Followers

♥ Like Button ♥

Monday, May 14, 2012

~WANITA~

                                                         

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa






Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh











Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk




Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


Wallahu alam... 

♥ with love, fara ♥





Sunday, May 13, 2012

Pokok Semalu.... ;)

Assalamualaikum....
insyaAllah  akan berusaha untuk mengupdate blog... 

Ingin berkongsi sedikit kisah yang fara baca hari ini insyaAllah....



Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a., Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah r.a terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengaduh kesakitan..
Fatimah mengatakan kepada bapanya, apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah,. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu, bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah r.a terkejut.



Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi., Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
1. Pohon semalu akan kuncup apabila di sentuh. Ini boleh di ibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu ( pada tempatnya).
2. Pohon Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu wanita perlu tahu mempertahankan dirinya
dan maruah sebagai seorang wanita muslim.






3. Pohon semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah
mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH Rabbul Alamin.
4. Yang terakhir, Pohon Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke
rumahmu apabila waktu semakin senja .
Ambillah pengajaran dari Pohon Semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil....




Wallahu alam

♥ with love, fara ♥

Saturday, May 12, 2012

ANAK KECIL YANG TAKOT NERAKA!!!!!

Assalamualaikum,
di pagi sabtu nan indah insyaAllah...
insyaAllah setiap penuh adalah indah kerana Allah menyayangi diberi peluang sehari lagi untuk kita bertaubat... subhanaAllah....

apa khabar iman hari ini...??
insyaAllah akan sentiasa bertambah ea... ^_~

insyaAllah fara nak kongsi sedikit kisah mengenai seorang kanak-kanak yang takut akan api neraka...
subhanaAllah...


Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu’ sambil menangis…



Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis, dia pun pun berkata, “Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?” maka berkata anak kecil itu, “Wahai pak cik saya telah membaca ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian dalam dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.”



Berkata orang tua itu, “Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tiodak akan dimasukkan ke dalam api neraka.”
Berkata anak kecil itu, “Wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal, tidakkah pak cik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekal;I yang mereka letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil terlebih dahulu kemudian baru mereka akan letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum orang dewasa.”

Berkata orang tua itu sambil menangis, “Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada api neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimana keadaan kami nanti?”

Wallahu alam, semoga kita sentiasa zikrullah...


♥ with love, fara ♥




Monday, May 7, 2012

saya islam...

Assalamualaikum,
(Waalaikumussalam, jangan lupa jawab salam ea... ^_^ )
jom hari ini insyaAllah kita belajar tatabahasa... suke2... ^_*



apa beza 
         1.    saya makan 
         2.    saya Makan

pening tak fikir...??
apa ea..??

jawapannya...
     1. saya makan bermakna, saya sedang makan... nyum2...
     2. saya Makan bermakna nama saya Makan... 
susah tak...??

sekarang tengok pula yang ini.......

            1.   saya islam
            2.   saya Islam

                                       

apakah perbezaan nya...??
cube teka... cube teka.... ^_~

pandai....
jawapannya...

        1. saya islam bermakna saya sedang mengamalkan dan beriman dengan agama islam itu sendiri....
        2.  saya Islam adalah Islam pada nama....

MasyaAllah... mana satu ea kita...???

Adakah kita hanya islam keturunan atau islam pada IC atau islam yang benar2 faham, dan sedar akan kepentingan islam itu sendiri...
InsyaAllah fara yakin semuanya adalah yang 1... ^_~ Amin...


p/s: ini sekadar rekaan tp pengajaran yg hendak disampaikan sebenarnya ialah iblis pn de ic,so kite pn hati2 la dgn godaan nyer yg sentiasa menjerat kita.. ini menunujukkan iblis sentiasa menghasut dan mengoda kita...oleh itu jauhilah maksiat,jgn dekati ic iblis......

Apabila ISLAM hanya pada Identification Card..
solat entah ke mana
cukup ke puasa
aurat terjaga?
pergaulan macamana..okay ka..

Apabila ISLAM hanya pada IC
tutup kepala dikatakan tutup aurat
tidak menutup aurat tapi lima waktu bersolat dikatakan cukup syarat..
"Aku tak tutup aurat lebih baik dari kamu-kamu yang mengumpat"
Iya,benar katamu..
Jadinya,tutuplah auratmu,
kamu-kamu itu ,jagalah mulutmu..ke nak merasa daging bangkai saudaramu?

                                  

Hai kalian yang mengaku beragama ISLAM,
bila agama diutamakan,
semestinya pencapaian menemui kejayaan
dan rakyat  jua damai dan aman
dalam lembayung satu ummah yang mementingkan perpaduan

Hai kalian,ISLAM bukan hanya pada IC..
ISLAM di hati :)


Wallahu'alam

♥ with love, fara ♥



Penghijrahanku

Assalamualaikum...
setelah sekian lama tidak mempunyai keberkatan masa untuk mengupdat insyaAllah fara akan cuba untuk menggunakan medium blogging sehabis baik...
insyaAllah... doa2 kan fara ea.. ^_~

InsyaAllah untuk post kali ini, fara ingin berkongsi penghijrahan fara dari seorang yang bercuti panjang hingga lah menjadi muslimah yang merantau di negara orang...

15 februari 2012, 
fara telah dipilih Allah untuk melanjutkan fara ke new zealand...
MasyaAllah on my flight days fara takut sangat2...
nangis insyaAllah dah confirm, tapi fara perlu kuat kerana akan banyak lagi dugaan menanti di hadapan...

Perantauan fara di bumi asing agak menakutkan, di mana,
Islam merupakan komuniti minoriti di sini,
Dulu kadang2 suka memberikan alasan untuk solat, telekung takde, surau, takde...
di sini, fara belajar untuk solat dalam flights, tepi pantai, atas rumput dan tanpa telekung...
insyaAllah dengan memakai pakaian tutup aurat pun dah boleh solat...
tak perlu hanya pakai tudung labuh sampai lutut untuk digantikan sebagai telekung,
insyaAllah tudung tidak jarang, menutup dada dan sedikit labuh dah boleh buat solat,
means siapa kata muslimah ni susah bab aurat,

Ingat!! Telekung bukan uniform wajib untuk Solat.... 
Bukanlah bererti tidak boleh memakai telekung tapi hanya ingin menekankan Islam itu mudah,
dan tiada alasan untuk tidak solat....



A busy life makes prayer harder, but prayer makes a busy life easier... ^_~ ♥ ♥

sebab tulah Allah suruh kita muslimah menutup aurat supaya kita mudah untuk solat...
insyaAllah... Solat itu mudah dan Allah sebenarnya dah berikan kita banyak kemudahan kerana solat bukanlah semata-mata hanya satu kewajipan,
tapi penghubung kita dan alat komunikasi kita dengan Allah...
Semudah kita dial dengan wudhu dan bercakap dan mengadulah seberapa lama dengan linangan airmata kepada Allah...
sebab Allah suka sangat dengar rintihan hamba2-Nya... insyaAllah...
Allah sangat sweet... ^_~


Di sini, fara selalu fikir yang semua orang tahu pasal Islam,
rupa2 nya masih ramai yang tidak tahu mengenai Islam,
soalan biasa yang fara dengar adalah 'why do you wear headscarf'?
dan fara baru sedar bahawa kefahaman fara mengenai hukum2 kenapa Allah tetapkan bertudung, solat masih belum fara fahami... =( sobs2...

Islam is not about 'we're better than you', ISLAM is about 'let me show you something that is better for you'... ^_~

Perkara yang lebih menakutkan adalah bahasa,
memahami english dengan baik di Malaysia belum mampu menjamin fara memahami bahasa omputih new zealand ni,
dengan 'accent' yang unik,
even fara yang pernah menjadi guru bahasa inggeris pun seakan-akan pelik bahasa apa diaorang cakap nie..
fara rasa macam english adalah bahasa yang tak pernah fara belajar dulu di sekolah,
a weeks to adapt,

Tapi, fara bersyukur sangat kerana dipilih Allah untuk berhijrah ke new zealand,
fara ada sahabat2 yang selalu concern, 
even pada hari lahir fara,
fara dapat banyak wish, suprise dan hadiah...
Alhamdulillah...
Jazakillahu khair sahabat2 ku... ^_~
Semoga Allah membalas budi baik antuna semua... yeay...

sekian sahaja untuk kali ini insyaAllah...
Ada peluang akan cuba mengupdate dengan info2 yang fara dapat semasa usrah...
insyaAllah...


Wallahu'alam

♥ with love, fara ♥