Followers

♥ Like Button ♥

Thursday, September 6, 2012

Dakwah di Facebook

Assalamualaikum,
setelah sekian tidak menulis, akhirnya Allah menggerakkan hati ini untuk berkongsi serba sedikit apa yang dibaca hari ini...
Alhamdulillah, persoalan mengenai topik seringkali bermain di fikiranku...
SubhanaAllah... Allah memberikan petunjuk apa yang terbaik... insyaALLAH...



Sekarang ini, semakin ramai yang berdakwah serta menyampaikan hal-hal yang baik, serta mengajak sahabat2 yang disayangi turut sama berdakwah di FB... 
Hari ini fara terjumpa satu status yang di'share' oleh ustaz fara...
InsyaAllah semoga ianya bermanfaat...

FB merupakan medan yang mudah untuk kita lakukan kebaikan. Dengan menulis tazkirah, peringatan dan kebaikan, kemudian ianya disebarkan dengan di'share' merata-rata. Selagi mana kebaikan itu disebarkan, maka penulisnya dan mereka yang menyebarkannya juga akan mendapat pahala selagi mana ianya memberi manfaat kepada orang lain.



Namun, mungkin ramai yang berada di dalam dilema untuk berdakwah menggunakan FB ni iaitu dilema bagaimana ingin mengikhlaskan diri di dalam membuat kebaikan. Function 'like', 'share' dan comment' benar-benar menggugat keikhlasan jiwa, hinggakan nasihat yang awalnya ditulis dengan penuh keikhlasan, bertukar menjadi riya' dan 'ujub apabila ianya di'like', di'share' dan di'comment' oleh puluhan malah ratusan orang.


Apakah yang perlu dilakukan? Jawapannya, ubat utama melawan rasa tidak ikhlas adalah dengan terus melakukan kebaikan itu sehingga kita ikhlas. Ini namanya mujahadah. Dalam Islam, kebaikan dilarang daripada dihentikan semata-mata takutkakn riya'. Jika kita hentikan kebaikan kerana riya', itulah riya' yang menyorok jauh di lubuk hati.



Ianya lebih kurang bermaksud begini "aku tidak akan melakukan apa-apa kebaikan pun melainkan aku mesti ikhlas". Persoalannya, siapa yang boleh tahu bahawa dia benar-benar ikhlas? Ikhlas adalah persoalan hati, adakah kita dapat mengetahui sendiri tahap keikhlasan di dalam hati kita?

Sebenarnya, bisikan menghentikan kebaikan itu datangnya dari syaitan, yang inginkan kebaikan terhapus dengan beralasankan 'bimbang tidak ikhlas'. Kita perlu jelas, kebaikan perlu diteruskan dan rasa riya' dan 'ujub itulah yang sebenarnya perlu ditentang.



Cara menentangnya, jika status kita di'like', berkatalah "Alhamdulillah, status aku telah dibaca oleh orang ini, semoga kebaikan sampai padanya". Jika status kita di'share', maka katalah "Alhamdulillah, semoga tersebar luaslah kebaikan". Jika seseorang itu memberikan pujian pada bahagian komentar, katalah "sesungguhnya kebaikan datang dari Allah, aku hanyalah asbabnya sahaja".



Secara moralnya, function 'like', 'share' dan 'comment' itu juga diperlukan untuk menunjukkan bahawa perkara kebaikan dan dakwah juga menjadi sokongan dan disukai oleh masyarakat di alam maya. Jika function tersebut memberikan kesan kepada hati, tanggungjawab adalah atas tindakan kita untuk melawan rasa tidak ikhlas itu, bukannya menghentikan kebaikan yang dibuat.


Wallahu alam... 

♥ with love, fara ♥

2 comments:

  1. mana2 boleh dakwah kan... tepuk dada tanya hati... dengan kuasa...dengan tangan...dengan suara... dengan hati...

    ReplyDelete
  2. insyaAllah... tepuk dada tanya iman nak buat ke tidak... shukran... ^_^

    ReplyDelete

Kritikan Membina