apa khabar semua hari ini..?? insyaAllah alhamdulillah sihat hendaknya...
apa kahabar iman semua hari ini...?? yang ini jawab sendiri2 la ea insyaAllah... ^_~
setelah sekian lama menyepi dari dunia penulisan blogging kerana kurangnya keberkatan masa hari ini diizinkan Allah untuk berkongsi pengalaman indah dipilih Allah melihat salji..
Alhamdulillah... musim sejuk yang menjengah di saat kehangatan ramadhan menyeimbangkan suhu... insyaAllah..
Kesempatan dipilih melihat salji dan menikmati keindahan turunnya salji di atas pergunungan mt raupehu membuatkan diri ini berasa tersangat bersyukur kerana dipilih Allah melihat salji.. tapi insyaAllah sekadar melihat ramai orang pun boleh lihat, tapi apakah ibrahnya yang Allah ingin sampaikan kepada diri yang kerdil ini di sebalik kehebatan ciptaanNya.. InsyaAllah..
"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya bertumpuk-tumpuk, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya; dan Dia (juga) menurunkan butiran-butiran ais dari langit, (iaitu) dari gumpalan-gumpalan awan seperti gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran ais itu) kepada siapa yang Dia kehendaki dan dihindarkanNya kepada siapa yang Dia kehendaki. Kilauan kilatnya hampir-hampir menghilangkan penglihatan." (Surah An-Nur : ayat 43)
Ayat dari Surah An-Nur ini benar-benar bermain-main di pemikiran di saat dan ketika itu. Ruginya diri ini seandainya hanya melihat dan tidak mengambil sebarang ibrah..
"Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka Dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang rugi" (Surah Al-A'raf :ayat 178)
Winter. Sejuk. Salji. Ais. Beku. Dan Macam-macam lagi. Itulah simptom-simptom kehidupan tatkala winter datang di Bumi New Zealand ini. Daun berguguran membotakkan pepohon yang dulunya rendang menguning, kini hanya tinggal jari-jari kekeringan. Hawa yang betapa sejuk membuatkan diriku ini menggigil dikala angin dan awan bersama-sama berkejaran di ufuk horizon yang berkemerahan itu. Sungguh cantik ciptaan Allah! Subhanallah.
"Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka." (Surah Shaad : 27)
Berdasarkan ayat di atas, tentu sekali Allah SWT tidak menciptakan keindahan salji ini dengan sia-sia melainkan sebagai satu peringatan akan kebesaranNya dan sekaligus untuk membuatkan kita berfikir.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orangorang yang berakal.
(Ali Imran 3: 190)
(Ali Imran 3: 190)
Allahu Allah…
Allah menceritakan sifat orang yang berakal ialah yang saatnya mereka
berdiri…
duduk…
dan berbaring mengiring…
Sentiasalah mereka menyebut-nyebut nama Allah dan mengingatiNya sambil terus berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
"(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), 'Ya Tuhan tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia (termasuklah penciptaan manusia); Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka'" (Surah Al-Imran : ayat 191)
Hati yang lembut kerana mengingati Allah akan terdorong menyuruh anggota badannya mentaati segala perintah Allah dan mencegah dari ‘melukai’ Allah swt.
"Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertakwa." (Surah Yunus : 6)
Subhanallah. Hanya Allah SWT sahaja yang lebih mengetahui rahsia-rahsia disebalik ciptaanNya. Tidaklah mampu rasanya kita mencapai, mahupun merungkai, pengetahuan yang pelbagai tanpa izin dariNya jua.
No comments:
Post a Comment
Kritikan Membina