apa khabar iman kita hari...?? insyaAllah walaupun ada pasang surut nya kita sama-sama berusaha untuk menaikkannya... ^_~
kenapa tiba-tiba tajuk post kali ini simfoni ukhuwah...
sebelum kita bercerita panjang lebar, apa makna simfoni ea...??
simfoni menurut professor google adalah gubahan muzik (biasanya dlm tiga atau empat bahagian) utk dimainkan oleh orkestra.
di dalam sesebuah pasukan orkestra setiap pemuzik memainkan alat muzik yang berbeza...
perbezaan yang diwujudkan melahirkan keharmonian dalam muzik yang didendangkan kepada penonton...
p/s: tajuk post kali ini diilhamkan daripada sahabat-sahabat tindikan production semasa rehlah kami... ^_~
sama juga seperti ukhuwah...
perbezaan dalam persahabatan..
kita cuba menerima perbezaan dan persamaan dalam sesebuah ukhuwah...
perbezaan kita yang menjadikan ukhuwah itu lebih indah dan harmoni...
“Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,
kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan
ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
betapa fara kini menyedari betapa indahnya ukhuwah dan persahabatan yang dibina kerana Allah...
dulu mungkin fara hanya bersahabat kerana dia adalah course mate, classmate, roommate, soulmate(erk..?) dan apa-apa lagi mate tapi kini alhamdulillah Allah membuka mata ini bahawa persahabatan sebenarnya lebih dari itu....
ukhuwah yang dibina kerana Allah membuatkan diri ini berusaha menerima kekurangan dan kelebihan sahabat dan cuba untuk memaafkan dan memohon kemaafan dahulu kerana Islam adalah agama penuh kasih sayang. Maka setiap Muslim dianjurkan untuk memberi maaf sebelum orang meminta maaf. Sebab memberi maaf itu lebih dekat kepada ketakwaan seperti firman Allah yang bermaksud:
“Dan jika kamu memberi maaf, maka itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 237)
Walaupun memberi maaf itu bukanlah sesuatu kewajipan, namun memberi maaf memiliki nilai yang sangat besar di sisi Islam. Orang yang memaafkan selepas diminta maaf akan mendapatkan pahala memaafkan dan pahala daripada kezaliman ke atasnya. Namun orang yang memaafkan sebelum diminta maaf akan mendapat keuntungan sangat besar, iaitu ketenangan jiwa di dunia dan balasan berlipat ganda pada akhirat kelak, jauh melebihi nilai kezaliman yang dimaafkan itu. Menjelangnya bulan Ramadhan yang penuh barakah dari Allah, insyaALLAH mari kita sama-sama memohon kemaafan...
kepada sahabat-sahabat fara yang berada di mana saja atas bumi Allah ini, ingin diri ini memohon kemaafan seandainya diri ini pernah mengguris hati sahabat-sahabat sekalian dan insyaAllah kita kembali kosong kosong ea... (macam lagu najwa latif pula... ^_~ )
''Ukhuwah itu bukanlah mainan kata-kata dusta, bukan juga bersulamkan cinta yang tiada terhala, tapi ia satu ikatan yang kuat menghubungkan hati-hati manusia yang beriman kepada Allah."
selain itu, di dalam tahapan ukhuwah “Serendah-rendah ukhuwah ialah SALAMATUS SODR (bersangka baik), setinggi-tinggi ukhuwah adalah AL-ITSAR…”
Berhusnuzon (bersangka baik) , maknanya tidak ada dalam perasaan dan hati kita prasangka atau sangkaan buruk meskipun sesaat terhadap saudara kita.
Tapi, selemah-lemah tahap ukhuwah ini sebenarnya masih ramai dalam kalangan kita yang sukar merealitikannya, bukan? (muhasabah diri ini T_T )
AL-ITSAR itu pula adalah sanggup mengorbankan kepentingan diri semata-mata untuk sahabat yang dicintai di jalan Allah. Mungkin sukar tapi insyaAllah ia bukanlah sesuatu yang mustahil...
Kita mula perlahan-lahan dengan yang paling rendah sekali iaitu berlapang dada dan berhusnuzon dengan sahabat kita.. ^_~
Sabda Nabi s.a.w. yang mafhumnya:
”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.”
[Riwayat Muslim]
InsyaAllah sekian dahulu mengenai ukhuwah...
ingatlah Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah…
Hari ini bersahabat, esok kita bersahabat dan selamanya kita bersahabat..
Jika hari esok diri ini tiada lagi di dunia ini…
Kutetap mengharapkan kita bersahabat…
Diri ini mengharapkan kita sama-sama selamat sampai ke sana.. insyaAllah
Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita
dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah
mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan,
yang memberi suntikan semangat perjuangan..
alirkan halawatul ukhwah,
kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati.
Wallahu alam,
No comments:
Post a Comment
Kritikan Membina