di pagi sabtu nan indah insyaAllah...
insyaAllah setiap penuh adalah indah kerana Allah menyayangi diberi peluang sehari lagi untuk kita bertaubat... subhanaAllah....
apa khabar iman hari ini...??
insyaAllah akan sentiasa bertambah ea... ^_~
insyaAllah fara nak kongsi sedikit kisah mengenai seorang kanak-kanak yang takut akan api neraka...
subhanaAllah...
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu’ sambil menangis…
Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis, dia pun pun berkata, “Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?” maka berkata anak kecil itu, “Wahai pak cik saya telah membaca ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian dalam dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.”
Berkata orang tua itu, “Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tiodak akan dimasukkan ke dalam api neraka.”
Berkata anak kecil itu, “Wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal, tidakkah pak cik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekal;I yang mereka letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil terlebih dahulu kemudian baru mereka akan letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum orang dewasa.”
Berkata orang tua itu sambil menangis, “Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada api neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimana keadaan kami nanti?”
Wallahu alam, semoga kita sentiasa zikrullah...
♥ with love, fara ♥
No comments:
Post a Comment
Kritikan Membina