Followers

♥ Like Button ♥

Friday, September 19, 2014

Wacana Wassatiyah Dalam Kehidupan

Assalamualaikum readers...
SubhanaAllah lama dah sangat tak update blog...
Mungkin kerana kelemahan diri sendiri yang tidak pandai dalam menyusun masa....
Ok, inshaAllah kita terus masuk tajuk (bak kata omputih straight to the point)...
InshaAllah banyak yang fara nak kongsikan bersama pembaca ^_~ 

Minggu ni diizinkan Allah, fara menghadiri satu talk mengenai wacana wassatiyah....
Antara panel forum "Di Sini Lahirnya Sebuh Cinta" adalah Dr Ridhuan Tee, Dato Dr Masitah, Dr Fazley Yaakob dan Prof Dato Dr Yusuf Haji Othman....
InshaAllah panel-panel yang hebat, tapi jika apa yang kita dapat tidak difikirkan serta didalami maka ia hanyalah ilmu yang terawang-awang di minda, tiada terkesan di hati, jauh sekali membuahkan amalan...



Wassatiyah ini bermaksud pertengahan dan keseimbangan....
Boleh merujuk Surah Al-Baqarah : ayat 143 


"wassatan" di dalam ayat diterjemahkan sebagai "umat pilihan lagi adil", dalam terjemahan Mushaf Uthmani ia disebutkan sebagai "umat pertengahan"
Fara lebih suka kepada maksud pertengahan kerana apabila berada di pertengahan antara dua orang yang bertelagah, kita perlulah membuat pilihan yang adil.

Ayat ini jelas menerangkan kita sebagai umat pertengahan perlu memberi keterangan kepada umat manusia tentang yang benar dan salah. Menjadi pertengahan antara apa yang Rasullulah lakukan kepada umat manusia. Menjadi fikrah pertengahan mengenai kefahaman Islam (mana yang benar dan salah) sebagaimana yang Rasulullah sampaikan. 

Pertengahan dan keseimbangan yang diterangkan oleh Prof Dr Yusuf sangat menarik.
Melihat kehebatan tamadun Islam dahulu di mana ia bermula dengan seorang manusia biasa yang tidak mampu membaca, menyampaikan islam, mengajarkan sahabat ayat-ayat Al-quran seterusnya menjadi ketua negara dan bagaiman setelah baginda wafat, islam masih berkembang dan akhirnya menjadi sumber rujukan dunia (Ustazyatul Alam). Ketamadunan yang hebat ini dibina oleh Rasulullah seterusnya disambung oleh umat pertengahan (sahabat,tabi' tabi'in) yang berusaha menyebarkan islam di seluruh pelusuk dunia  (dalam 100 most Influential People in History kedudukan pertama adalah Muhammad saw)


Jadi, melihat konteks kita pada hari ini, kita sebagai yang berada di pertengahan antara kehebatan islam yang dahulu dengan generasi di masa hadapan, kita perlu berusaha memahami dan membangunkan islam dalam diri serta masyarakat sekeliling supaya generasi masa hadapan menjadi hebat sebagaimana mereka yang terdahulu....



Kalau kita sekadar faham wassatiyyah itu di pertengahan di antara tidak menjadi muslim yang terlalu esktrim dan muslim yang sekadar pada IC... tapi, kita nak jadi muslim yang pertengahan iaitu "muslim biasa-biasa" yang hanya solat lima waktu, puasa, bayar zakat, tunai haji jika mampu dll... 
Ia adalah satu kefahaman yang sangat sedih

"Saya tak nak lah join usrah ni, ekstrim sangat lah. Saya nak jadi muslim yang biasa-biasa, solat, puasa, zakat, haji sedaya termampu. Usrah ini esktrim laaa"

"Dakwah...??? Whaaaatttt?? Ekstrim laa korang ni... Al-quran suruh kita jadi pertengahan je. Tak payah nak poyo sangat laaaa"

"Wassatan" juga membawa kepada keseimbangan... 
Kalau kita nak hebat di dunia kenapa kita tak nak seimbangkan kehidupan kita untuk menjadi hebat di akhirat...???

Berbalik kepada konteks perbincangan forum, wassatiyah bukanlah sekadar biasa-biasa tetapi perlunya ada jati diri dalam diri di mana sahaja kita berada. Kalau markah peperiksaan kita nak score 100% atau A1 atau A+... Pulun habis sampai tak tidur untuk menjadi yang terbaik tetapi kenapa bila nak menjadi manusia kita jadi yang biasa-biasa sahaja. Sekadar pergi kelas, makan, tidur, facebook, lagha, and then ulang balik rutin ini tiap hari sampai mati. Kalau diberi kesempatan untuk berkeluarga kita akan ajar anak kita rutin yang sama, dan kemudian mati tanpa nama. Sedih apabila menjadi insan yang hanya hebat dalam ujian dunia tapi kalah dengan ujian akhirat. Dushh tumbuk diri sendiri.



Prof Ridhuan Tee pula menerangkan serba sedikit mengenai buku "How to be UP UP UP in the DOWN DOWN DOWN world"
Satu yang menarik dalam perbincangan oleh Prof ialah dia menerangkan untuk membangunkan semula masyarakat yang makin rosak adalah kembali kepada agama masing-masing...
Masyarakat kini sangat-sangat pelik di mana 
"Bangga menayangkan diri dengan budaya keruntuhan akhlak barat"
Barat sendiri "pening kepala" memikirkan solusi kepada masalah keruntuhan akhlak masyarakat mereka, kita pula bangga berselfie "bersubang", berpelukan" konon ikut cara barat.
Jati diri yang terbaik adalah berpegang kepada ajaran akidah islamiyyah yang memberitahu kita untuk bertaqwa iaitu berhati-hati dalam setiap perkara yang kita lakukan. Memilih yang terbaik buat diri dan meninggalkan yang buruk. Bukanlah menjadi pertengahan kepada keruntuhan akhlak barat dan kemudian menyebarkannya. Kalau kita sekadar nak berjaya di dunia, apa beza kita dengan mereka..?? mereka pun setiap hari pulun belajar sampai bengkak2 mata, pulun melagha dengan game dan majlis cucuk-cucuk bintang..... Jadi, Apa beza kita yang Islam dengan mereka...??

"Kembali mengenali agamamu kerana ia mengajar fitrah kehidupan yang sebenar"
Dato Fazley Yaakob pula bercerita mengenai kisah kehidupannya yang susah dahulu. Dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan, beliau berusaha mengikuti apa yang diajarkan ayahnya mengenai erti kehidupan. Hidup merantau di banyak negara tidak menjadikan beliau terikut sama budaya masyarakat sekitar. Bak kata beliau " menjadikan diri seperti ikan di lautan, walaupun sekeliling adalah air masin, tetapi ikan sedikit pun tiada rasa masin, kecuali kalau memang makan ikan masin"
Apa yang membuatkan jati diri beliau kuat adalah pegangan hidup yang jelas iaitu didikan dari awal. Itulah tugas umat pertengahan untuk benar-benar berpegang dengan apa yang dimiliki dan seterusnya menyampaikan sebagai pengajaran buat mereka yang lain. 

Rasa macam panjang sangat post kali ni...
Maaf sekiranya ada salah silap...
Saya bersedia dan inshaAllah mempersiapkan diri menerima teguran.

"Teguhkan tekadmu, Mantapkan Fikrahmu, Dakapi Ilmu itulah bekalan Umat Wassatiyah"

Wallahualam...

♥ with love, fara ♥