Assalamualaikum,
kali ni kita bermula dengan dialog baru bagi salam (=,=')
Dialog penuh tidak puas hati di atas sering diungkapkan apabila ada rasa-rasa tidak puas hati dalam diri bila ditegur..
Budaya tegur menegur dan saling ingat-mengingati amatlah penting kerana fitrah manusia kan mudah untuk melihat kesalahan dan kelemahan orang lain...
Budaya ini inshaAllah sangatlah baik sekiranya benar caranya ketika menegur, kerana Allah sendiri berfirman
dalam Surah Al-Asr :
[103: 1] Demi Masa!
[103: 2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
[103: 3] Kecuali orang yang beriman dan beramal salih dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaranKita sentiasa rasa tak kena apabila ditegur, nak naik angin, poyolah nak tegur-tegur orang pula.
Tapi kita tak pernah fikir perasaan orang yang menegur.
Bagaimana mereka hendak membina kekuatan untuk menegur.
Bagaimana mereka perlu menyusun ayat yang paling berhemah untuk menegur.
Bagaimana mereka sangat memikirkan reaksi orang yang ditegur selepas itu.
Bagaimana mereka sangat memikirkan bahawa ini tanggungjawab mereka untuk menegur, kerana kelak mereka akan disoal di hadapan Allah.
Tetapi kita yang menerima teguran cuma ada 2 option, terima teguran atau tidak terima.
Nampak bukan siapa yang lebih mengambil berat?
Tetapi masih kita sibuk dengan ego kita yang satu itu.
Yang "pantang ditegur".
Buka mata, buka minda.
Tiada siapa yang menegur ingin anda jadi mundur.
Kadang-kadang bila hati dah kotor dan gelap, memang payah nak terima teguran, tambah-tambah bila didakwahkan
Mulalah nak mengamuk tak tentu pasal, campak barang, ketuk meja (ganas sungguh dah nie) sampai keluar perkatan "Dah bagus sangat ke nak nasihat orang?" MasyaAllah... :(
Wahai saudaraku, abang, kakak dan adikku sesama Islam,
bila orang-orang biasa menasihati kamu perkara baik, terimalah dengan hati yang terbuka.
Dia juga sedang bermujahadah dalam memperbaiki dirinya dan ingin mengajak kamu melakukan kebaikan bersama.
Dia ingin kamu turut merasa manisnya Iman.
Dia ingin kamu berada bersama dalam jalan tarbiyyah ini.
Dia bukan nak tunjuk alim, berlagak ustaz mahupun ustazah kerana dia sedar dia belum layak mendapat gelaran yang hebat itu.
Dia cuma menjalankan tanggungjawabnya melaksanakan Amar Makruf Nahi Munkar.
Everyone can contribute something important to
Islam.
Semua orang mcam pieces of jigsaw puzzle dalam usaha membangunkan
Islam. kalau kita sekarang tidak buat kerja, maka Allah akan ganti je kita dgan
mereka yg akan menjalankan tugas mulia ni
Ingin fara berkongsi satu hadis,
ا يبع بعضكم على بيع بعض، وكونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا يظلمه ولا يخذله، ولا يكذبه، ولا يحقره، التقوى ههنا، ويشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه -رواه مسلم.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.
♥ with love, fara ♥
No comments:
Post a Comment
Kritikan Membina