baca dan jadikanlah amalan kita ea.... insyaAllah.... sebahagian dari ulasan dan ringkasan mengenai buku 'Misteri Solat Subuh'
TIPS MUDAH MENUNAIKAN SOLAT SUBUH
1. Ikhlas
Ikhlas menjadi tips yang terpenting dalam membantu kita untuk bangun solat subuh. tanpa keikhlasan, seseorang tidak akan melaksanakan solat Subuh secara teratur. ikhlas kerana Allah SWT menjadikan kita tamak untuk mencintaiNya. Keikhlasan tidak akan muncul, kecuali kita mengembalikan segala perkara pada Allah SWT.
Keikhlasan mungkin perkara yang subjektif tetapi ingatlah tiada siapa pun yang akan mengetahui sejauh mana keikhlasan kita dalam ibadah. Yakinlah hanya Allah yang mengetahui akan tiap sesuatu.
2. Tekad yang kuat
Kalau seorang Muslim merasakan tingginya nilai solat Subuh berjemaah, maka dia akan mengatur seluruh kehidupannya untuk bangun menunaikan solat Subuh. Allah tidak menginginkan seorang hamba yang 'datang' kepadaNya dengan keterpaksaan dan kebencian. Akn tetapi Dia mencintai hambanya yang taat.
Apabila Allah mendapati seorang yang lemah kemahuannya maka, Dia akan menanamkan keenganan pada dirinya untuk menunaikan solat atau amalan kebaikannya.
3. Jangan terpengaruh
Jangan terpengaruh apabila kita melihat ramai orang yang meninggalkan solat Subuh. Jangan bandingkan diri kita dengan orang yang hanya berdiam diri, namun bandingkanlah diri kita dengan sahabat Rasulullah SAW.
4. Hindari dosa
Solat Subuh merupakan hadiah Allah yang tidak diberikan kecuali mereka yang taat lagi bertaubat. jika hati diisi dengan kemaksiatan, bagaimana mungkin akan bangun untuk solat Subuh?
5. Doa
Doa mempunyai peranan yang sangat penting. Janganlah kita meremehkannya. Doa senjata orang beriman. Amalkan doa sbg rutin harian dan memohon agar Allah memberi kesempatan kepada kita untuk melaksanakan solat Subuh berjemaah.
Ingat dan renungkan, "Siapa yang membangunkanmu untuk menunaikan solat Subuh. Siapa yang membangkitkanmu dari tidur ketika solat Subuh...?"
6. Bersahabat dengan orang yang soleh
Ini adalah satu galakan yg penting. Memang, melakukan ketaatan seorang diri agak menyukarkan kerana syaitan lebih kuat apabila menghadapi orang yang keseorangan.
Dalam hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Umar bin Al-Khattab RA dikatakan,
"Kami mesti bersatu dan jangan berpecah-belah, kerana syaitan itu bersama dengan orang yang keseorangan. Dia akan lebih jauh dari dua orang. Maka barang siapa yang ingin mencium harumnya syurga maka hendaklah dia terikat dalam jemaah"
Ini tak bermakna kita kena pilih kawan yang soleh dan membiarkan kawan kita yang memerlukan bimbingan terumbang-ambing.. bimbinglah mereka yang memerlukan bimbingan selagi kita mampu membawa mereka kembali kepada jalan yang benar, janganlah sampai kita yang terikut dengan jalan mereka... Tepuk dada, tanya iman, buka minda....
7. Perhatikan cara tidur
Tidur awal memang susah terutama kepada pelajar asrama kerana waktu malam semua menjadi burung hantu then bila dalam kelas jadi pak turut yang setia... main angguk je apa yang cikgu cakap.. hehe.. terkena pada diri sendiri... So amalkan tidur bersama Rasulullah kalau tak mampu untuk tidur awal... iaitu dengan berwudhuk sebelum tidur, tidur dengan menghadap ke kanan dan membaca doa sebelum tidur...
Then kalau susah nak tidur awal dan baru berjinak-jinak nak tidur awal... Umumkan waktu tidur.. Minta tolong roomate dan dormmate anda mengejutkan anda... kalau anda jenis yang susah nak bangun... pasangkan alarm clock lagu-lagu seperti asmaulhusna ke.. zikir taubat ke.. supaya bila terdengar at least tergerak hati mendekatkan kita pada Allah... kalau tak berjaya sila refer balik tips yang awal-awal... huhui... ^_~
Bagi mereka yang suka malam di waktu malam, sebagai contoh kurasan Samura.. hehe.. teringat zaman sekolah dulu.. student Samura mesti tahu apakah itu kurasan,.. =) Janganlah makan terlalu kenyang kerana ia bermanfaat bagi mereka yang ingin menjaga solat. Pada dasarnya, manusia ditegah dari makan secara berlebihan tambahan pula ketika hampir waktu tidur. Larangan ini bukan hanya terbatas di waktu malam sahaja. Makan banyak sebelum tidur akan menyusahkan badan. Tidur akan menjadi gelisah serta menganggu kesihatan.
Teorinya bila kita mengambil karbohidrat yang tinggi sebelum tidur, metabolisme dalam badan akan meningkat bagi memproses makanan. so mengikut teori biologi fara, makan banyak sebelum tidur akan menmberi kesan pada jantung dan hati. boleh refer kepada mereka yang lebih arif. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang... ;)
Diriwayatkan dari Miqdam bin Ma'di bin Karbi, bahawa dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Tiada apa yang lebih buruk dari apa yang memenuhi perut anak Adam. Cukuplah bagi mereka daripada makanan sekadar apa yang menjadikan mereka berdiri tegak. Kalau tidak memungkinkan, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasannya"
Sekian sahaja untuk post kali ini... ^_^
Assalamualaikum.... ;)
♥ with love, fara ♥
No comments:
Post a Comment
Kritikan Membina