Followers

♥ Like Button ♥

Wednesday, May 29, 2013

Everything begins with tarbiyyah


Hedonisme? Rempit (samseng jalanan)? bohsia? dll?

fuhh... [mengeluh panjang, xtahu nak definisikan dalam kata2 T_T]

subhanaAllah kalau masa sekolah dulu disuruh membuat karangan mengenai masalah sosial...
panjang sungguh karangan menyenaraikan masalah sosial dalam kalangan remaja...
dan biasanya salah satu solusi yang dicadangkan adalah "didikan agama"
bila kita melihat para remaja yang berada dalam lembah kejatuhan moral dan akhlak ini...
janganlah kita terus menjauhkan diri daripada mereka bahkan lebih teruk melabel mereka sebagai 'ahli neraka'...


TAPI.............

lihatlah diri kita, yang sudah memiliki kefahaman agama...
adakah kita telah menyampaikan kepada mereka hak mereka untuk mendapatkan kefahaman dalam agama?
adakah tanggungjawab kita sebagai khalifah yang dicipta untuk membawa kemakmuran di muka bumi ini telah terlaksana dengan jayanya...??
adakah tanggungjawab kita sebagai abid; yang mengekpresikan rasa syukurnya melalui menyeru dan mengajak manusia ke arah menjadi abid sepenuhnya kepada Allah, telah tertunai...??
tepuk dada, buka minda, tanya iman....


Bersiap sedialah dengan pakaian takwa;
jadikanlah tarbiyyah sebagai perisai terbaik dalam menghalang jahilliyah kembali menyerang...

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." [Al-A'raaf : ayat 26]
Tidak ada manusia yang dilahirkan di dalam keadaan yang bebas daripada cengkaman kejahilan. Manusia lahir dalam keadaan tidak mengerti apa-apa sebagaimana firman Allah;

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia mengurniakan untuk kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur." (An Nahl : ayat 78)

Tidak mudah untuk keluar dari kepompong jahiliah ini, kecuali bagi mereka yang berusaha dan mencuba dengan segenap daya dan upaya untuk menjadi manusia yang tahu nilai serta hakikat tujuan kehidupan ini.

Kita pun tahu bahawa proses kejadian manusia yang diciptakan oleh Allah ini cukup unik, dicipta bukannya seperti malaikat dan juga bukannya seperti syaitan. Di antara kedua kejadian inilah diciptanya manusia, yang mempunyai sikap dan akhlak sekiranya diasuh dengan Al Quran dan aqal yang waras maka terbentuk insan yang soleh. Sebaliknya jika dibiarkan kepada nafsu dan syahwat maka terjerumuslah manusia kearah kehinaan dan kesesatan.

Hati manusia sentiasa menjadi tumpuan para Malaikat Allah dan juga syaitan yang sentiasa berusaha untuk mengerumuninya agar mereka mampu menguasainya. Kita pula diberi oleh Allah aqal yang waras untuk memilih dan membuka ruang yang luas ini samada untuk syaitan atau untuk para malaikat. Ini sebagaimana Yang dinyatakan oleh Allah di dalam firman-Nya;

"Maka Dia mengilhamkannya kepada kejahatan diri dan kepada ketaqwaannya." (As Syams : ayat 8)

Justeru terpulanglah kepada manusia sendiri untuk memilihnya. Ini adalah gambaran ujian dan cabaran yang besar. Berbahagialah mereka yang memahami dan menyahut hikmat kejadian ini dengan sebenar-benarnya.

Sebaliknya, alangkah besarnya kecelakaan yang bakal menimpa diri di hari pembalasan bagi mereka yang lalai dan melupakan tanggung jawab mereka yang hakiki di dunia ini.

Bagi mereka yang hatinya hidup, sudah tentu ia tidak akan membiarkan perjalanan yang panjang ini menjadi
sempit dan kusut dengan membiarkan hatinya di kuasai oleh syaitan yang sentiasa berusaha untuk memperdayakan manusia. Inilah janji Iblis kepada Allah dalam firman-Nya;

"Iblis berkata; Oleh kerana Engkau (ya Allah) menyebabkan daku tersesat, demi sesungguhnya aku akan menghalangi manusia dari menjalani jalan-Mu yang lurus."
"Kemudian aku akan mendatangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dari kanan mereka dan kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka menjadi orang yang bersyukur." (Al A'raf : ayat 16-17)

Justeru tarbiyah diri, atau latihan yang berterusan sangat diperlukan untuk menghadapi kesukaran ini. Manusia hidup bagai tentera sepanjang masa, berlatih sebagai tentera dan bekerja dan bertugas sepanjang masa sebagai tentera buat menghadapi serangan musuh.

Hatilah sasaran tarbiyah. Ia mesti dibina sekukuhnya buat menjadi benteng iman dan ubudiyah kepada Allah. Ia ibarat kota yang dipenuhi ciri-ciri keselamatan dalam segenap segi. Bukankah musuh hanya akan berhenti sesudah kota digempur dan ditawan?

Proses tarbiyyah ini bukan bersifat sementara dan semasa sahaja bahkan ia bersifat keperluan yang berterusan dalam kehidupan seorang hamba. Sebagaimana perlunya kita terhadap makan dan minum, tidur dan bangun, air serta udara untuk kehidupan, maka kita juga perlu untuk ditarbiyah dan dididik dalam kehidupan ini. Betapa ramai di kalangan manusia yang sibuk menjaga jasad luaran yang akan hancur tetapi sayangnya ia tidak sibuk menjaga dalaman jiwanya yang akan dipertontonkan di hadapan Allah nanti.

Marilah kita memulakannya.


Tarbiyyah is not everything;

BUT, Everything begins with tarbiyyah..



Wallahualam.... 


♥ with love, fara










No comments:

Post a Comment

Kritikan Membina