Followers

♥ Like Button ♥

Friday, July 25, 2014

Puasa tak "Penuh" tak boleh raya

Assalamualaikum readers.,..
Mengakhiri zon-pecut dalam pengakhiran Ramadhan 1435H...
Betapa bersyukurnya kita terpilih memasuki bulan Ramadhan...
Jangan lupa juga untuk memanjatkan kesyukuran kerana kita berjaya mengakhiri bulan Ramadhan... 

Tetapi apakah bezanya Ramadhan kita tahun ini dan Ramadhan kita yang sebelumnya...??
Apakah mujahadah kita tahun ini...??
Adakah ramadhan kita hanya dihiasi dengan lapar dan dahaga...?? 
Atau setia menunggu melihat jam waktu berbuka puasa...??
Atau pening memikirkan juadah apa yang menarik untuk dibeli di bazar Ramadhan...??
Atau sama seperti saban hari memikirkan menu apakah yang sedap untuk berbuka...??

Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan ke-3 fara di perantauan...
Bila baca balik post Ramadhan masa first year, rasa masih baru mengenali dan masih bertatih dalam memahami definisi sebenar Ramadhan....

Perkara yang daripada kecil fara selalu dengar mungkin sahaja gurauan yang biasa...
"Adik, puasa tak penuh, mana boleh raya..."
Itulah motivasi masa kecil untuk berpuasa penuh...
Al-maklum, sehari puasa = RM 1...  
RM 30 untuk seorang kanak-kanak dah banyak kot... 
Tapi, sebagai seorang perempuan memang akan alami puasa tak "penuh" ni...




Kemudian, fara terfikir "Aik, takkan orang perempuan je puasa tak penuh, ini tak adil!"
Kemudian bagaimana dengan kaum adam... 
Beruntunglah mereka mendapat puasa 30 hari penuh dan mereka sajalah yang "layak" beraya...


Perasan tak, bila tidak berpuasa kerana haid, sebenarnya kita telah mendapat pahala kerana mentaati perintah Allah. Ini kerana Allah yang memerintahkan kita untuk berpuasa pada hari-hari kita tidak didatangi haid, dan Allah jualah yang memerintahkan kita untuk berbuka ketika sedang haid, maka berpuasa ketika haid merupakan suatu dosa kerana anda dikira melanggar perintah-Nya. [Muharikah]



Alhamdulillah apabila membaca mengenai puasa dan kenapa berpuasa fara terjumpa dengan satu hadis

Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:


Maksudnya : “Puasa itu adalah perisai. Maka janganlah dia (orang yang berpuasa itu) mengeluarkan kata-kata keji dan janganlah dia berbuat perlakuan (orang-orang) jahil. Dan sekiranya seseorang mengajaknya bertengkar atau memaki hamun dan mencelanya, maka hendaklah dia mengatakan: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”, (Katakanlah) sebanyak dua kali…”. 

(Hadits riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Berpuasa penuh bukanlah bermakna berjaya melengkapkan 30 hari berpuasa sahaja...

Tetapi bagaimanakah 30 hari berpuasa itu dilalui...??

Adakah 30 hari berpuasa itu dilalui dengan perbuatan mengeji atau mencela...??
Adakah 30 hari berpuasa itu dilalui dengan perkara yang sia-sia...??
Adakah 30 hari berpuasa dibayangi dengan angan-angan mat jenin...??
Adakah 30 hari berpuasa dimaknai dengan kesabaran dalam setiap kesulitan...??



“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.” 

(Hadis Riwayat Ath Thabrani. ) 


Hakikatnya, Ramadhan adalah madrasah tarbiyyah (baca : sekolah untuk mendidik) nafsu kita...

sekiranya sebelum ini 11 bulan nafsu kita tunduk di bawah tarbiyyah (didikan) syaitan (nauzubillah)

Inilah masanya kita memanfaatkan satu bulan untuk kita mentarbiyyah nafsu kita dengan tarbiyyah Al-Quran...

1 bulan versus 11 bulan...??


Dari segi matematik sudah pastinya 11 bulan mampu mengatasi 1 bulan...
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui kekuatan iman dan hati setiap hambanya....

“Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (Ikhlas) di antara mereka.”


(QS, Shaad 38 : 82-83)


“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.”
(QS Al-Hijr, 15 : 39-40)


InshaAllah berusahalah untuk mengikhlaskan diri...

"Fake it till you make it"



Hakikat untuk mengikhlaskan diri dalam setiap amalan bukan mudah...

Hakikat untuk mengikhlaskan diri dalam setiap mujahadah bukan kerja sehari dua...

Tetapi Syaitan sendiri tidak akan mampu menyesatkan mereka yang mengikhlaskan diri kepada Allah...

Semasa Ramadhan inilah kita belajar untuk mengikhlaskan diri kerana segala cucukan syaitan itu dah tiada...

Ramadhan inilah kita melengkapkan puasa 30 hari dengan membina sedikit demi sedikit tembok ikhlas supaya di saat kita keluar dari Ramadhan, adanya satu perisai "muttaqin" (orang-orang yang bertaqwa) telah dibina...

30 hari berpuasa lebih bermakna apabila kita berjaya keluar dengan satu mutabaah amal yang mampu kita ber"istiqamah"

"Tanda amalan yang diterima semasa bulan Ramadhan ialah apabila kita mampu mengamalkan setiap amalan yang kita telah lakukan semasa Ramadhan" [Sheikh Rafat]


Kuantiti vs kualiti....??

Mungkin kita boleh sama-sama check (terutama yang menulis)

"Cukup tak puasa pada tahun ini...?"
"Boleh raya tak ni...?? "

Aidilfitri = kembali kepada fitrah....
Sambutan Aidilfitri = sambutan kemenangan setelah kita kepada fitrah asal penciptaan kita

Seandainya puasa kita tidak mampu mengembalikan kita kepada fitrah asal kita iaitu Islam...
Bermakna tak boleh sambut kemenangan dalam mengembalikan diri kita kepada fitrah... :(


Wallahualam

♥ with love, fara ♥












1 comment:

  1. MasyaAllah sister.. nice article.... semoga trus diberi kekuatan oleh yang Maha Kuat utk trus berkarya..

    ReplyDelete

Kritikan Membina