Followers

♥ Like Button ♥

Wednesday, September 18, 2013

Murabbiku


Buat Murabbi yang tidak pernah kenal erti lelah....

Murabbiku...
Jikalau dulu duniaku gelap,
Tidakku kenal erti sebenar,
Segalanya gelap dan hampa,
Tidak mampu apa-apa,
Tidak mampu kemana-mana.

Murabbiku,
Kini duniaku penuh dengan warna-warna ceria,
Penuh dengan tarbiyyah gembira,
Penuh dengan goresan dan kata-kata,
Yang dulunya daku lena dibuai mimpi nan indah,
Kini mulai sedar realiti hidup nan nyata.



Murabbiku,
Pengorbananmu membuatkan kami terbangun
Tersadar dari lelapnya dunia fatamorgana,
Yang melupakan kami tentang erti perjuangan sesungguhnya
Iaitu perjuangan di jalan Allah.

Murabbiku,
Jazakillahu khair kerana mengajarku,
Tentang indahnya warna-warni tarbiyyah,
Tentang tujuan garisan yang dilukis,
Tentang kata yang harus dibaca,
Tentang bicara yang perlu dirasa,
Tentang siraman taujih yang membasahi hati.

Impian setiap murabbi ingin melihat mutarabbinya maju melangkah kehadapannya

Murabbiku,
Kini aku juga seorang murabbi,
Bersama membina syuhada juga pahlawan,
Pejuang agama yang menegakkan shahadah.

Murabbiku,
Doakanku setegar batu karang,
Masinnya laut mampu ditelan,
Menjadi tempat perlindungan,
Buat mereka yang memerlukan.

♥ with love, fara ♥










Monday, September 16, 2013

Back to School

Assalamualaikum readers...

Spring break dah pun melabuhkan tirai....
Tinggal beberapa bulan untuk mengakhiri semester ke2 dan tahun 2 di university of auckland...
apa pun ingatkanlah diri mu tujuan sebenar kehidupanmu di dunia ini...
SubhanaAllah...

InshaAllah ada seorang hamba pernah berkongsikan tadabbur surah thaha kepada farah....
Farah sangat menarik dan inshaAllah fara ingin berkongsi pada readers semua...
Jom kita sama-sama tadabbur surah thaha : ayat 17-21

A017
"Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?"
(Taha 20:17)

A018
Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu". 
(Taha 20:18)

A019
Allah Taala berfirman: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!"
(Taha 20:19

A020
Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.
(Taha 20:20)

A021
 Allah berfirman: "Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal.
(Taha 20:21

Dalam ayat 17,
Nabi Musa ingat tongkatnya sgt baik untuknya, sbab byk manfaat..
Tapi dalam ayat-ayat seterusnya,
Allah tukarkan tongkat tu jadi ular,
dan Nabi Musa jadi takut..
Allah mengingatkan kita, yg sebenarnya Allah lah yg menentukan samada sesuatu tu baik atau tidak baik untuk kita, bukan kita..
Kadang-kadang kita fikir kalau study kuat-kuat dan banyak-banyak,
ini baik untuk exams kita..
Kadang-kadang kita rasa buat bagus dalam assignment dan test kita baik untuk grades kita..
Kita rasa score dalam exams dan grades bagus bermanfaat untuk kita..
Tapi kita lupa, Allah jualah yg menentukan samada usaha-usaha study kita
baik atau tidak untuk exams kita..
Allah yg menentukan samada test dan assignmemt kita baik atau tidak untuk grades kita..
Allah yg menentukan samada exams dan grades kita bermanfaat atau tidak untuk kita..

So kembalilah kepadaNya..
Bergantung dan berserahlah spenuhnya kepadaNya..
Dan bertawakkal lah kepadaNya..
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang..


marilah kita belajar supaya setiap ilmu yang dipelajari dapat mendekatkan diri kembali kepada Allah...
Belajar juga merupakan satu ibadah
sekiranya kita belajar tapi melambatkan kita solat...
sekiranya kita belajar tapi menghalang kita mempelajari ilmu Allah yang lain...
perlu untuk kita check kembali tujuan sebenar kita belajar....


Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
[Surah Al-Baqarah 2:216]





♥ with love, fara ♥









Saturday, September 14, 2013

Tarbiyyah dari Pokok

Assalamualaikum readers...

Alhamdulillah telah diizinkan Allah dan dikurniakan keberkatan masa sebentar
untuk berkongsi apa fara bersama anak-anak usrah dapat berusrah di dalam hujan... 
Alhamdulillah kita merancang, Allah juga merancang dan 
Sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik...

Inilah lukisan fara semasa usrah hari ni... 

Hasil lukisan orang yang tak kreatif.... *uhuk-uhuk

Pokok...... 
Kenapa pokok ea...??
Apakah tarbiyyah yang dapat kita selami melalui pokok...??



Pokok yang tumbuh segar bugar, kuat dan kukuh, cantik bunganya dan manis buahnya, bermula dengan benih.

Bermula dari benih hingga ke peringkat menikmati buah yang manis, kita manusia hanya ada usaha dan tawakkal. Allah jualah Maha Berkuasa menumbuhkannya, Maha Suci Allah.

Andaikan benih yang kita ambil dari pokok sama, kita semai di tanah sama serta disiram jumlah air sama. Saban hari hari dilihat, ada bertunas, ada mulai keluar dari kelopak kulit, bahkan ada juga seperti asal disemai.

Hari berlalu bersama siraman air dan taburan baja sama rata, ada benih kekal tidak bertunas, ada mula menjadi anak pokok dan ada telah mengeluarkan dedaun hijau menawan.

Masa berlalu, pokok semakin membesar, ada kelihatan sihat, ada kelihatan lemah. Usaha menyiram dan membaja serta memangkas dilakukan, hasilnya, sihat semakin kuat, lemah kembali sihat. Tetapi ada juga sihat bertukar menjadi lemah, si lemah menjadi sihat, malah ada yang tamat riwayatnya.

Usaha konsisten dilakukan, pokok-pokok semakin kuat. Ghairah dengan usaha menyiram, membaja dan memangkas, ada pokok terus kuat, ada patah terjirus air, ada rosak terlebih dos baja dan ada juga maati terpangkas. Jelasnya ada kesilapan pada usaha.

Ujian tiba, ada pokok cekal hidupnya, ada cacat dihinggap serangga, ada mati tumbang ditiup angin atau ditenggelami banjir.

Yang hidup pula ada berbunga, tetapi kemudian layu. Ada berbunga, lalu berbuah, buahnya masam, pun begitu tetap juga ada yang manis.



Ujian itu Allah jadikan sebagai latihan untuk melatih hambaNya menjadi seorang yang sabar.
” Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun”. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” 
(Al-Baqarah : 155-157)




Seumpama itu barangkali metafora fitrah tarbiyyah berdasarkan jati diri pokok.
Kita hanya berusaha dalam pelbagai cara, hasilnya berbeza-beza.
Dalam hidup ini kita hanya mampu berusaha...

Kita memerlukan tarbiyyah dan tarbiyyah itu sebenarnya datang dalam pelbagai cara...
sama ada dalam bentuk nikmat mahupun ujian...
kadang-kadang kita sedih bila diuji...

kita tanya pada Allah kenapa aku?

kenapa dalam banyak-banyak pokok, aku antara ditiup angin paling kuat...??

kenapa aku antara pokok yang sering dibaling kayu oleh kanak-kanak...??

"Allah sedang berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas. sabar dan ikhlas itulah islam" 


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 
"Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)' 
[Surah Al-Ankabut: ayat 2] 

tapi sedarlah angin yang datang itu meniupkan segala daun-daun kering...
sedarlah kanak-kanak yang membaling kayu itu ingin mendapatkan buah dari pohonmu...
mereka juga inginkan kebaikan darimu...
adakah kamu hanya akan menjadi pohon yang membesar
dan kemudiannya mati
TANPA memberi bakti kepada mereka yang berada di sekelilingmu....????????

Jadilah seperti pokok, apabila dibaling kayu,
engkau menjatuhkan buah....
Apabila dikau disakiti, engkau menjatuhkan nikmat untuk dinikmati....

Itu adalah lebih indah kerana kita tidak tahu amal mana yang Allah pandang
untuk memasukkan kita ke dalam syurga...


Wallahualam.... 


♥ with love, fara ♥










Sahabat


Sahabat,

Tolong ingatkan andai aku terlupa

Akan indahnya ukhuwwah antara kita

Susah senang kita harungi bersama

Ombak dan badai kita renangi jua

Kerana matlamat kita hanya kerana-Nya



Sahabat,

Tolong ingatkan andai aku terlupa,

Akan takutnya dan gerunnya pada balasan Allah

Pada hamba-Nya yang leka

Kerana aku tidak sanggup

Untuk menjejakkan kaki ke neraka-Nya



Sahabat,

Tolong ingatkan andai aku terlupa

Akan nikmatnya syurga Yang Maha Esa

Kerana itu adalah pendorong ku

Untuk terus beramal hanya kerana-Nya



Sahabat

Tolong ingatkan andai aku terlupa

Bahawa dunia ini hanya sementara

Tidak yang kekal diatasnya

Melainkan semua akan kembali kepada yang Esa

Kerana aku bimbang akan kederasan arusnya

Yang mampu menggugat iman yag tidak seberapa

Yang mungkin akan mengheret kepada kemurkaanNya



Sahabat

Tolong ingatkan andai aku terlupa

Pada pesanan Rasul dan juga pencipta

Kerana aku juga insan biasa

Yang kadang-kadang lupa

Pada tujuan hidup kita didunia…..



Sahabat

Aku tidak mampu keseorangan

Aku sering alpa dan lupa

Aku memerlukan mu untuk mengingatiku



Sahabat

Jangan biarkan iman yang goyah

Menjarakkan ukhuwwah yang terjalin kini

Aku suka bersendiri 

Tetapi aku juga memerlukan teman di sisi


Sahabat

Ukhuwwah itu tetap ada di manis mahu pun pahit

Ukhuwwah itu ada di saat senyum mahu pun tangis

Ukhuwwah itu ada di saat aku girang mahu pun jatuh menangis

Kerana ukhuwwah kita dibina kerana Allah

Uhibukifillah bukanlah sekadar kata-kata

Tetapi ia adalah syukur kerana rasa cinta yang dianugerahkan Allah

Anugerah Allah buatku adalah dirimu

Seorang sahabat.... ^_~


Wallahualam.... 


♥ with love, fara ♥