisyen. Rahib pun kenal dia. Dan rahib ini pun berusaha untuk berkenalan dengan budak (ghulam) ini tadi. Tidak diceritakan macam mana rahib kenal budak itu. Zaman itu tiada boarding school. Maka ghulam ini berulang alik dari rumah ke tempat tukang sihir. Dalam perjalanan itu dia bertemu rahib. Dan rahib telah melakukan segala usaha untuk berkenalan dengan ghulam.

Kemudian ghulam pun syok dengan ilmu si rahib. Bermulalah episod baru dalam hidupnya, perkenalannya dengan Islam. Buat sahabat-sahabat sekalian, kisah ini adalah persis perjalanan hidup kita yang bukan kebetulan. Kisah ini adalah kisah perjuangan. Dan kisah ini akan terus berlaku sehingga hari akhirat. Ghulam akan terus hidup sehingga kiamat berlaku. Dan kitalah ghulam tersebut.


Mungkin sahabat-sahabat tertanya-tanya, jadi apa kaitannya hadis ni dengan kita? Hakikatnya, hadis ini nak ajak kita semua kembali menjadi ghulam atau remaja yang soleh dan musleh, yang baik dan cuba menjadikan manusia lain juga baik. Nak senang faham kaitan hadis ni dengan kita, dapatlah disimpukan:

1) ghulam – kita golongan remaja
2) ilmu sihir – macam ilmu duniawi yang kita pelajari seperti ilmu perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan lain-lain lagi
3) tukang sihir – macam pensyarah-pensyarah kita di universiti atau cikgu-cikgu di sekolah yang mengajar kita ilmu duniawi
4) ilmu yang dipelajari dari rahib – macam ilmu agama yang kita pelajari dalam usrah, atau dari guru-guru agama kita, ilmu yang benar..

5) rahib – macam ustaz atau ustazah, naqib dan naqibah

Kita tengok ghulam ni. Dia belajar ilmu medic sahaja ke? Atau dia belajar agama dalam usrah sahaja? Dia belajar dua-dua benda. Ada di kalangan kita yang hanya tahu score dalam exam sahaja, tapi tidak tahu langsung pasal agama. Bila ada yang ajak pergi usrah/ program agama, rasa malas. Ada pulak yang hebat sekali dalam ilmu agama sahaja, akademik hancur belaka. Maka jadilah macam ghulam, balance dalam aspek duniawi dan ukhrawi.

Kalau kita tengok hadis ini, pernah tak si rahib suruh ghulam berhenti belajar sihir? Tidak pernah. Dalam keadaan terdesak pun, si rahib suruh ghulam ‘menipu’ sahaja. Tidak suruh ghulam berhenti belajar sihir. Kenapa agaknya ghulam ni belajar ilmu sihir sedangkan tanggungjawab dia adalah khalifah kat muka bumi ni? Bukan ke dia kena buat kerja dakwah, kena ajak orang kepada Islam. Tapi kenapa dia belajar ilmu duniawi jugak, kenapa bukan ilmu ukhrawi sahaja? Kenapa tak belajar pasal islam sahaja? Macam kitalah jugak kan, kenapa buat perubatan, undang-undang, kejuruteraan dan lain-lain? Bukan kita kena jadi khalifah ke? Sebabnya ultimate goal kita bukanlah nak jadi doktor, jurutera atau peguam semata-mata. Tapi semua tu adalah cara kita nak ’menyihir’ hati manusia lain kepada Islam. Kan best kalau jadi doktor, 5 minit je rawat pesakit, tapi 10 minit adalah berdakwah. Best tak? Best kan. Patient percaya tak? Mesti percaya. Kenalah jadi macam ghulam, dia belajar ilmu sihir tu untuk menyihir hati orang lain. Bila dia sembuhkan orang buta tu, dia katakan kat orang buta tu, Allah yang sembuhkan. Dia dakwah kat orang buta tu. Best kan kalau dapat jadi macam ghulam?

Ghulam belajar ilmu sihir itu dengan matlamat yang benar. Matlamatnya apa? Perjuangan aqidah yang hak. Hatta sehingga akhir hayatnya. Kalau kita tidak faham matlamat hidup kita, jadilah kita tukang sihir selama-lamanya. Jadilah kita doktor yang tidak pernah tahu tujuan penciptaannya. Dan kita akan terus diperkudakan. Macam orang Indonesia yang tolong bina KLCC itu. Dia buat kerja susah-susah, tapi orang lain dapat nama. Dia dipergunakan.

Ghulam bukan begitu. Sihirnya menyebabkan dirinya hebat. Hatta memperkudakan sang raja. Dia arahkan raja buat macam-macam semata-mata nak membolehkan raja membunuh dirinya. Tapi bukan tujuannya nak mati sia-sia. Dia memperkudakan raja agar perjuangan aqidah itu sampai kepada matlamatnya. Di hadapan semua manusia, kalimah tauhid itu berjaya ditegakkan. Kita pun perlu begitu. Jadi doktor yang hebat. Tujuannya semata-mata agar perjuangan aqidah ini sampai kepada matlamatnya. Agar Islam ini mencapai ustaziatul alam.

Lepas tu, kita tengok lagi ghulam ni. Dia cuba test ilmu dia saat dia bertemu binatang di jalanan. Dan bila dia yakin yang ajaran rahib adalah betul, dia pun mengorak langkah. Cuba tanya kat diri kita? Kita yakin ke dengan Islam yang kita pikul? Kita malu tak nak cakap dengan orang lain pasal Islam? Kalau kita dah yakin, apa yang kita lakukan? Ghulam ni saat dia dipanah dan syahid, dia dah tinggalkan roh-roh iman dan Islam ke dalam hati rakyatnya. Kalau kita ditakdirkan meninggal dunia hari ini atau esok, apa yang kita dah tinggalkan? Adakah kita telah mengubah sesuatu? Adakah kita telah menyinari hati manusia lain dengan roh iman dan Islam? Atau kita juga sama dengan insan lain yang menjadi beban di muka bumi Allah ini tanpa melaksanakan apa-apa?

Dalam kisah ghulam ni jugak, Allah tetap menyempurnakan agamaNya sebagaimana Dia menolong ghulam dalam kisah ini. Kaum yang selama ini berada dalam kesesatan dan kezaliman mendapat hidayah Allah apabila melihat peristiwa yang berlaku kepada budak itu.Allah taala senantiasa membantu mereka yang menegakkan dan memelihara serta mempertahankan agamaNya. Dalam keadaan realiti di zaman ini yang penuh dengan hiruk pikuk Jahiliyyah, hanya kitalah harapan ummah. Manusia lain melihat kita seolah-oleh bermimpi dengan kemenangan Islam, tapi kita percaya Islam tetap akan gemilang. Kita berusaha ke arah tersebut agar kita layak di kaca mata Allah untuk dikurniakan kemenangan.

Apa lagi yang kita pelajari dari hadis ghulam ni? Allah mampu membangkitkan pendakwah pada agamaNya daripada kalangan orang yang mana pada mulanya dianggap pengukuh kepada kerajaan Thaghut sebagaimana ghulam di dalam kisah ini, pada mulanya ghulam itu menjadi murid kepada tukang sihir tetapi akhirnya beriman kepada Allah melalui pengajian yang di perolehi daripada rahib dan akhirnya dia menjadi penentang paling kuat kepada kerajaan yang zalim itu. Kadang kita lihat sahabat kita, dah macam tiada harapan. Kita tertanya-tanya, bolehkah dia berubah? Tapi hidayah milik Allah. Kita hanya berusaha. Kalau kita dah tak mampu dah nak ubah dia, perkara paling kecil yang kita lakukan adalah doa. Berapa kali kita doakan dia? Kita tidak pernah tahu takdir penentu titisan hidayah ke atas dirinya. Sekiranya Allah takdirkan dia bertemu seseorang, hatta mungkin seorang penzina sekalipun, mungkin sahaja dia berubah. Sepertimana kisah Imam Syafie yang belajar sesuatu dari pencuri. Sahabat kita itu mungkin hanya memerlukan satu saat sahaja untuk berubah. Dan berubahnya sahabat kita itu kelak mungkin sahaja menjadi batu locatan kepada perjuangan Islam itu sendiri.

Kisah ghulam ni juga mengajar kita bahawa iman tidak memerlukan masa yang panjang setelah diberi hidayat oleh Allah didalam hati manusia sebagaimana yang terjadi kepada kaum di dalam kisah ini. Tidak siapa tahu urusan hidayah dan iman ni. Kadangkala di saat akhir kehidupan seseorang itu, barulah dia menemukan cahaya keimanan sepertimana pengikut-pengikut ghulam. Ghulam tidak sempat pun ajar surah Fatihah, syariah kat pengikut-pengikutnya. Tapi berimannya pengikut-pengikut ghulam, mereka sanggup untuk dicampak dalam parit yang panasnya begitu menyakitkan.

Allah juga mengurniakan karamah (kemuliaan) kepada wali-waliNya didalam memperkukuhkan lagi keimanan dan keyakinan. Mungkin dalam realiti kita di zaman ini, mungkin Allah kurniakan kita lisan yang fasih dan segala macam kelebihan untuk menyentuh hati manusia. Menjadi tanggungjawab kita untuk meneruskan perjuangan dan menjadi mata-mata rantai perjuangan.

Kita juga belajar satu perkara yang sangat praktikal dengan kita. Orang kafir sentiasa bermusuh dengan orang beriman sebagaimana di gergaji rahib dan pegawai raja yang telah beriman kepada Allah. Dalam urusan perjuangan dan tarbiah ini, pasti ada onak diri. Semakin tinggi kefahaman, semakin tinggi ujian. Jalan dakwah ini tidak pernah dihampar dengan permaidani merah. Macam-macam cara musuh Islam bekerja untuk menghancurkan kita. Tapi kita wajiblah bersabar di dalam menempuh ujian sebagaimana sabarnya rahib, pegawai dan budak itu serta kaum yang telah dihumbankan ke dalam lubang api. Dapat kita bayangkan bagaimana rasanya kalau digergaji? Dapat kita rasakan bagaimana sakitnya kalau dihumban ke dalam api? Kadangkala kalau nak dibandingkan dengan ujian mereka, ujian yang kita lalui terlalu sedikit. Mudah sahaja kita mengeluh bila Allah uji dengan sedikit cubaan. Kita selalu sahaja meminta kat Allah dipermudahkan ujian. Kenapa kita tidak minta kat Allah agar dikurniakan hati, fizikal dan mental yang kuat untuk menghadapi ujian?

Apa lagi yang best pasal hadis ghulam ni? Pasal kes ‘tipu-tipu’.

Rahib berkata, ‘Jika tukang sihir ingin memukulmu katakanlah, aku terlambat karena keluargaku. Dan jika keluargamu hendak memukulmu maka katakanlah, aku terlambat karena (belajar dengan) tukang sihir’.


Ada yang salah guna hadis ni dan mengatakan Islam membenarkan kita menipu. Islam tidak sesekali membenarkan kita menipu. Tiada istilah bohong sunat dalam Islam. Cuma dalam kes ni, situasinya berbeza. Cuba bayangkan kalau si rahib tak suruh ghulam buat macam tu. Apa akan jadi? Ghulam dah tidak boleh belajar ilmu dari si rahib. Terputus ilmu. Islam tak ke mana. Tipu tidak pernah dibenarkan dalam Islam kerana keburukannya yang besar. Namun dalam situasi di mana keburukan akan menjadi lebih besar sekiranya tidak menipu, maka ketika itu hukumnya adalah wajib menipu.

Sama juga situasinya di zaman Rasulullah, berkenaan dengan kisah Ammar. Bila dia sudah nyaris dibunuh, dia mengatakan dia tidak beriman dengan Allah dan RasulNya, meskipun hatinya tidak mengiakannya. Rasulullah iktiraf perbuatan dan iman Ammar kerana dalam keadaan darurat.


Di dalam Islam, kita dibolehkan membuat helahan dalam peperangan dan perkara yang bertujuan menegakkan kebenaran. Contoh macam kita la kan, mungkin kalau nak pergi program agama, ayah dan ibu kita tidak beri izin. Apa kita nak buat? Jangan berbohong, tapi berdalih. Katakan pada ayah dan ibu kita, kita nak pergi program motivasi. Kita tak berbohong, bukan? Sebabnya kalau kita program agama, dengar kisah ghulam misalnya, kita akan termotivasi, bukan?

Macam jugak dalam kisah Rasulullah SAW. Rasulullah lihat ada seorang pemuda Mukmin yang dikejar oleh musuh. Musuh tersebut tidak mengenali Rasulullah dan bertanyakan Rasulullah, adakah Rasulullah melihat pemuda tersebut. Apa Rasulullah lakukan? Rasulullah ubah kedudukan dia dengan melangkah ke tempat lain dan Rasulullah mengatakan, ”Sewaktu aku berada di sini, aku tidak melihatnya”. Rasulullah menipu ke? Tidak, tetapi sebaliknya Rasulullah berdalih.

Macam jugak perjalanan Rasulullah dan Saidina Abu Bakar. Bila ada yang bertanyakan Saidina Abu Bakar, siapakah Rasulullah, Saidina Abu Bakar mengatakan bahawa Rasulullah itu adalah ’penujuk jalan’ untuk menjaga keselamatan Rasulullah. Mungkin di mata orang yang bertanya, Rasulullah adalah orang yang tahu selok belok perjalanan ke sesuatu tempat, tetapi di hati Saidina Abu Bakar, dia tahu bahawa Rasulullah adalah ’penujuk jalan’ yang lurus. Saidina Abu Bakar berbohong ke? Tak, sebaliknya berdalih.

Dalam hadis ghulam ni juga ditekankan tentang kepentingan menjaga ’sirr’/ kerahsiaan.

Sang rahib berkata, ‘Wahai anakku, kini engkau telah menjadi lebih utama dari diriku. Kelak, engkau akan diuji. Jika engkau diuji maka jangan tunjukkan diriku”.

Kenapa rahib tidak benarkan ghulam menunjukkan diri si rahib? Sebab ni adalah perkara kerahsiaan. Ada perkara yang kita perlu jaga dalam perjuangan sebab musuh Islam sentiasa mencari jalan menghancurkan kita. Kerahsiaan (sirr) dan berhati-hati (hazar) ini adalah salah satu strategi dalam Islam.



Mereka yang benar-benar yakin, Istiqomah, sabar dan ikhlas dalam perjuangan sahaja yang akan mendapat kemenangan. Malah hadis ini diletakkan dalam bab sabar di dalam kitab Riyadhus Salihin. Moga kisah ini memberikan suntikan semangat buat kita untuk terus berada dalam perjuangan yang penuh onak dan duri ini.

Ini adalah sharing daripada Ummu Afeera >> Inqilaab 

♥ with love, fara ♥









Wednesday, September 18, 2013

Murabbiku


Buat Murabbi yang tidak pernah kenal erti lelah....

Murabbiku...
Jikalau dulu duniaku gelap,
Tidakku kenal erti sebenar,
Segalanya gelap dan hampa,
Tidak mampu apa-apa,
Tidak mampu kemana-mana.

Murabbiku,
Kini duniaku penuh dengan warna-warna ceria,
Penuh dengan tarbiyyah gembira,
Penuh dengan goresan dan kata-kata,
Yang dulunya daku lena dibuai mimpi nan indah,
Kini mulai sedar realiti hidup nan nyata.



Murabbiku,
Pengorbananmu membuatkan kami terbangun
Tersadar dari lelapnya dunia fatamorgana,
Yang melupakan kami tentang erti perjuangan sesungguhnya
Iaitu perjuangan di jalan Allah.

Murabbiku,
Jazakillahu khair kerana mengajarku,
Tentang indahnya warna-warni tarbiyyah,
Tentang tujuan garisan yang dilukis,
Tentang kata yang harus dibaca,
Tentang bicara yang perlu dirasa,
Tentang siraman taujih yang membasahi hati.

Impian setiap murabbi ingin melihat mutarabbinya maju melangkah kehadapannya

Murabbiku,
Kini aku juga seorang murabbi,
Bersama membina syuhada juga pahlawan,
Pejuang agama yang menegakkan shahadah.

Murabbiku,
Doakanku setegar batu karang,
Masinnya laut mampu ditelan,
Menjadi tempat perlindungan,
Buat mereka yang memerlukan.

♥ with love, fara ♥










Monday, September 16, 2013

Back to School

Assalamualaikum readers...

Spring break dah pun melabuhkan tirai....
Tinggal beberapa bulan untuk mengakhiri semester ke2 dan tahun 2 di university of auckland...
apa pun ingatkanlah diri mu tujuan sebenar kehidupanmu di dunia ini...
SubhanaAllah...

InshaAllah ada seorang hamba pernah berkongsikan tadabbur surah thaha kepada farah....
Farah sangat menarik dan inshaAllah fara ingin berkongsi pada readers semua...
Jom kita sama-sama tadabbur surah thaha : ayat 17-21

A017
"Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?"
(Taha 20:17)

A018
Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu". 
(Taha 20:18)

A019
Allah Taala berfirman: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!"
(Taha 20:19

A020
Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.
(Taha 20:20)

A021
 Allah berfirman: "Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal.
(Taha 20:21

Dalam ayat 17,
Nabi Musa ingat tongkatnya sgt baik untuknya, sbab byk manfaat..
Tapi dalam ayat-ayat seterusnya,
Allah tukarkan tongkat tu jadi ular,
dan Nabi Musa jadi takut..
Allah mengingatkan kita, yg sebenarnya Allah lah yg menentukan samada sesuatu tu baik atau tidak baik untuk kita, bukan kita..
Kadang-kadang kita fikir kalau study kuat-kuat dan banyak-banyak,
ini baik untuk exams kita..
Kadang-kadang kita rasa buat bagus dalam assignment dan test kita baik untuk grades kita..
Kita rasa score dalam exams dan grades bagus bermanfaat untuk kita..
Tapi kita lupa, Allah jualah yg menentukan samada usaha-usaha study kita
baik atau tidak untuk exams kita..
Allah yg menentukan samada test dan assignmemt kita baik atau tidak untuk grades kita..
Allah yg menentukan samada exams dan grades kita bermanfaat atau tidak untuk kita..

So kembalilah kepadaNya..
Bergantung dan berserahlah spenuhnya kepadaNya..
Dan bertawakkal lah kepadaNya..
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang..


marilah kita belajar supaya setiap ilmu yang dipelajari dapat mendekatkan diri kembali kepada Allah...
Belajar juga merupakan satu ibadah
sekiranya kita belajar tapi melambatkan kita solat...
sekiranya kita belajar tapi menghalang kita mempelajari ilmu Allah yang lain...
perlu untuk kita check kembali tujuan sebenar kita belajar....


Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
[Surah Al-Baqarah 2:216]





♥ with love, fara ♥









Saturday, September 14, 2013

Tarbiyyah dari Pokok

Assalamualaikum readers...

Alhamdulillah telah diizinkan Allah dan dikurniakan keberkatan masa sebentar
untuk berkongsi apa fara bersama anak-anak usrah dapat berusrah di dalam hujan... 
Alhamdulillah kita merancang, Allah juga merancang dan 
Sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik...

Inilah lukisan fara semasa usrah hari ni... 

Hasil lukisan orang yang tak kreatif.... *uhuk-uhuk

Pokok...... 
Kenapa pokok ea...??
Apakah tarbiyyah yang dapat kita selami melalui pokok...??



Pokok yang tumbuh segar bugar, kuat dan kukuh, cantik bunganya dan manis buahnya, bermula dengan benih.

Bermula dari benih hingga ke peringkat menikmati buah yang manis, kita manusia hanya ada usaha dan tawakkal. Allah jualah Maha Berkuasa menumbuhkannya, Maha Suci Allah.

Andaikan benih yang kita ambil dari pokok sama, kita semai di tanah sama serta disiram jumlah air sama. Saban hari hari dilihat, ada bertunas, ada mulai keluar dari kelopak kulit, bahkan ada juga seperti asal disemai.

Hari berlalu bersama siraman air dan taburan baja sama rata, ada benih kekal tidak bertunas, ada mula menjadi anak pokok dan ada telah mengeluarkan dedaun hijau menawan.

Masa berlalu, pokok semakin membesar, ada kelihatan sihat, ada kelihatan lemah. Usaha menyiram dan membaja serta memangkas dilakukan, hasilnya, sihat semakin kuat, lemah kembali sihat. Tetapi ada juga sihat bertukar menjadi lemah, si lemah menjadi sihat, malah ada yang tamat riwayatnya.

Usaha konsisten dilakukan, pokok-pokok semakin kuat. Ghairah dengan usaha menyiram, membaja dan memangkas, ada pokok terus kuat, ada patah terjirus air, ada rosak terlebih dos baja dan ada juga maati terpangkas. Jelasnya ada kesilapan pada usaha.

Ujian tiba, ada pokok cekal hidupnya, ada cacat dihinggap serangga, ada mati tumbang ditiup angin atau ditenggelami banjir.

Yang hidup pula ada berbunga, tetapi kemudian layu. Ada berbunga, lalu berbuah, buahnya masam, pun begitu tetap juga ada yang manis.



Ujian itu Allah jadikan sebagai latihan untuk melatih hambaNya menjadi seorang yang sabar.
” Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun”. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” 
(Al-Baqarah : 155-157)




Seumpama itu barangkali metafora fitrah tarbiyyah berdasarkan jati diri pokok.
Kita hanya berusaha dalam pelbagai cara, hasilnya berbeza-beza.
Dalam hidup ini kita hanya mampu berusaha...

Kita memerlukan tarbiyyah dan tarbiyyah itu sebenarnya datang dalam pelbagai cara...
sama ada dalam bentuk nikmat mahupun ujian...
kadang-kadang kita sedih bila diuji...

kita tanya pada Allah kenapa aku?

kenapa dalam banyak-banyak pokok, aku antara ditiup angin paling kuat...??

kenapa aku antara pokok yang sering dibaling kayu oleh kanak-kanak...??

"Allah sedang berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas. sabar dan ikhlas itulah islam" 


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 
"Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)' 
[Surah Al-Ankabut: ayat 2] 

tapi sedarlah angin yang datang itu meniupkan segala daun-daun kering...
sedarlah kanak-kanak yang membaling kayu itu ingin mendapatkan buah dari pohonmu...
mereka juga inginkan kebaikan darimu...
adakah kamu hanya akan menjadi pohon yang membesar
dan kemudiannya mati
TANPA memberi bakti kepada mereka yang berada di sekelilingmu....????????

Jadilah seperti pokok, apabila dibaling kayu,
engkau menjatuhkan buah....
Apabila dikau disakiti, engkau menjatuhkan nikmat untuk dinikmati....

Itu adalah lebih indah kerana kita tidak tahu amal mana yang Allah pandang
untuk memasukkan kita ke dalam syurga...


Wallahualam.... 


♥ with love, fara ♥










Sahabat


Sahabat,

Tolong ingatkan andai aku terlupa

Akan indahnya ukhuwwah antara kita

Susah senang kita harungi bersama

Ombak dan badai kita renangi jua

Kerana matlamat kita hanya kerana-Nya



Sahabat,

Tolong ingatkan andai aku terlupa,

Akan takutnya dan gerunnya pada balasan Allah

Pada hamba-Nya yang leka

Kerana aku tidak sanggup

Untuk menjejakkan kaki ke neraka-Nya



Sahabat,

Tolong ingatkan andai aku terlupa

Akan nikmatnya syurga Yang Maha Esa

Kerana itu adalah pendorong ku

Untuk terus beramal hanya kerana-Nya



Sahabat

Tolong ingatkan andai aku terlupa

Bahawa dunia ini hanya sementara

Tidak yang kekal diatasnya

Melainkan semua akan kembali kepada yang Esa

Kerana aku bimbang akan kederasan arusnya

Yang mampu menggugat iman yag tidak seberapa

Yang mungkin akan mengheret kepada kemurkaanNya



Sahabat

Tolong ingatkan andai aku terlupa

Pada pesanan Rasul dan juga pencipta

Kerana aku juga insan biasa

Yang kadang-kadang lupa

Pada tujuan hidup kita didunia…..



Sahabat

Aku tidak mampu keseorangan

Aku sering alpa dan lupa

Aku memerlukan mu untuk mengingatiku



Sahabat

Jangan biarkan iman yang goyah

Menjarakkan ukhuwwah yang terjalin kini

Aku suka bersendiri 

Tetapi aku juga memerlukan teman di sisi


Sahabat

Ukhuwwah itu tetap ada di manis mahu pun pahit

Ukhuwwah itu ada di saat senyum mahu pun tangis

Ukhuwwah itu ada di saat aku girang mahu pun jatuh menangis

Kerana ukhuwwah kita dibina kerana Allah

Uhibukifillah bukanlah sekadar kata-kata

Tetapi ia adalah syukur kerana rasa cinta yang dianugerahkan Allah

Anugerah Allah buatku adalah dirimu

Seorang sahabat.... ^_~


Wallahualam.... 


♥ with love, fara ♥











Wednesday, August 28, 2013

No more forever alone




Bila kita duduk berseorangan, maka kadang-kadang kita rasa kita lebih hebat dari orang lain, tetapi bila kita keluar dari zon kita, maka kita akan jumpa orang yang jauh lebih hebat dari kita. Justeru bersyukur dan tawadhu'lah dengan pemberian Allah.

Bila kita bersendirian, kita rasa kitalah yang paling teruk diuji oleh Allah. Tetapi apabila kita keluar bertemu dengan sahabat dan orang yang sedang diuji, maka sesungguhnya ujian untuk kita tersangat ringan.

Maka janganlah merasa sedih bila kita diuji, kerana ujian yang Allah beri adalah untuk memantapkan lagi pendirian kita, menguatkan lagi keimanan kita, mengukuhkan lagi ukhuwah dan cinta antara kita.

Ujian juga tanda Allah kasih kepada kita, adakah kita mengetahuinya? Setiap ujian Allah bagi, semestinya kita mampu memikulnya, adakah kita bersabar di atasnya?




Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? [Al-Ankabuut : ayat 2]

Bila kita rasa tidak berguna, ingatlah ummat sedang memerlukan ummatmu...
Mereka berjuang, kamu pun perlu berjuang...
Kuatkan dirimu, tabahkan hatimu....




La Takhaf, La Tahzan, InnaAllaha ma'ana... ^_~

We only live twice. The first life is temporary, and it will dictate the result of your second life which is eternal, whether His Jannah is for you, or not. May Allah forgive us, and guide us to the right path, may Allah endow us with His infinite blessings, unbounded redha and vast rahmah.


♥ with love, fara ♥











Tuesday, August 6, 2013

Ramadhan datang lagi.....



\

Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. 
[Al-Baqarah :185]

“Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf; tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” (HR. At-Tirmidzi, ia berkata: hadits hasan shahih)

Lalu bagaimana bila bacaan Al-Quran kita tidak lancar? L Tidak ada salahnya untuk belajar dan tidak ada kata terlambat bagi kita belajar membaca Al-Quran dengan baik. Al-Quran akan datang di hari kiamat nanti sebagai pembawa syafaat bagi pembacanya sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam hadist yang diriwayatkan Muslim

“Bacalah Al Qur’an karena ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi pembacanya.” (HR. Muslim dari Abu Umamah)

Maka niatkanlah untuk belajar dan memperbaiki bacaan Al-Quran kita agar lebih tartil. Dan dalam hadits shahih dari Ibnu Abbas, Rasulullah bertemu dengan Jibril pada bulan Ramadhan setiap malam untuk membacakan kepadanya Al-Qur’anul karim.

Mempelajari Al-Qur’an pada bulan ramadhan dan berkumpul untuk itu, juga membacakan Al-Qur’an kepada orang yang lebih hafal. Dan juga menunjukkan dianjurkannya memperbanyak bacaan Al-Qur’an pada bulan Ramadhan.

Tarbiyyah is not everything;

BUT, Everything begins with tarbiyyah..



Wallahualam.... 


♥ with love, fara ♥










Wednesday, May 29, 2013

Everything begins with tarbiyyah


Hedonisme? Rempit (samseng jalanan)? bohsia? dll?

fuhh... [mengeluh panjang, xtahu nak definisikan dalam kata2 T_T]

subhanaAllah kalau masa sekolah dulu disuruh membuat karangan mengenai masalah sosial...
panjang sungguh karangan menyenaraikan masalah sosial dalam kalangan remaja...
dan biasanya salah satu solusi yang dicadangkan adalah "didikan agama"
bila kita melihat para remaja yang berada dalam lembah kejatuhan moral dan akhlak ini...
janganlah kita terus menjauhkan diri daripada mereka bahkan lebih teruk melabel mereka sebagai 'ahli neraka'...


TAPI.............

lihatlah diri kita, yang sudah memiliki kefahaman agama...
adakah kita telah menyampaikan kepada mereka hak mereka untuk mendapatkan kefahaman dalam agama?
adakah tanggungjawab kita sebagai khalifah yang dicipta untuk membawa kemakmuran di muka bumi ini telah terlaksana dengan jayanya...??
adakah tanggungjawab kita sebagai abid; yang mengekpresikan rasa syukurnya melalui menyeru dan mengajak manusia ke arah menjadi abid sepenuhnya kepada Allah, telah tertunai...??
tepuk dada, buka minda, tanya iman....


Bersiap sedialah dengan pakaian takwa;
jadikanlah tarbiyyah sebagai perisai terbaik dalam menghalang jahilliyah kembali menyerang...

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." [Al-A'raaf : ayat 26]
Tidak ada manusia yang dilahirkan di dalam keadaan yang bebas daripada cengkaman kejahilan. Manusia lahir dalam keadaan tidak mengerti apa-apa sebagaimana firman Allah;

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia mengurniakan untuk kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur." (An Nahl : ayat 78)

Tidak mudah untuk keluar dari kepompong jahiliah ini, kecuali bagi mereka yang berusaha dan mencuba dengan segenap daya dan upaya untuk menjadi manusia yang tahu nilai serta hakikat tujuan kehidupan ini.

Kita pun tahu bahawa proses kejadian manusia yang diciptakan oleh Allah ini cukup unik, dicipta bukannya seperti malaikat dan juga bukannya seperti syaitan. Di antara kedua kejadian inilah diciptanya manusia, yang mempunyai sikap dan akhlak sekiranya diasuh dengan Al Quran dan aqal yang waras maka terbentuk insan yang soleh. Sebaliknya jika dibiarkan kepada nafsu dan syahwat maka terjerumuslah manusia kearah kehinaan dan kesesatan.

Hati manusia sentiasa menjadi tumpuan para Malaikat Allah dan juga syaitan yang sentiasa berusaha untuk mengerumuninya agar mereka mampu menguasainya. Kita pula diberi oleh Allah aqal yang waras untuk memilih dan membuka ruang yang luas ini samada untuk syaitan atau untuk para malaikat. Ini sebagaimana Yang dinyatakan oleh Allah di dalam firman-Nya;

"Maka Dia mengilhamkannya kepada kejahatan diri dan kepada ketaqwaannya." (As Syams : ayat 8)

Justeru terpulanglah kepada manusia sendiri untuk memilihnya. Ini adalah gambaran ujian dan cabaran yang besar. Berbahagialah mereka yang memahami dan menyahut hikmat kejadian ini dengan sebenar-benarnya.

Sebaliknya, alangkah besarnya kecelakaan yang bakal menimpa diri di hari pembalasan bagi mereka yang lalai dan melupakan tanggung jawab mereka yang hakiki di dunia ini.

Bagi mereka yang hatinya hidup, sudah tentu ia tidak akan membiarkan perjalanan yang panjang ini menjadi
sempit dan kusut dengan membiarkan hatinya di kuasai oleh syaitan yang sentiasa berusaha untuk memperdayakan manusia. Inilah janji Iblis kepada Allah dalam firman-Nya;

"Iblis berkata; Oleh kerana Engkau (ya Allah) menyebabkan daku tersesat, demi sesungguhnya aku akan menghalangi manusia dari menjalani jalan-Mu yang lurus."
"Kemudian aku akan mendatangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dari kanan mereka dan kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka menjadi orang yang bersyukur." (Al A'raf : ayat 16-17)

Justeru tarbiyah diri, atau latihan yang berterusan sangat diperlukan untuk menghadapi kesukaran ini. Manusia hidup bagai tentera sepanjang masa, berlatih sebagai tentera dan bekerja dan bertugas sepanjang masa sebagai tentera buat menghadapi serangan musuh.

Hatilah sasaran tarbiyah. Ia mesti dibina sekukuhnya buat menjadi benteng iman dan ubudiyah kepada Allah. Ia ibarat kota yang dipenuhi ciri-ciri keselamatan dalam segenap segi. Bukankah musuh hanya akan berhenti sesudah kota digempur dan ditawan?

Proses tarbiyyah ini bukan bersifat sementara dan semasa sahaja bahkan ia bersifat keperluan yang berterusan dalam kehidupan seorang hamba. Sebagaimana perlunya kita terhadap makan dan minum, tidur dan bangun, air serta udara untuk kehidupan, maka kita juga perlu untuk ditarbiyah dan dididik dalam kehidupan ini. Betapa ramai di kalangan manusia yang sibuk menjaga jasad luaran yang akan hancur tetapi sayangnya ia tidak sibuk menjaga dalaman jiwanya yang akan dipertontonkan di hadapan Allah nanti.

Marilah kita memulakannya.


Tarbiyyah is not everything;

BUT, Everything begins with tarbiyyah..



Wallahualam.... 


♥ with love, fara










Friday, March 29, 2013

Tadabbur Alam

Assalamualaikum...
alhamdulillah dalam kesibukan hiruk-pikuk kehidupan sebagai seorang pelajar muslimah...
alhamdulillah dikurniakan kesempatan untuk bermusafir serta merehatkan minda mentadabbur alam...



apa itu tadabbur?
MAKSUD tadabbur dalam al-Quran ialah memerhati dengan mengkaji dan menyelidik. Allah jadikan alam ini sebagai sumber hikmah dan daripadanya terdapat rahsia-rahsia kebesaran-Nya. Berfikir tadabbur bermaksud pemikiran manusia terhadap sesuatu yang menjadi sumber kajian, telitian dan penyelidikan tidak terputus dengan maksud penciptaan itu sendiri.



Alam ini tidak terjadi dengan sendiri. Alam ini ada Penciptanya. Tidaklah Allah menciptakan alam ini dengan sia-sia kecuali dengan hikmah bagi mereka yang berfikir. Allah menciptakan alam ini dengan sebab.


A191

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.[Ali'Imran 3:191]

Allah menceritakan sifat orang yang berakal ialah yang saatnya mereka
berdiri
duduk
dan berbaring mengiring
Sentiasalah mereka menyebut-nyebut nama Allah dan mengingatiNya sambil terus berfikir tentang kejadian langit dan bumi.


Cuba bayangkan satu keadaan di mana kita mengalami tekanan yang sangat mendalam. Tiba-tiba kita berjalan keluar rumah sambil memandang tumbuh-tumbuhan, bunga-bunga serta binatang-binatang di sekeliling kita, hati kita menjadi semakin tenang.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal 
[Ali'Imran 3:190]

kenapa ya..?

sekarang bayangkan pula suatu keadaan di mana kita pergi ke surau, dan melihat seorang hamba Allah sedang mengalunkan ayat-ayat suci Al-quran.
Kelunakan suara, raut wajahnya yang dibasahi wudhu kerana Allah semuanya menjadikan hanya melihat dan mendengar hamba Allah itu, hati kita juga menjadi tenang.
Apa kata orang tu "sejuk mata memandang" "sejuk perut ibu mengandung"

dalam kedua-dua situasi itu, apakah perbezaan dan persamaannya?
sesungguhnya hamba Allah dan alam kedua-keduanya sedang bertasbih, bertahmid, berzikir kepada Allah...
sedangkan alam tiada henti-henti berzikir kepada Allah, bagaimana pula kita ea?



Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
[Al-Israa' 17:44]



Di sini memandangkan esok hari fara akan berjaulah bersama-sama sahabat2 yang dicintai kerana Allah..
Fara nak berkongsi doa untuk tadabbur alam yang dipertik dari surah Ali-Imran :ayat 191

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka"

"Our Lord! You have not created (all) this without purpose, glory to You!
Give us salvation from the torment of the Fire.



wahai pokok..

mahukah kau aku bisikkan
senandung lagu memuji Allah...

wahai burung...

mahukah kau aku ceritakan
kebesaran Allah yang Maha Luas...
sebelum aku sempat untuk membisikan dan menceritakan....
mungkin ini balas mereka,

" Kami adalah makhluk yang sentiasa berzikir memuji asma Allah. Kamu pula?"


p/s : location gambar adalah sekitar Rotorua, New Zealand inshaAllah ^_~

Wallahualam.... 


♥ with love, fara










Tuesday, March 19, 2013

Hikmah dalam memberi teguran


“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl, ayat 125).

Assalamualaikum, kalau sebelum ini kita memulakan dengan dialog, kali ini inshaAllah kita memulakan post dengan tadabur ayat-ayat Allah...
Ayat ini sangat-sangat sinonim bagi mereka yang bergelar pendakwah dan yang menggelarkan diri mereka pendakwah (haaa apa bezanya ea? *_* )


Sejak kebelakangan ini, fara perasan dekat wall fara banyak yang update status memberi teguran..
Alhamdulillah sangat baik kerana kita semua tak nak menjadi antara orang-orang yang rugi seperti yang disebutkan dalam Surah Al-'Asr kecuali orang yang saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran..
Tapi, kadang-kadang ada yang tidak sesuai..
tak sesuai dari segi apa ea? mungkin bahasa..
wallahualam ini hanyalah pandangan fara..

Contohnya, hukum menutup aurat. Ia ajaran yang indah dan punya hikmah yang tinggi. Tetapi bagaimana kita memberitahu orang lain berkenaan ajaran dan hukum itu? Kita marah-marah, kutuk dan segala macam sehingga orang itu menjauhkan diri dari kita. 


Islam telah menggariskan dalam membuat teguran. Kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai 'orang perantaraan' bagi menjelaskan sesuatu perkara.
Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur.
Kita tidak harus melatah, apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allah SWT.



Kegagalan untuk mengawal perasaan kita berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.
Tindakan ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam surah ali-Imran ayat 103 yang mengingatkan: 

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah SWT menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk." [Surah Al-Imran : 103]


“Begitulah agama Islam. Walaupun ajarannya indah, cantik dan baik, sekiranya cara kita 'menghidangkan' ajaran itu tidak baik, terus melempar ke muka orang, pasti sesedap mana pun makanan itu orang tidak akan mahu makan. Malah orang itu akan bermusuh dengan kita, akan mengutuk makanan kita tidak sedap. Begitulah yang terjadi sekarang dengan agama Islam.

Apa salahnya kita 'menghidangkan' ajaran agama yang cantik dan indah itu dengan baik-baik? Faham? ^_~

p/s: jika fara ada melakukan kesalahan, tegurlah fara..
inshaAllah kita sama-sama mujahadah memperbesarkan hati untuk menerima segala teguran... ^_~


Wallahualam.... 


♥ with love, fara ♥