Followers

♥ Like Button ♥

Saturday, July 21, 2012

cara meraih Bonus Ramadhan

Assalamualaikum semua... 
InsyaAllah fara subhanaAllah sangat excited untuk menulis post sempena Ramadhan pertama...


InsyaAllah dengan rasminya tahun ini saya menyambut bulan Ramadhan di kejauhan...
Ramadhan pertama di bumi Auckland menyedarkan diri betapa diri ini seharusnya banyak2 memanjatkan kesyukuran kerana masih berpeluang berada di dalam bulan Ramadhan penuh barakah... insyaAllah...



Ruginya diri ini sekiranya Ramadhan kita kali ini sama malah lebih teruk dari tahun-tahun sebelumnya kerana Allah telah menyediakan satu bulan di mana syaitan telah diikat...
bermakna musuh yang nyata telah pun tiada... 
Maka, kita kena berusaha sedaya mungkin untuk menundukkan musuh dalam diri sendiri (nafsu kita sendiri) kerana sekiranya dalam bulan Ramadhan kita sama sahaja seperti bulan2 yang lain bermakna kita telah membiarkan syaitan mendidik nafsu kita dengan jayanya... adakah kita akan membiarkan hal itu berlaku..??



Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,
(Surah Al-Baqarah : ayat183)

InsyaAllah dalam post kali ini farah nak berkongsi mengenai apa yang harus kita lakukan untuk meraih bonus-bonus yang Allah telah sediakan sempena Bulan Ramadhan.

Bagi meraikan bulan Ramadhan yang mulia, ada baiknya kita meneliti secara ringkas berkenaan Ramadhan. Bulan ini boleh lah dianggap sebagai bulan ‘bonus’ dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan ini dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan Hadis Qudsi yang menyebut : “ Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikanNya, mereka meninggalkan makanan, minuman, dan nafsu syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :

" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770).

Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).

Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).

Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).

Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum  tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.


Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.

 4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.


Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaimana di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-

ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع

Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar,

Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم

Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)

5) Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka

Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :

إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد

Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)


6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.


Berdasarkan hadith Nabi SAW :

لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر

Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).

Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.

Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).


7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.


كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن ‏ ‏حسا ‏ ‏حسوات ‏ ‏من ماء

Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)

Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

" Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"

Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah urat leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.

8) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :

‏من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).

Disebut dalam sebuah hadis lain

ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة

Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )


9)  Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih. Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.


10) Bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.


11) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :

Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).

Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)


Jabir bin Abdullah menyampaikan petuanya:

إذا صمت فليصم سمعك وبصرك ولسانك عن الكذب والمحارم ودع أذى الجار, وليكن عليك وقار وسكينة يوم صومك, ولا تجعل يوم صومك ويوم فطرك سواء

“Seandainya kamu berpuasa maka hendaknya pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu turut berpuasa dari dusta dan hal-hal haram dan janganlah kamu menyakiti tetangga. Bersikap tenang dan berwibawalah di hari puasamu. Janganlah kamu jadikan hari puasamu dan hari tidak berpuasamu sama.” (Lathaa’if al-Ma’arif, karya Ibnu Rajab al-Hambali, hal: 292)

InsyaAllah sekian sahaja untuk kali ini... sumber ilmu adalah dari Ustaz Zaharuddin.net... 
Fara masih kurang ilmu dalam bidang penulisan jadi bersandarkan kepada yang lebih arif insyaAllah...
Sekiranya ada terkurang betulkanlah diri ini insyaAllah...

Dalam kesempatan ini fara juga ingin memohon maaf sekiranya dalam 11 bulan sebelum ini fara ada menyakiti hati dan menyinggung perasaan... sekiranya ada penulisan yang menyinggung perasaan sesiapa insyaAllah tegurlah fara kerana fara sedang belajar untuk memperbetulkan diri ini... insyaAllah...


“Dan jika kamu memberi maaf, maka itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 237)



Wallahu alam... 

♥ with love, fara ♥

Wednesday, July 18, 2012

Never Give up ^_^

Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.

Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.

Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.


"Bila dirimu letih dan hilang semangat, DIA tahu betapa dirimu telah bekerja kuat.. Bila tangismu berpanjangan dan hatimu kelukaan, DIA telah menghitung air matamu titisan demi titisan. Bila dirimu rasa ketinggalan dan masa pantas berlalu, DIA sentiasa di sisimu selalu.. Bila dirimu telah cuba segalanya tetapi masih kabur arah tujuan, DIA ada jalan penyelesaian.."



♥ with love, fara ♥

Hadis LOGAM.. Antara Islam dan Jahilliyah

Assalamualaikum...
apa khabar readers...?? sihat? Alhamdulillah...
Apa khabar iman kita juga pada hari ini... 
InsyaAllah semakin hari semakin mencanak naik graf iman kita.. 
InsyaAllah bukan MasyaAllah ea... ^_~

Nak update tapi seakan menemui jalan buntu...
Mungkin kerana takut menyampaikan tapi tak dapat mengamalkannya.. 

 "...Allah sangat membenci kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
As-Saff: 3
Sentap sebentar apabila tadabur ayat ini... 
Zasp! berani nak menulis, berani nak berusrah tapi after that "check in telinga kanan, check out telinga kiri"
Perlu lebih berhati-hati insyaAllah dalam percakapan..
Tapi fara berharap sangat anggaplah diri ini seperti bakteria...
Fahamilah apa yang ingin disampaikan kerana Islam itu sememangnya indah,
Fara hanya seorang muslimah yang tidak lari melakukan dosa... Astaghfirullah... =,='



Panjang pula mukadimah kali ini... (sorry =,=')
Post kali ini sebenarnya nak bercerita mengenai hadis logam (hadis ferum.. )
Mungkin ramai yang pernah mendengarnya tapi insyaAllah kita berkongsi...
sekiranya ada terkurang boleh lah berkongsi ilmu... insyaAllah.. ^_^


“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Faham tak maksud hadis ni? Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya sewaktu ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, sekiranya dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahamannya. Hebat seseorang semasa jahiliyyahnya insyaAllah hebatlah juga dia semasa Islamnya... ^_^

Logam..
Tidak mudah patah.

Logam..
Tidak mudah bengkok.

Logam..
Boleh dilentur.

Logam..
Boleh digilap.

Manusia ini ibarat logam. Berubah mengikut cara dilentur, berubah mengikut cara digilap. Logam yang baik, walau di mana dicampak sekalipun, pasti tetap baik.


Contoh terdekat ialah Khalid al Walid, menjadi logam ketika jahiliyah (menjadi musuh ketat Islam sewaktu Perang Uhud) dan menjadi logam ketika Islam (menjadi orang yang berjuang ke jalan Allah)
Selain itu, sama seperti Saidina Umar yang terkenal dengan sifat garangnya dan gangster ketika sebelum masuk Islam dan selepas masuk Islam, digunakan dengan memberi manfaat kepada dunia.



Islam tidak membataskan kelebihan seseorang itu tapi Islam menjadikannya ke arah yang lebih baik dan memberi manfaat kepada dunia. ( Adakah kita menggunakan kelebihan yang ada dengan bermanfaat??)


Beza "fakihu" dan "fakuhu": "Fakihu ialah orang yang tahu (fakih) tentang Islam manakala Fakuhu ialah orang yang faham Islam dan melaksanakannya. (Kita nak jadi yang mana??). Contoh ialah Sumayyah, walaupun ketika zaman itu, tiada hukum hakam dalam Islam lagi seperti solat dan puasa, beliau tidak fakih tentang Islam, tapi kerana beliau fakuhu, beliau sanggup mati syahid kerana keimanan dan ketaqwaannnya kepada Allah.



Allah tidak memerlukan kita, andai kita ingin terus berada dalam jahiliyah yang sama,
tapi kita sudah pastinya memerlukan DIA.
Kalau di dunia kita rasa bebas hidup cara jahiliyah, akhirat kita bagaimana?



Wallahu alam,


♥ with love, fara ♥

Sunday, July 15, 2012

Simfoni Ukhuwah

Assalamualaikum...
apa khabar iman kita hari...?? insyaAllah walaupun ada pasang surut nya kita sama-sama berusaha untuk menaikkannya... ^_~

kenapa tiba-tiba tajuk post kali ini simfoni ukhuwah...
sebelum kita bercerita panjang lebar, apa makna simfoni ea...??
simfoni menurut professor google adalah gubahan muzik (biasanya dlm tiga atau empat bahagian) utk dimainkan oleh orkestra.
di dalam sesebuah pasukan orkestra setiap pemuzik memainkan alat muzik yang berbeza...
perbezaan yang diwujudkan melahirkan keharmonian dalam muzik yang didendangkan kepada penonton...
p/s: tajuk post kali ini diilhamkan daripada sahabat-sahabat tindikan production semasa rehlah kami... ^_~

sama juga seperti ukhuwah... 
perbezaan dalam persahabatan.. 
kita cuba menerima perbezaan dan persamaan dalam sesebuah ukhuwah...
perbezaan kita yang menjadikan ukhuwah itu lebih indah dan harmoni...

Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,
kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan
ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

betapa fara kini menyedari betapa indahnya ukhuwah dan persahabatan yang dibina kerana Allah...
dulu mungkin fara hanya bersahabat kerana dia adalah course mate, classmate, roommate, soulmate(erk..?) dan apa-apa lagi mate tapi kini alhamdulillah Allah membuka mata ini bahawa persahabatan sebenarnya lebih dari itu....

ukhuwah yang dibina kerana Allah membuatkan diri ini berusaha menerima kekurangan dan kelebihan sahabat dan cuba untuk memaafkan dan memohon kemaafan dahulu kerana  Islam adalah agama penuh kasih sayang. Maka setiap Muslim dianjurkan untuk memberi maaf sebelum orang meminta maaf. Sebab memberi maaf itu lebih dekat kepada ketakwaan seperti firman Allah yang bermaksud:

“Dan jika kamu memberi maaf, maka itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 237)

Walaupun memberi maaf itu bukanlah sesuatu kewajipan, namun memberi maaf memiliki nilai yang sangat besar di sisi Islam. Orang yang memaafkan selepas diminta maaf akan mendapatkan pahala memaafkan dan pahala daripada kezaliman ke atasnya. Namun orang yang memaafkan sebelum diminta maaf akan mendapat keuntungan sangat besar, iaitu ketenangan jiwa di dunia dan balasan berlipat ganda pada akhirat kelak, jauh melebihi nilai kezaliman yang dimaafkan itu. Menjelangnya bulan Ramadhan yang penuh barakah dari Allah, insyaALLAH mari kita sama-sama memohon kemaafan...

kepada sahabat-sahabat fara yang berada di mana saja atas bumi Allah ini, ingin diri ini memohon kemaafan seandainya diri ini pernah mengguris hati sahabat-sahabat sekalian dan insyaAllah kita kembali kosong kosong ea... (macam lagu najwa latif pula... ^_~ )


''Ukhuwah itu bukanlah mainan kata-kata dusta, bukan juga bersulamkan cinta yang tiada terhala, tapi ia satu ikatan yang kuat menghubungkan hati-hati manusia yang beriman kepada Allah."

selain itu, di dalam tahapan ukhuwah “Serendah-rendah ukhuwah ialah SALAMATUS SODR (bersangka baik), setinggi-tinggi ukhuwah adalah AL-ITSAR…”
Berhusnuzon (bersangka baik) , maknanya tidak ada dalam perasaan dan hati kita prasangka atau sangkaan buruk meskipun sesaat terhadap saudara kita.
Tapi, selemah-lemah tahap ukhuwah ini sebenarnya masih ramai dalam kalangan kita yang sukar merealitikannya, bukan? (muhasabah diri ini T_T )
AL-ITSAR itu pula adalah sanggup mengorbankan kepentingan diri semata-mata untuk sahabat yang dicintai di jalan Allah. Mungkin sukar tapi insyaAllah ia bukanlah sesuatu yang mustahil...
Kita mula perlahan-lahan dengan yang paling rendah sekali iaitu berlapang dada dan berhusnuzon dengan sahabat kita.. ^_~


Sabda Nabi s.a.w. yang mafhumnya:
”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.”
[Riwayat Muslim]


InsyaAllah sekian dahulu mengenai ukhuwah... 
ingatlah Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah…
Hari ini bersahabat, esok kita bersahabat dan selamanya kita bersahabat..
Jika hari esok diri ini tiada lagi di dunia ini…
Kutetap mengharapkan kita bersahabat…
Diri ini mengharapkan kita sama-sama selamat sampai ke sana.. insyaAllah

Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita
dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah
mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan,
yang memberi suntikan semangat perjuangan..
alirkan halawatul ukhwah,
kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati.



Wallahu alam,


♥ with love, fara ♥

Saturday, July 14, 2012

Dilema

Assalamualaikum...
post kali ini fara ingin berkongsi cerita sedikit...
kisah seorang kanak-kanak (nama diberi arina) yang sedang membesar dengan gembira penuh dengan kasih sayang daripada keluarga dan sahabat-sahabat sekelilingnya...

satu hari ditakdirkan Allah arina terpaksa berhijrah seorang diri untuk menimba ilmu pengetahuan,
jauh daripada keluarga dan sahabat2 yang sangat mengasihinya...
dia datang ke suatu tempat yang sungguh asing (hutan yang penuh keindahan ciptaan Allah)
di sana, dia berjumpa dengan 2 sahabat baru....
Iqlimah dan Ibtihan...

Iqlimah dan Imtihan banyak mengajarnya cara untuk menyesuaikan diri di tempat baru,
mengajarnya tentang pegangan hidup,
mengajarnya tentang cara hidup dan tujuan hidup..
hidup arina pada masa silamnya penuh dengan kekotoran tapi Iqlimah dan Ibtihan membantu untuk memutihkan dan kedua-duanya menunjukkan jalan hidup yang lebih indah dan bermakna untuk arina...

Arina begitu bersyukur dan setiap ilmu yang dipelajari dikongsi bersama keluarganya yang berada di kampung...
Arina ingin keluarganya juga merasakan nikmat yang dirasainya... insyaAllah...

tapi, satu hari Arina jatuh sakit...
Dia demam dan selsema...
Iqlimah datang kepadanya dengan membawa ubat demam manakala Ibtihan datang kepadanya membawa ubat selsema..
Iqlimah dan Ibtihan mula berbalah dengan mengatakan Arina hanya memerlukan mereka sahaja..
Sedangkan pada hakikatnya dia memerlukan kedua-duanya...
Dia tidak sanggup kehilangan sahabat semata-mata hanya untuk memulihkan sakitnya...
tapi, dia memerlukan juga ubat sebagai asbab untuk menyembuhkan sakitnya....

Keindahan dunia baru Arina kini semakin hari semakin lenyap apabila kedua-dua sahabatnya meminta Arina memberi kata putus siapa yang dia lebih memerlukan...
Uhibukifillah selama ini tidak lagi indah dan manis...

Sekian sahaja cerita pada kali ini,
sambungan hanya apabila diri ini ada mood dan dengan izinNya... ="((


Wallahu alam,


♥ with love, fara ♥

Friday, July 13, 2012

Selamat hari lahir

‎"Dan kesejahteraan bagi dirinya pada hari lahirnya, pada hari wafatnya, dan pada hari dia dibangkitkan hidup kembali.." [Surah Maryam : ayat 15]

InsyaAllah post ini adalah special dedication for sis Nurfathiah Sayuti aka ummi (during kampung sonata... marah nanti mama betul)... selamat hari lahir... semoga dikurniakan keberkatan usia... Maaf lah tiada apa yang dapat diberikan... insyaAllah kak fathiah nak request masak apa2 mungkin acu (hehe... :D) boleh cuba masak kan.. bahaya... jangan yang extreme2 sangat ea... al-maklum masih amateur insyaAllah...

p/s : gambar orang yang bertuah ni tidak disiarkan takut ramai peminat menyerbu...



walaupun sebenarnya ucapan ini agak lambat tapi insyaAllah... biar lambat asal selamat (ada kena-mengenakah..?) huhui... ^_~ insyaAllah akak, senyum-senyum selalu ea... 



♥ with love, fara ♥

Wednesday, July 11, 2012

SENYUMLAH

♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥

*****Duhai Saudariku Muslimah - Tersenyumlah....*****

♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥



“Senyummu di hadapan saudaramu adalah sedekah bagimu.” (HR. At-Tirmidzi)

Kita semua pernah tersenyum. Saat kita melemparkan senyum kepada saudara kita, dia pun membalas dengan senyuman. Dan ketika saudara kita tersenyum kepada kita, kita juga membalas senyumnya. Terasa damai hidup ini jika hari-hari terlalui dengan senyuman.


Tersenyum bukan hanya mudah dilakukan, namun ia juga mempunyai banyak manfaat. Dengan senyum, ukhuwah nan indah antara sesama muslim mampu terjalin, beban yang berat terasa lebih ringan, dan kemarahan serta permusuhan pun bisa mencair. Seseorang juga lebih menarik dengan senyumannya. Bahkan, seseorang tampak lebih muda dengan senyum yang terukir di bibirmu.


Seseorang yang murah senyum lagi berwajah ceria biasanya mudah bergaul dan mempunyai banyak kawan. Sebaliknya, orang yang selalu bermasam muka sukar mendapat teman dan dilabel 'sombong', tak mesra alam' dll. Senyum adalah petanda memulai sebuah persaudaraan.


Dari segi kesehatan, terbukti secara ilmiah bahawa senyum mampu menurunkan tekanan darah, meningkatkan immuniti tubuh, dan dapat menghilangkan stres. Tidak hairan, jika Nabi SAW adalah orang yang sangat sihat, karena beliau adalah orang yang murah senyum sewaktu berkomunikasi bersama keluarga dan para sahabat.

Jarir bin Abdillah RA berkata, “Sejak aku masuk Islam, Nabi SAW tidak pernah menghalangiku untuk menemuinya. Dan setiap kali berjumpa denganku, beliau selalu tersenyum padaku.” (HR. Al-Bukhari)


Meskipun ringan, senyum merupakan amal kebaikan yang tidak boleh diremehkan. Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu.” (HR. Muslim)


Jadi, tersenyum dan bermuka manis adalah Sunnah. Ia bukan sekadar suatuformaliti atau pun aktiviti kemanusiaan semata. Tersenyum adalah ibadah. Siapa yang melakukannya akan memperoleh pahala.


Sungguh ironis, jika ada orang yang tidak mau tersenyum kepada saudaranya kerana menganggap dirinya berada di atas Sunnah, sementara saudaranya dianggap sebagai ahlu bid’ah yang tidak pantas mendapatkan senyumannya. Padahal di saat yang sama, dialah sesungguhnya yang telah meninggalkan Sunnah. Wallahu a’lam bish-shawab.


Senyum itu ……………… Indah

Senyum itu ……………... Sedekah

Semyum itu …………….. Ibadah

Senyum itu …………….. penuh keberkatan

Dengan senyum …………… dunia jadi cerah

Dengan senyum …………… raut jadi indah

Dengan senyum …………… hilang keluh kesah

Dengan senyum …………… lenyap rasa susah

Jom sekarang kita senyumlah....hihihi ^_^



(¯`v´¯)♥♥ Semoga Bermanfa'at..... insyaAllah
`·.¸.·´
¸.·´. ¸.·´¨) ¸.·¨)♥♥
(¸.·´ (¸.·´ .·´ ¸¸.·¨¯`·.


♥ with love, fara ♥

Tuesday, July 10, 2012

Mengenali seseorang... ♥ ♥

Mengenali seseorang itu

kadangkala membuat kita ketawa...

Mengenali seseorang itu

kadangkala juga membuat kita mengalir airmata...

Sesungguhnya mengenali seseorang itu

mampu memberi kita sejuta rasa.... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu....

Tapi, sedarkah kita?

Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH...
Biarpun hadirnya seketika dan sekadar TEMAN SEMENTARA...
Bersyukurlah dengan kehadirannya kerna barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN... ^_~

Terima kasih kepada kakak-kakakku yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada diri ini...
Halalkan segala makan dan minum sekiranya ada terlebih mahupun terkurang...



To kak Farah, Thanks untuk ilmu ISK.. SubhanaAllah it does change me a lot... Jazakillahu khair.. ^_~


To Kak Fafa yang comel dan happy sentiasa insyaAllah... Terima kasih akak untuk ilmu2 yang telah akak kongsi dengan fab... ^_~



To kak Mun, Alhamdulillah, insyaAllah ada rezeki kita berjumpa di JB Kota Keriangan.. hehe.. rumah pun insyaAllah dekat boleh kita bertemu insyaAllah... ^_~ 

dan ucapan juga ditujukan kepada kak wani dan kak siti insyaALLAH.... 
Senang cerita fab sayang semua lah... =)

Ukhuwah fillah till jannah... Uhibukifillah... ^_~
Fab nak cakap yang "FAB SAYANG SANGAT PADA KAKAK2 SEKALIAN"
InsyaAllah semoga perkenalan yang singkat ini diberkati hendaknya...
Posting nanti khabar2 la kami di sini...
Jadi guru yang ceria dan kekal kan kecomelan kakak2 sekalian...
InsyaAllah

Minta maaf minta izin letak gambar di blog fab ea... ♥ ♥



♥ with love, fara ♥

La Tahzan... Senyum


Satu perkara yang mudah namun ada kalanya ia menjadi begitu sukar. Mengukir senyuman di bibir kadang-kadang menyembunyikan kedukaan tersembunyi di dasar hati. Namun hanya diri ini yang mengerti.
Abu Darda' pernah berkata :
"Sesugguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku"
Pernah jua Rasulallah SAW tertawa hingga menampakkan gigi gerahamnya, tapi tidak pernah pula baginda SAW ketawa berdekah-dekah.
Ada pepatah menyebut :
"Janganlah terlalu banyak tertawa, kerna terlalu banyak tertawa akan mematikan hati"
Tapi ambillah jalan yang wasthiyyah dalam keadaan bersederhana
"Senyummu di kala bertemu saudaramu bernilai sedeqah"
Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud :
"Meskipun sekadar menampakkan wajah ceria di saat kau bertemu dengan saudaramu"
Indahnya saranan Rasulallah SAW ini. Dengan senyuman sahaja dapat menjalinkan hati-hati manusia walaupun ada kalanya lisan lidah tidak jelas difahami, warna kulit jauh beza sekali. Namun dengan hanya menguntum senyuman sudah bisa untuk mentautkan hati-hati yang tersembunyi tapi begitu berarti.
Ahmad Amin menyebut dalam Faidhul Kathir :
"Orang yang murah dengan senyuman dalam menjalani hidup ini bukan sahaja orang yang paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi jua adalah orang yang multi tasking, orang yang paling kuat dalam mengahadapi kesulitan dan memecahkan rungkaian persoalan"
Ada sahaja manusia yang membuatkan kehidupannya menjadi bermuram durja bahkan mereka yang berada di sekelilingnya turut merasai derita muram durja itu hanya kerana sifatnya yang gemar membesarkan perkara yang kecil. Menyibukkan diri dengan perkara yang kurang penting sampai terlebih pula.
Akhirnya dunianya menjadi hitam dan kelam. Kemudian pula menyebarluaskan kekelaman yang ada menghantui benak sanubarinya kepada orang yang berada di sekitarnya. Sifat inilah yang banyak dijangkiti pada mereka pada hari ini. Benda yang hanya sekecil seekor tikus dihebohkan seumpama seekor gajah. Akhirnya segala apa yang ada dalam genggamannya dan sisi pandangnya tidak memberikan sebarang arti padanya, apatah lagi menggembirakannya. Mereka tidak merasa puas dan senang dengan sebanyak mana sekalipun segala bentuk kesenangan yang berada dalam genggamannya.

Ramai orang yang telah sisi pandang hidupnya dikaburi. Mereka sudah tidak dapat melihat bahkan menghayati keindahan hidup ini. Sisi pandang mereka hanya dapat mengenal materialistic yang acap kali menjadi kayu ukur dalam segenap aspek kehidupannya. Mereka cuba menggenggam segala banyak mungkin materialistic untuk menjadi sumber kekayaan. Akan tetapi mereka sering lupa untuk menyoal bagaimana hendak membuat hati mereka bahagia?
Jika kita hanya mampu untuk menangani perkara-perkara kecil dalam menulusuri kehidupan ini, berarti kehidupan kita ini tidak akan melebihi perkara-perkara kecil sahaja dalam hidup ini. Namun, jika kita berkeyakinan untuk berani berdepan perkara-perkara besar dalam menulusuri arus kehidupan, maka kita akan memiliki semangat dan azam yang besar yang bisa untuk memusnahkan segala bentuk halangan dan dugaan yang bakal menerjah tiba.
Jiwa yang senantiasa menguntum senyuman akan melihat kesulitan dengan penuh ketenangan dan kelapangan sambil terus mengorak langkah untuk mengatasinya. Jika mereka berdepan dengan sebuah simpulan persoalan, mereka akan menguntum senyuman. Mereka turut mempamerkan senyuman ketika sedang berusaha merungkai tali-tali persoalan yang menanti dan masih tersenyum ketika mampu menanganinya. Akan tetapi, jiwa yang bermuram durja akan melihat kesulitan itu dengan sudut pandang penuh kesedihan. Saban kali menemui kesulitan, ia akan mengelak akannya atau jua memperbesarkannya, semangatnya mulai luntur dan langkahnya mulai longlai serta mula mencipta alasan dengan lafaz : "kalau".. "bila"... dan "jika"...
Sesugguhnya kita amat mendambakan kepada sekuntum senyuman, wajah yang ceria, hati yang lapang, akhlaq yang mulia, jiwa yang lembut dan ketulusan dan kelunakan dalam menutur kata.
"Sesungguhnya Allah swt telah mewahyukan kepadaku (Muhammad SAW) agar kalian bersikap tawadhu', hingga tidak ada seorang pun yang berbuat dzalim terhadap orang lain dan tidak ada seorang pun yang berlaku angkuh terhadap orang lain"
Jangan terus bercerita tentang masalah sampai lupa untuk berbicara tentang solusi. Berbahas tentang masalah seolah-olah tiada lagi jalan keluar darinya sedangkan sifat kita sendiri yang suka memperbesarkan masalah. Tidak salah untuk berbicara tentang masalah, namun apa yang paling utama adalah mencari solusi dalam mengatasi masalah itu.
Jangan bersedih kerana kita telah melalui kesedihan itu semalam dan sama sekali ia tidak dapat memberi manfaat jika kita terus diambang kesedihan. Pandanglah ke belakang untuk menilai semula masalah dan mulakan langkah untuk mengatasi masalah hari ini serta teruskan usaha untuk memadam kesedihan hari semalam.
Ketika kita sedang bersedih dek kerna kemiskinan mahu pun kesengsaraan yang sedang dideritai, bukankah kesedihan itu hanya akan menambahkan lagi kesusahan kita? Ketika kita sedang bersedih di atas kritikan dan kata-kata hina lagi nista pada kita, pastilah kesedihan itu hanya akan menguntungkan dan mengobarkan lagi semangat mereka yang selama ini mahu melihat kita terus jatuh?
Janganlah dihimpit kesedihan kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yang manis manjadi pahit, sekuntum mawar yang mekar nan indah kelihatan layu, kebun yang luas menghijau kelihatan seperti padang pasir yang kering kontang, wajah yang ceria menjadi masam mencuka, hati yang tenang berubah menjadi gundah gulana, kehidupan yang luas di ats dunia ibarat seperti meringkuk dalam bilik penjara.
LA TAHZAN.. (。◕‿◕。)
Wallahu'alam

♥ with love, fara ♥