alhamdulillah dalam kesibukan hiruk-pikuk kehidupan sebagai seorang pelajar muslimah...
alhamdulillah dikurniakan kesempatan untuk bermusafir serta merehatkan minda mentadabbur alam...
apa itu tadabbur?
MAKSUD tadabbur dalam al-Quran ialah memerhati dengan mengkaji dan menyelidik. Allah jadikan alam ini sebagai sumber hikmah dan daripadanya terdapat rahsia-rahsia kebesaran-Nya. Berfikir tadabbur bermaksud pemikiran manusia terhadap sesuatu yang menjadi sumber kajian, telitian dan penyelidikan tidak terputus dengan maksud penciptaan itu sendiri.
Alam ini tidak terjadi dengan sendiri. Alam ini ada Penciptanya. Tidaklah Allah menciptakan alam ini dengan sia-sia kecuali dengan hikmah bagi mereka yang berfikir. Allah menciptakan alam ini dengan sebab.
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.[Ali'Imran 3:191]
Allah menceritakan sifat orang yang berakal ialah yang saatnya mereka
berdiri…
duduk…
dan berbaring mengiring…
Sentiasalah mereka menyebut-nyebut nama Allah dan mengingatiNya sambil terus berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
berdiri…
duduk…
dan berbaring mengiring…
Sentiasalah mereka menyebut-nyebut nama Allah dan mengingatiNya sambil terus berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
Cuba bayangkan satu keadaan di mana kita mengalami tekanan yang sangat mendalam. Tiba-tiba kita berjalan keluar rumah sambil memandang tumbuh-tumbuhan, bunga-bunga serta binatang-binatang di sekeliling kita, hati kita menjadi semakin tenang.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal
[Ali'Imran 3:190]
kenapa ya..?
"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka"
"Our Lord! You have not created (all) this without purpose, glory to You!
Give us salvation from the torment of the Fire.
sekarang bayangkan pula suatu keadaan di mana kita pergi ke surau, dan melihat seorang hamba Allah sedang mengalunkan ayat-ayat suci Al-quran.
Kelunakan suara, raut wajahnya yang dibasahi wudhu kerana Allah semuanya menjadikan hanya melihat dan mendengar hamba Allah itu, hati kita juga menjadi tenang.
Apa kata orang tu "sejuk mata memandang" "sejuk perut ibu mengandung"
dalam kedua-dua situasi itu, apakah perbezaan dan persamaannya?
sesungguhnya hamba Allah dan alam kedua-keduanya sedang bertasbih, bertahmid, berzikir kepada Allah...
sedangkan alam tiada henti-henti berzikir kepada Allah, bagaimana pula kita ea?
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
[Al-Israa' 17:44]
Di sini memandangkan esok hari fara akan berjaulah bersama-sama sahabat2 yang dicintai kerana Allah..
Fara nak berkongsi doa untuk tadabbur alam yang dipertik dari surah Ali-Imran :ayat 191
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Our Lord! You have not created (all) this without purpose, glory to You!
Give us salvation from the torment of the Fire.
wahai pokok..
mahukah kau aku bisikkan
senandung lagu memuji Allah...
wahai burung...
mahukah kau aku ceritakan
kebesaran Allah yang Maha Luas...
sebelum aku sempat untuk membisikan dan menceritakan....
mungkin ini balas mereka,
" Kami adalah makhluk yang sentiasa berzikir memuji asma Allah. Kamu pula?"
p/s : location gambar adalah sekitar Rotorua, New Zealand inshaAllah ^_~
mahukah kau aku bisikkan
senandung lagu memuji Allah...
wahai burung...
mahukah kau aku ceritakan
kebesaran Allah yang Maha Luas...
sebelum aku sempat untuk membisikan dan menceritakan....
mungkin ini balas mereka,
" Kami adalah makhluk yang sentiasa berzikir memuji asma Allah. Kamu pula?"
Wallahualam....