Followers

♥ Like Button ♥

Tuesday, January 25, 2011

Cinta Nobita Dan Sizuka... updated Version.. ^_~


Starring : Nobita dan Sizuka... ^_~

Latar : - Di suatu malam depan panggung wayang… (da cam Drama.. hehe..)

Sizuka : Mane Doraemon...??

Nobita : tak payahlah bawa dia... tak seronok... Kacau daun je nanti... ^_~ (sambil mengenyit mata pada sizuka)

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?

Nobita : A’ ah xbosan. Best!

Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?

Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.

Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.

Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?

Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?

Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..

Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?

Nobita : Errr~ hehe..

Kan lebih elok kalo de Doraemon teman... pergi makan dorayaki sama2... huhui... ^_~

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.

Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.

Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu

Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..

Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..

Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.

Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.

Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu

Nobita : Errr~ huhu..

Tengok je... tak boleh lebih2... =)

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?

Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa

Sizuka : Buktinya??

Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe

Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu

Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.

Nobita : Eh..mestila! hehe

Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~

Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??

Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!

Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu???

Sizuka : Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu???

Sizuka : Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Sejauh manakah kita yakin bahawa kita 'couple' akan membawa ke jinjang pelamin...??

Berapa ramai yang dah couple tapi kandas di pertengahan jalan??

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???

Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~


Ini adalah Nobita dan Sizuka in Islamic Version...

Sekian....

Assalamualaikum.... ^_~




♥ with love, fara ♥


Friday, January 21, 2011

Rahsia Tulisan Tangan~~

Assalamualaikum....
Rindu nyer nak update... huhui.. ^_~

Topik pada post kali nie adalah mengenai rahsia tulisan tangan...
Setiap manusia mempunyai bentuk dan jenis tulisan tangan...
Mungkin ada cikgu yang suka kalau anak murid nya tulisan bulat-bulat...
Cikgu akan marah dan akan mencampak buku apabila tulisan anda hanya boleh dibaca dengan bantuan alat kanta pembesar...
Then fara terfikir kenapa setiap manusia mempunyai jenis tulisan yang berbeza-beza....??

Bentuk dan jenis tulisan menggambarkan personaliti...
Boleh percaya kah...??
this is just part of psychology test... so terpulang nak percaya atau tidak...
Human also has limitations...
Kita tidak mengetahui apa yang tersirat kerana...
Allah Maha Mengetahui akan tiap sesuatu...

Here are the 'Secret behind Handwriting'

TULISAN BERUBAH UBAH

Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia
juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang
tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas.

Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.


TEKANAN KETIKA MENULIS
  • Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

  • Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Tulisan yang cantik juga diperlukan untuk menulis surat chenta...

KECONDONGAN TULISAN


• TEGAK
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

• CONDONG KE KANAN

Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan
cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

• CONDONG KE KIRI

Wah! Rupanya dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!


BENTUK TULISAN

• LEBAR

Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

• TULISAN KURUS
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

• TULISAN BERSEGI EMPAT
Otak matematik rupanya dia ni.

• TULISAN BULAT
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

• BERSAMBUNG
Pemikirannya berdasarkan logik.

• BERCERAI CERAI
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!



JARAK TULISAN

• TULISAN JAUH
Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia
sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan
apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada
orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.

• TULISAN RAPAT
Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.

  • RUANGAN DI TEPI
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya:

• RUANG KIRI KANANNYA SAMA
Jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya, bermakna
dia seorang yang berfikiran optimistik.

• RUANG MUKA SURAT SEBELAH KIRI KECIL
Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!

• RUANG MUKA SURAT KANAN KECIL
Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan
yang sewajarnya.

• PENUH SATU MUKA SURAT
Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak idea bernas
yang boleh dikongsi bersamanya.

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor (bukan ekor binatang..hehe)

a) Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah,
mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan


b) Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan
kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
Tahap aspirasi tinggi


ii. Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah


iii. Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana


BAGAIMANA DENGAN ANDA????????

My result :

1: Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya- Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.

2: Tulisan Tajam/Leper- Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical).

3: Condong Kanan- Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah.

4: Rapat-rapat- Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut.

5: Huruf JGYZ yang sempurna - Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan.


Wallahualam... terpulang nak percaya atau tidak...
Mungkin ia sebahagian daripada motivasi diri untuk mencantikkan tulisan...
The end.......
Assalamualaikum... ^_~



♥ with love, fara ♥


Saturday, January 15, 2011

Apa yang penting...??? Kerjasama.... ♥ ♥

Assalamualaikum...
Apa yang penting....???? KERJASAMA.......

Mungkin kita biasa mendengar trademark sedemikian disebutkan...
Even anak sedara sendiri selalu menyebutkan apabila menonton cartoon WONDERPET..
Tetapi adakah ia memberi kesan kepada kita...??
Fara tak nak cakap orang lain tapi lebih kepada CAS Reflections diri sndri... huhui... ^_~


Menjadi seorang pelajar IB kami mungkin kelihatan tak unite...
Kami mungkin kelihatan SELFISH apabila terpaksa mengabaikan study group semata-mata nak menyiapkan segala assignment yang bertangguh...
Kami mungkin nampak berada di dalam DUNIA REKAAN SENDIRI kerana jarang bersosial...

Tapi sebenarnya kami unite...
fara tertarik dengan reflections dari Bella salah seorang pelajar IB semasa program team-building berjalan...
secara jujur mungkin kami kelihatan tak unite...
kami mungkin tak mengenali antara satu sama lain dalam batch...
tapi actually we are concern about each other....
Unity tak perlu ditunjukkan tapi perlu disematkan dalam hati....


shining like a star during the night... walaupun dalam kegelapan dengan pelbagai dugaan but IB Batch 5... Fighting!

Salah satu game yang kami main pada hari ini tidak mencapai mission statement....
Mungkin nampak macam 'loser' apabila mendengar faci cakap korang tak mencapai mission statement tapi apa yang penting bukan tunjukkan unity tetapi menyelamatkan ahli group kami...
adakah kita akan membiarkan ahli group terkapai-kapai kena sisa toksik demi mencapai mission statement....???
mungkin sama seperti pepatah kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan...
Wonderpet perlu menyelamatkan sesiapa yang dalam kesusahan... huhu

kami bertanding tapi dalam masa yang sama tetap cheer pada group lain...
especially group 10 yang tidak mendapat klu semasa First Session... hehe...
Mungkin betul dalam hidup kita perlukan matlamat...
dan matlamat kami adalah untuk menang..
atau aplikasi dalam IB adalah untuk lepas 35 Point...
even though seems selfish selamatkan group sendiri...
tapi at least kalau group kami berjaya pun dah ckup dan kami tetap akan beri semangat pada group lain...

Together we strong, divide we fall...

Sekarang fara terfikir kenapa Allah ciptakan syurga dan neraka....??
Boleh je Allah ciptakan syurga je sebab Allah kan Maha Penyayang dan dia amat menyayangi hamba-hambanya...
tapi kalau semua pun mendapat jaminan syurga...
Akankah kita berusaha untuk beribadah bersungguh-sungguh dan berusaha menjadi khalifah yang terbaik di bumi Allah ini...???
Syurga ibarat matlamat utama dan kita akan berusaha sedaya upaya beribadah bukan sahaja demi merasakan nikmat Syurga tetapi juga mendapatkan keredhaan Allah.... ^_~ insyaAllah..
So it means untuk berjaya dalam setiap sesuatu kita perlu ada matlamat...
Mungkin dalam mencapai matlamat kita perlu berkorban banyak perkara...
tetapi insyaAllah hanya Allah Maha Mengetahui apa yang telah kita usahakan...
at the end... Berjaya atau tidak kita... Allah Lebih Mengetahui dan kita hanya boleh buat yang terbaik demi mendapat kejayaan di dunia dan di Akhirat...

Before the end of the post...
A little bit of photo sharing....

Terima kasih kepada faci kerana tak tolak markah banyak sangat....
Selamat tak perlu buat performance
...
Faci paling sporting sedunia.... ^_~
perasan tak nape faci tu pegang payung...??
Nanye itu adalah bagi menahan panahan kata-kata daripada group kami... hehe...
Anyway anda berdua sangat best walaupun tidak menjwab soalan dengan baik... huhu...
salah kami juga nanye sebab tak tanye betol2... sorry... =,='
n0 heart feelings... rasa2 mereka bace x blog nie...?? huhui... ^_~ hope tak lah kan...

My teammate and my study group member... ^_~
walaupun tak bersemangat tapi akhirnya kita berusaha tamatkan team-building....
yeah... chaiyok2... C:
Shairah dan AIR KORDOL... huhui... ^_~
nape air kordol...?? tanye owner....
anyway jgn risau org pulaukan sbb negative comment...
kita kan de paper island... weeeeee~~~

The end... sorry gamba lelaki in my group tak ada...
actually ada tapi tak clear... shaking amek gamba sebab penat susun 6 ketas dan ulang-alik... hehe... =D
Assalamualaikum.... ^_~


♥ with love, fara ♥


Keberkatan Masa~~

Assalamualaikum....
setelah sekian lama tidak mengupdate blog...
akhirnya mendapat keberkatan masa untuk melakukannya...

Keberkatan masa...??? Apakah...???
Sebenarnya fara dah lama nak update pasal ini just tak cukup pengetahuan....

Pernahkah kita mengalami apabila sehari kita telah membuat misi untuk menyiapkan semua assignment yang bertangguh dan melambak-lambak...
And then suddenly dah sampai malam baru realise hanya satu dua je yang berjaya dihabiskan..
Pernah tak kita terfikir camne ilmuwan Islam dahulu boleh berjaya dalam banyak bidang...??
mereka tetap dikurniakan 24jam sama mcam kita...
tapi camne mereka boleh menguasai banyak ilmu pengetahuan...??

selalu orang tanya fara... camne fara boleh siapkan assignment2...
alhamdulillah~~ semuanya kerana keberkatan masa yang Allah kurniakan...
sama macam ilmu...
susah nak memahami sesuatu pelajaran...
then kita kena reflect balek keberkatan ilmu yang kita pelajari...

kepada siapa sebenarnya kita nak minta keberkatan masa nie...??
mestilah minta kepada Pemberi Masa....
Allah pemilik masa...
mintalah kepadaNya...

Camne nak minta ea...??
solat di awal waktu...
jaga hak dan masa yang ditetapkan Allah...
insyaAllah Allah akan menjaga hak dan masa kita...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


One more things is that,
Kalau selama ini kita selalu merasakan kita akan dapat apa yang kita usaha...
sampai lupa siapa yang memberi kejayaan...
sembahyang ala kadar dan secepat yang boleh time exam semata-mata kita fikir apa yang nak bace...
tapi yakinkah kita apa yang kita baca tu yang menolong kita time exam...???
siapa yang sebenarnya menolong kita time exam..??
Buku atau Allah...??
kalau kita kata dengan baca buku aku boleh score...
secara tidak sedar kita telah men'dua'kan Allah....
kita lalai melihat kebesaran Allah yang terlalu banyak membantu time kita exam...

Then kalau cmtu tak payah susah-susah study...
kita duduk masjid, bertakafur dan minta je pada Allah...
pernah tak kita yakin sebenarnya segala rezeki kita telah ditetapkan Allah semenjak kita dilahirkan lagi...??
Yakin Allah dah menetapkan tapi janganlah sampai kita tidak berusaha...

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka berusaha untuk mengubahnya..."

Usaha selagi yang terdaya...
sandarkan kebergantungan kita kepada Allah...
kalau Allah tidak memberi kejayaan jangan putus asa...
Pasti ada hikmah di sebaliknya....
Tak semua yang kita nak dan kita rasa baik adalah baik untuk kita....
tak semua perkara yang buruk dan yang kita benci itu adalah buruk untuk kita...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Apa-apa pun...
ingat Allah...
Jazakallah... Assalamualaikum... ^_~


♥ with love, fara ♥


Sunday, January 2, 2011

Alahai Facebook.... =,='

Assalamualaikum....
Apekah ada dengan Facebook sehingga anak-anak muda masa kini begitu menggilainya...
hurm... adakah kerna.....
QUIZ...? APPLICATION...? CONNECTING PEOPLE...?
Nokia pun connecting people jugak...

Nikah connecting people too... Menghalalkan yang haram...

Facebook menjadi benda penting...
means kalau anda tidak memiliki account facebook anda akan dilabel sebagai peninggalan zaman batu...
ataupun makhluk prasejarah yang baru muncul dari tangki bawah tanah cam Enchanted...
ataupun anda baru sahaja singgah di Bumi setelah sesat daripada Planet Zadora...
tetapi walaupun ia membantu dalam mengeratkan silaturrahim...
ia juga boleh dijadikan dakwah...
Mungkin ramai tidak sedar tapi sekarang even Ustaz pun memilik Facebook bagi memerangi virus-virus Facebook yang merbahaya... huhui... ^_~
Dakwah tak semestinya melalui ceramah di surau mahupun masjid...
yang ada pun orang tidur semasa khutbah jumaat
(fara ternampak kat TV1 jemaah tersengut-sengut berjuang mendengar khutbah lagi bagus daripada yang tak datang dan melepak tanpa segan silu)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tetapi kini... Facebook telah banyak disalahgunakan....
5 penyalahgunaan facebook yang telah dikenalpasti....

1. Tukar nama kat Facebook
Yang nie paling standard berlaku.. Kegeraman muncul apabila saya terpaksa search dan memikirkan apakah kemungkinan nama yang akan Datin-datin adn Dato'-dato' letak...Biasanya nama nie akan bergantung pada musim... Means sekarang kan Demam Piala Suzuki keluarlah muka kat profile Khairul Fahmi, Muslim, Safee Sali.. Kwan-kawan perempuan letak muka lelaki kan dah wat eden conpius... Tiba nanti Hari Raya nama bertukar jadi Ketupat Bawang, Kurma Yusuf Taiyub... Aiyoo.. pening pale... camne nak connecting people nak search korang pn susah... =,='

2. Bercerita di wall masing-masing satu-persatu
Yang nie biasanya mereka sedang berbual tak kiralah dalam agenda mengumpat, bercerita mengenai shopping, hero Korea yang kacak mahupun berkasih sayang (yang nie agak sedih bagi yang single ketika membaca.. haha). Mereka akan berbual tanpa menyedari sebenarnya satu dunia sedang membaca.. Sekiranya kedua-kedua sahabat anda yang ini ag terbaik... Penuh la Home Facebook dengan coleteh Cik Senah dan Cik Bedah... nak pause sidai kain pun nak bagitau ke..?? Anda sebenarnya bolehlah comment terus pada wall post yang pertama demi kesejahteraan pengguna FB bersama... hahaha...
anyway korang comment pn tetap akan kuar kat wall masing-masing... FB kan heaven for stalker...

3. Tag gambar
Adoi ini adalah FB bukan Myspace yang asyik tulis 'please comment my pic'.. fara pun pernah jugak wat aktiviti ini tapi dah tak lagi... cuba lah kan orang nak check sape dak nie..?
dah a letak gambo power rangers kat profile pic sat g tag photo gambar sume gamba perempuan... Padahal profile lelaki... Kan dah berlaku kecelaruan jantina...?? huhui.. ^_~
Tak pun tag gamba bussiness... Adoi.. Dulu teringat part yang demam dapat duit dengan mudah melalui FB... penuh haa sume tag gamba-gamba diaorang dengan duit... Adoi.. tak berminatlah dengan duit anda... Semua yang cepat dapat akan cepat pergi... Rezeki tidak akan datang bergolek... Walaupun FB mmg platform baik tuk bussiness tapi penat nak remove tag... last-last remove friends... Tenang duniaku selepas itu... ^_~

4. Update status yang mencarut...
Yang nie serius fara tak boleh terima.. Muka canitik dan kacak... Senyuman manis dalam profile pic tuptup mencarut... Panjang pulak tu mencarut dalam FB... kalau ya pun marah cik akak dan encik abg... janganlah lepaskan kat FB... satu dunia tahu taw... Baik-baiklah kawan yang sorang ag dah insaf dan nak minta maaf bila baca si dia kena maki-hamun berjela-jela dan siap ada yang like dan menjadi 'batu api' di FB terus wat status 'Tiada maaf bagimu....' teetttttt..... Connecting People kah itu...??? SABAR ITU CAHAYA...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

5. Quiz dan application
Bukan salah quiz dan application tapi salahkan mereka yang main... pergi hantar request kepada mereka yang tak main game watpe..?? Farmville...?? huhui... ^_~ daripada bercucuk tanam dan menternak dalam facebook tak membuahkan hasil... Lebih baik kita majukan pertanian di Malaysia... ternak lembu betul-betul nanti bile raya korban da leh jual... Untung... kachin2... duit pun masyuk... =)

Tapi apa yang fara suka wat masa sekarang di FB nie ialah game description of people... just inbox kan no anda di FB dan rakan anda yang mendapatkan tersebut akan describe anda... huhui.. ^_~ just like my previous post Mr. Haidar the first one that describe me... huhui.. ^_~ clap2... so sekarang terdapat tiga lagi yang sukarela menjelaskan mengenai fara...

kte same rumah kan? tp jarang jumpe coz kte lain tingkat mse kt asrama.. tp anda mmg suka study bio kan? dormmate kte yg cerita.. hehe.. now, kte agak t'kejut dgn penampilan baru awk.. tp, still thumbs up..:)

Good things about this.. fara tak pernah sedar selama nie fara suka study bio... Credit to Siti Nornadiyana Mohd Noor....

"aku kenai hang time f4 laaa...takkan time lahir kot..hahahah..ok. mule 2 msk..aku cam eh2, asl die ni aktif semacam? pelik oo...hahahah..tp die ni terlebih rajin terlebih degil terlebih pandai...semua lah...smpi lah die teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet...
ha, kalau tiba dah time gini. aku mmg cuak woo...f4 dulu, rmi org jge kau. naik f5, aku lg la takut. sbb yg lain2 semua dah lain kelas....rindu kau. tak memasal plk aku nk kasi kau perfume.."
credit to Nur Farhana Fadzil... serius tak pernah sedar saya seorang yang aktif... jangan risau... sekarang saya dah tak aktif takut pengsan ag... huhui... ^_~


kenal thru blog..best blog anda! sure bdk pndai kn? hehe..bru je knal..so x byk sgt yg bole describe..huhu

this one from Izzad Afif....


anda rapat dgn seseorg yg aku pernah minat. 1 klas ngn kwn yg aku da knal selama 15 thun mase form 4. keturunan sabun cuci baju. haha.....this one from Syahir Fadilah... ^_~ keturunan sabun cuci baju ea...??? ciap hang....

kite satu kelas addmath ngn awk..duduk sbelah2 plak 2..hehe..kite ingt lg time kite punye markah down 2..sempat lg sedey2 dpn awk..da lame xchat ngn awk,yela maybe maseng2 busy..huhu..hurm, take care ye? gudluck.. ^_^

Yang nie daripada akak cantik si Ruhaiza Zulaikha Omar... =)


kawan mase sek rendah dulu..dulu2 kite cm agak rapat kn..tp lepas naik sek menengah mmg lgsg xdgr cte ape2 pon pasal ko smpai la ko muncul kat fb baru2 nih...sgt2 excited aku bile ko add aku..haha..dari picture2 yg ade...ko nmpak different dri dulu..huhu..xmahu puji ko..pk la sndri eh..ahaha


apakah maksud different dari dulu...?? hurm... hanya mereka yang mengenali fara semasa zaman keriangan kanak2 ribena sek rendah sahaja akan mengetahuinya... hahaha...
anyway thanks to Norliza Mazlan... nanye saje je menyepi bawa hati yang lara... huhui... ^_~

anda hanya akan menemukannya di FACEBOOK...
anyway melalui semua nieyh...
fara mengenali apa pandangan orang mengenai fara...

sebab soalan-soalan formspring selalu membuatkan fara terfikir...
siapakah aku di mata orang lain...
good things about this is that...
kalau ada yang tak baik mengenai kita kawan kta ckap...
kita mungkin akan menjadikannya sebagai muhasabah diri dan membetulkan diri supaya bukan sahaja mulia daripada pandangan manusia tetapi juga di mata Allah...

'
Saidina Ali Karamallahuwajhah pernah berkata... Aku berlindung daripada pandangan mulia manusia tetapi hina di sisi Allah'

bersama-samalah kita membaiki diri kita supaya tahun baru yang menjelang menjadi lebih bermakna...
Kurangkan FB fokus IB... lalala....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


end of the post...
terima kasih kepada penulis description...
really appreciate that..
updating from time to time if there is another description about me from my friends... =)

Assalamualaikummm....




♥ with love, fara ♥


Saturday, January 1, 2011

Langkah Pertama...

Langkah pertama penting dalam melakukan perubahan...
Langkah pertama perlu berani dan bijak diatur supaya sekali jatuh kita akan berani bangkit semula...
Langkah pertama perlu diiringi azam yang membara serta ikhlaskan niat kerana Allah...

Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil dalam melakukan Langkah Pertama (perubahan)....

Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).

Tiba-tiba terfikir satu persoalan.

Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?

Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?

"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk"
- Surah Az-Zukhruf 43 : 37

"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62

Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.

Yang mana lebih kita kejarkan? Perubahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?

Pastinya yang lebih baik.

Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.

Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:

"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"

"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"

Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.

Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.

Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2

Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?

Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.

Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.

Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.

Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.

Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun.

Andai kata tiada siapa yang menyokong akan perubahan kita...
atau mungkin langkah pertama terpaksa diambil bersendirian...
Ingatlah Allah sentiasa bersamamu...

Teringat kisah seorang sahabat fara yang ingin memakai tudung tetapi kerana ibu serta ahli keluarganya sendiri tidak bertudung dia telah membatalkan niat tersebut...
Ingatlah sekiranya kita yang menjadi pencetus kepada perubahan yang lebih baik...
insyaAllah kita sebenarnya berdakwah tanpa disedari...
Dakwah mungkin bukan sahaja dengan kata-kata tetapi adalah lebih baik dengan contoh yang baik...

"Cegahlah kemungkaran dengan tanganmu, sekiranya tidak mampu cegahlah dengan lisan dan sekiranya tidak mampu cegahlah dengan hati dan ia adalah selemah-lemah iman"

Mungkin kita tidak berdaya mencegah dengan kuasa (tangan) dan juga takut untuk menegur dengan lisan tetapi cukuplah dengan hati melalui doa supaya mereka dikurniakan Allah petunjuk serta melalui contoh yang baik...
insyaAllah mereka akan terbuka hati untuk bersama-sama dengan kita mengatur LANGKAH PERTAMA dalam melakukan perubahan... ^_~




♥ with love, fara ♥


Selamat Datang 2011

Alhamdulillah....
tahun baru telah menjelma menandakan berakhirnya TAHUN 2010....

MUHASABAH TAHUN 2010...

banyak kes-kes yang berlaku tahun 2010....
salah satu daripadanya yang fara masih ingat adalah pembunuhan Jutawan Kosmetik Malaysia...
memang menyayat hati kerana tiga orang yang bersama mangsa juga turut dibunuh..
semata-mata sebab harta manusia menjadi alpa...
kes ini menjadi perhatian ketika bulan Ramadhan...
sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi...

dan pada masa yang sama fara teringat kisah pemergian sahabat fara...
Mendiang Dione yang pergi kerana nahas kapal terbang...
dia merupakan juruterbang pelatih ketika itu...

Then kes serangan ke atas kapal Mavi Marmara... 31 Mei 2010
Kes ini mendapat liputan meluas seluruh dunia...
pada masa ni barulah kita sedar bahawa betapa kejamnya ISRAEL...
Membunuh sesuka hati... Astaghfirullah....
Islam sepatutnya bersatu...
bukannya berpecah kerana sibuk menuntut Ketuanan Melayu merata-rata...
fara tak cakap salah untuk menuntut ketuanan melayu ini...
tapi jangan sampai kita lupakan Islam dan letakkan Islam No 1 dalam setiap hal...


itu adalah antara dua kes yang alhamdulillah fara masih ingat memberi impak yang agak besar dalam diri ini...
Tahun 2010 mungkin penuh dengan cabaran dalam diri fara...
Apa yang pasti Tahun 2010 mematangkan fara...
berhati-hati dengan mereka yang bergelar lelaki...
Apa yang pasti...
Pengalaman ibarat makan sayur...
Walaupun pahit dan sukar untuk ditelan tetapi ianya berkhasiat...
Mungkin kita tidak sedar akan khasiat dalam diri kita...
Tapi penting untuk tumbesaran...
Kata-kata dari seorang yang anti-sayur... huhui... ^_~
semoga kita semua dikurniakan keberkatan usia,....
Dan semoga Tahun 2011 akan membawa rahmat dan menjadi lebih baik daripada tahun sebelumya...
doakan fara juga ea untuk FINAL IB MAY 20011...
Semoga dipermudahkan segala urusan... insyaAllah...

Addition for this Post...
Sambungan daripada Curahan Hati kepada Nadia Nasir...
Nadia.. seorang gadis yang ceria...
suka membuli owner of this blog...
Mungkin dia kelihatan ganas pada zahirnya,...
tapi hatinya selembut kapas...
Dia merupakan atlet sekolah...
Apa yang menarik ialah kami berdua akan menjadi perempuan terawal datang prep malam... huhui... ^_~
She is My Best Friend Forever.... insyaAllah....

Ingin mengenali siapakah NURUL NADIA MOHD NASIR...?
fara dan Nadia Nasir...

Thanks also for my along a.k.a Muhamaad Haidar Adnan...
thanks for very nice description of me...
nak quote lah kat snie supaya it will last forever...
"1504:kalau aku story ni, mesti orang tau la sape.kau kan famous. famous sampai membuatkan orang2 seperti aku ni duduk kat luar kelas. selalu buat kejutan yang tak terduga. haha. tapi best jugak. nanti tak yah belajar. hahaha.. trimas banyak2. aku tahu kau hebat. belajar pn pandai. moga success selalu. nak glukose?hehe :P
*seriusly, ak...u cuak kalau kau collapsed. aku kan kena jaga kau*"
ingin mengenali pemilik gambar... Untalkative Writer

Sekian...
Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru...




♥ with love, fara ♥