Followers

♥ Like Button ♥

Monday, May 7, 2012

Penghijrahanku

Assalamualaikum...
setelah sekian lama tidak mempunyai keberkatan masa untuk mengupdat insyaAllah fara akan cuba untuk menggunakan medium blogging sehabis baik...
insyaAllah... doa2 kan fara ea.. ^_~

InsyaAllah untuk post kali ini, fara ingin berkongsi penghijrahan fara dari seorang yang bercuti panjang hingga lah menjadi muslimah yang merantau di negara orang...

15 februari 2012, 
fara telah dipilih Allah untuk melanjutkan fara ke new zealand...
MasyaAllah on my flight days fara takut sangat2...
nangis insyaAllah dah confirm, tapi fara perlu kuat kerana akan banyak lagi dugaan menanti di hadapan...

Perantauan fara di bumi asing agak menakutkan, di mana,
Islam merupakan komuniti minoriti di sini,
Dulu kadang2 suka memberikan alasan untuk solat, telekung takde, surau, takde...
di sini, fara belajar untuk solat dalam flights, tepi pantai, atas rumput dan tanpa telekung...
insyaAllah dengan memakai pakaian tutup aurat pun dah boleh solat...
tak perlu hanya pakai tudung labuh sampai lutut untuk digantikan sebagai telekung,
insyaAllah tudung tidak jarang, menutup dada dan sedikit labuh dah boleh buat solat,
means siapa kata muslimah ni susah bab aurat,

Ingat!! Telekung bukan uniform wajib untuk Solat.... 
Bukanlah bererti tidak boleh memakai telekung tapi hanya ingin menekankan Islam itu mudah,
dan tiada alasan untuk tidak solat....



A busy life makes prayer harder, but prayer makes a busy life easier... ^_~ ♥ ♥

sebab tulah Allah suruh kita muslimah menutup aurat supaya kita mudah untuk solat...
insyaAllah... Solat itu mudah dan Allah sebenarnya dah berikan kita banyak kemudahan kerana solat bukanlah semata-mata hanya satu kewajipan,
tapi penghubung kita dan alat komunikasi kita dengan Allah...
Semudah kita dial dengan wudhu dan bercakap dan mengadulah seberapa lama dengan linangan airmata kepada Allah...
sebab Allah suka sangat dengar rintihan hamba2-Nya... insyaAllah...
Allah sangat sweet... ^_~


Di sini, fara selalu fikir yang semua orang tahu pasal Islam,
rupa2 nya masih ramai yang tidak tahu mengenai Islam,
soalan biasa yang fara dengar adalah 'why do you wear headscarf'?
dan fara baru sedar bahawa kefahaman fara mengenai hukum2 kenapa Allah tetapkan bertudung, solat masih belum fara fahami... =( sobs2...

Islam is not about 'we're better than you', ISLAM is about 'let me show you something that is better for you'... ^_~

Perkara yang lebih menakutkan adalah bahasa,
memahami english dengan baik di Malaysia belum mampu menjamin fara memahami bahasa omputih new zealand ni,
dengan 'accent' yang unik,
even fara yang pernah menjadi guru bahasa inggeris pun seakan-akan pelik bahasa apa diaorang cakap nie..
fara rasa macam english adalah bahasa yang tak pernah fara belajar dulu di sekolah,
a weeks to adapt,

Tapi, fara bersyukur sangat kerana dipilih Allah untuk berhijrah ke new zealand,
fara ada sahabat2 yang selalu concern, 
even pada hari lahir fara,
fara dapat banyak wish, suprise dan hadiah...
Alhamdulillah...
Jazakillahu khair sahabat2 ku... ^_~
Semoga Allah membalas budi baik antuna semua... yeay...

sekian sahaja untuk kali ini insyaAllah...
Ada peluang akan cuba mengupdate dengan info2 yang fara dapat semasa usrah...
insyaAllah...


Wallahu'alam

♥ with love, fara ♥



2 comments:

Kritikan Membina