Followers

♥ Like Button ♥

Friday, January 21, 2011

Rahsia Tulisan Tangan~~

Assalamualaikum....
Rindu nyer nak update... huhui.. ^_~

Topik pada post kali nie adalah mengenai rahsia tulisan tangan...
Setiap manusia mempunyai bentuk dan jenis tulisan tangan...
Mungkin ada cikgu yang suka kalau anak murid nya tulisan bulat-bulat...
Cikgu akan marah dan akan mencampak buku apabila tulisan anda hanya boleh dibaca dengan bantuan alat kanta pembesar...
Then fara terfikir kenapa setiap manusia mempunyai jenis tulisan yang berbeza-beza....??

Bentuk dan jenis tulisan menggambarkan personaliti...
Boleh percaya kah...??
this is just part of psychology test... so terpulang nak percaya atau tidak...
Human also has limitations...
Kita tidak mengetahui apa yang tersirat kerana...
Allah Maha Mengetahui akan tiap sesuatu...

Here are the 'Secret behind Handwriting'

TULISAN BERUBAH UBAH

Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia
juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang
tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas.

Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.


TEKANAN KETIKA MENULIS
  • Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

  • Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Tulisan yang cantik juga diperlukan untuk menulis surat chenta...

KECONDONGAN TULISAN


• TEGAK
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

• CONDONG KE KANAN

Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan
cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

• CONDONG KE KIRI

Wah! Rupanya dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!


BENTUK TULISAN

• LEBAR

Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

• TULISAN KURUS
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

• TULISAN BERSEGI EMPAT
Otak matematik rupanya dia ni.

• TULISAN BULAT
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

• BERSAMBUNG
Pemikirannya berdasarkan logik.

• BERCERAI CERAI
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!



JARAK TULISAN

• TULISAN JAUH
Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia
sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan
apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada
orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.

• TULISAN RAPAT
Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.

  • RUANGAN DI TEPI
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya:

• RUANG KIRI KANANNYA SAMA
Jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya, bermakna
dia seorang yang berfikiran optimistik.

• RUANG MUKA SURAT SEBELAH KIRI KECIL
Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!

• RUANG MUKA SURAT KANAN KECIL
Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan
yang sewajarnya.

• PENUH SATU MUKA SURAT
Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak idea bernas
yang boleh dikongsi bersamanya.

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor (bukan ekor binatang..hehe)

a) Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah,
mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan


b) Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan
kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
Tahap aspirasi tinggi


ii. Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah


iii. Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana


BAGAIMANA DENGAN ANDA????????

My result :

1: Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya- Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.

2: Tulisan Tajam/Leper- Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical).

3: Condong Kanan- Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah.

4: Rapat-rapat- Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut.

5: Huruf JGYZ yang sempurna - Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan.


Wallahualam... terpulang nak percaya atau tidak...
Mungkin ia sebahagian daripada motivasi diri untuk mencantikkan tulisan...
The end.......
Assalamualaikum... ^_~



♥ with love, fara ♥


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. means tak tetap pendirian tu...
    cewah~~` dam macam pakar psikologi je...
    actually ini just kajian je...
    lom tentu kesahihannya... ^_~

    ReplyDelete

Kritikan Membina