Followers

♥ Like Button ♥

Saturday, September 14, 2013

Tarbiyyah dari Pokok

Assalamualaikum readers...

Alhamdulillah telah diizinkan Allah dan dikurniakan keberkatan masa sebentar
untuk berkongsi apa fara bersama anak-anak usrah dapat berusrah di dalam hujan... 
Alhamdulillah kita merancang, Allah juga merancang dan 
Sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik...

Inilah lukisan fara semasa usrah hari ni... 

Hasil lukisan orang yang tak kreatif.... *uhuk-uhuk

Pokok...... 
Kenapa pokok ea...??
Apakah tarbiyyah yang dapat kita selami melalui pokok...??



Pokok yang tumbuh segar bugar, kuat dan kukuh, cantik bunganya dan manis buahnya, bermula dengan benih.

Bermula dari benih hingga ke peringkat menikmati buah yang manis, kita manusia hanya ada usaha dan tawakkal. Allah jualah Maha Berkuasa menumbuhkannya, Maha Suci Allah.

Andaikan benih yang kita ambil dari pokok sama, kita semai di tanah sama serta disiram jumlah air sama. Saban hari hari dilihat, ada bertunas, ada mulai keluar dari kelopak kulit, bahkan ada juga seperti asal disemai.

Hari berlalu bersama siraman air dan taburan baja sama rata, ada benih kekal tidak bertunas, ada mula menjadi anak pokok dan ada telah mengeluarkan dedaun hijau menawan.

Masa berlalu, pokok semakin membesar, ada kelihatan sihat, ada kelihatan lemah. Usaha menyiram dan membaja serta memangkas dilakukan, hasilnya, sihat semakin kuat, lemah kembali sihat. Tetapi ada juga sihat bertukar menjadi lemah, si lemah menjadi sihat, malah ada yang tamat riwayatnya.

Usaha konsisten dilakukan, pokok-pokok semakin kuat. Ghairah dengan usaha menyiram, membaja dan memangkas, ada pokok terus kuat, ada patah terjirus air, ada rosak terlebih dos baja dan ada juga maati terpangkas. Jelasnya ada kesilapan pada usaha.

Ujian tiba, ada pokok cekal hidupnya, ada cacat dihinggap serangga, ada mati tumbang ditiup angin atau ditenggelami banjir.

Yang hidup pula ada berbunga, tetapi kemudian layu. Ada berbunga, lalu berbuah, buahnya masam, pun begitu tetap juga ada yang manis.



Ujian itu Allah jadikan sebagai latihan untuk melatih hambaNya menjadi seorang yang sabar.
” Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun”. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” 
(Al-Baqarah : 155-157)




Seumpama itu barangkali metafora fitrah tarbiyyah berdasarkan jati diri pokok.
Kita hanya berusaha dalam pelbagai cara, hasilnya berbeza-beza.
Dalam hidup ini kita hanya mampu berusaha...

Kita memerlukan tarbiyyah dan tarbiyyah itu sebenarnya datang dalam pelbagai cara...
sama ada dalam bentuk nikmat mahupun ujian...
kadang-kadang kita sedih bila diuji...

kita tanya pada Allah kenapa aku?

kenapa dalam banyak-banyak pokok, aku antara ditiup angin paling kuat...??

kenapa aku antara pokok yang sering dibaling kayu oleh kanak-kanak...??

"Allah sedang berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas. sabar dan ikhlas itulah islam" 


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 
"Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)' 
[Surah Al-Ankabut: ayat 2] 

tapi sedarlah angin yang datang itu meniupkan segala daun-daun kering...
sedarlah kanak-kanak yang membaling kayu itu ingin mendapatkan buah dari pohonmu...
mereka juga inginkan kebaikan darimu...
adakah kamu hanya akan menjadi pohon yang membesar
dan kemudiannya mati
TANPA memberi bakti kepada mereka yang berada di sekelilingmu....????????

Jadilah seperti pokok, apabila dibaling kayu,
engkau menjatuhkan buah....
Apabila dikau disakiti, engkau menjatuhkan nikmat untuk dinikmati....

Itu adalah lebih indah kerana kita tidak tahu amal mana yang Allah pandang
untuk memasukkan kita ke dalam syurga...


Wallahualam.... 


♥ with love, fara ♥










No comments:

Post a Comment

Kritikan Membina