Followers

♥ Like Button ♥

Thursday, December 29, 2011

Diet mengikut Sunnah Rasulullah... InsyaAllah....


Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

Seandainya di bulan Ramadhan kita berbuka dengan kurma, teruskan amalan tersebut...

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

Buah tin.. Nyum2… ^_~

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.


8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.


Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)


CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.


* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Makan dalam talam juga merupakan sebahagian drpd sunnah yg memupuk sifat tolak-ansur dan ukhuwah

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Wallahu'alam


♥ with love, fara ♥


Thursday, December 15, 2011

KEKASIH idaman semua wanita.. ^_~



Saya suka tengok jari awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sampai takut nak pegang... Bukan takut patah... Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...


Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak.... Tapi takut nanti terbakar dek api neraka Di suatu hari yang giler forever




Saya suka tengok body awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...



Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakan Nya dari saya...




Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya... "Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla" katanya... Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu apa pun... Berdosanye saya....


Kesimpulannya saya memang sayang dia... Nak jumpa dia giler forever... Yang forever punye forever... Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama... Bahagia selamanya...



Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti... Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami.... Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...



P/S - andai anda seorang wanita muslimah... Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu... Then kalu anda seorang muslim... Apa kata tanamkan dalam hati camtu... Cinta tu anugerah Allah... Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye... Semoga saya pun ambik iktibar jgak...


Wallahu'alam


♥ with love, fara ♥



Sunday, December 11, 2011

CINTA, NAFSU & TAUBAT


Dalam sebuah hadis, diriwayatkan tentang seorang

penjahat yang ingin bertaubat. Ia masuk ke masjid.

Ketika itu Rasulullah S.A.W sedang mengimamkan solat.

Setelah menunaikan solat mereka berbincang-bincang dan

penjahat yang ingin bertaubat itu mendengar Rasulullah

S.A.W berkata, "Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu

yang haram maka akan memperolehinya ketika sudah

halal."

Setelah Rasulullah S.A.W dan para sahabat bersurai,

pemuda itu turut meninggalkan masjid. Hatinya masih

ragu untuk mengutarakan taubatnya. Namun ucapan Nabi

tadi amat terkesan di hatinya.


Malam pun menjelang. Suasana yang sering menggoda

dirinya untuk melakukan keburukan. Tiba-tiba dia

berhasrat untuk merompak salah sebuah rumah yang

dihuni oleh seorang janda. Ternyata di rumah janda itu

terdapat banyak makanan yang enak dan pasti mengundang

selera. Ketika dia sedang memulakan suapannya

tiba-tiba dia teringat kata-kata Rasulullah S.A.W.

siang tadi. Akhirnya dia tak jadi makan.

Tatkala beranjak ke bilik ke bilik lain, dia menjumpai

perhiasan dan wang yang banyak. Dan ketika dia hendak

mengambilnya, sekali lagi dia teringat kata-kata

Rasulullah S.A.W. Lalu dia membatalkan niat jahatnya.

Setelah itu dia masuk pula ke sebuah bilik yang besar.

Didapatinya janda mu'minah itu sedang terbaring tidur

dengan lenanya. Apabila ternampak wajah janda yang

cantik dan rupawan itu, dia tergoda dan bermaksud

untuk melampiaskan nafsunya. Namun tiba-tiba dia

teringat kembali kata-kata Rasulullah S.A.W tadi.

Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram ia

akan memperolehi barang tersebut ketika ia sudah

halal.

Akhirnya, sekali lagi beliau membatalkan niat

jahatnya. Lalu dia pergi meninggalkan rumah itu dengan

hati yang lega kerana mampu mengalahkan nafsunya.

Fajar mula menyinsing. Penjahat tadi pergi menunaikan

solat subuh di masjid. Kali ini dia bertekad, dia akan

bertaubat di hadapan Rasulullah S.A.W. Setelah solat,

beliau duduk menyendiri di satu sudut masjid, merenung

kembali peristiwa yang baru dialaminya malam tadi. Dan

menghitung betapa besar dosanya andai perbuatan itu

dilakukan.

Ketika matahari terbit datanglah seorang wanita ke

masjid dan menceritakan kepada Rasulullah S.A.W.

kejadian semalam di rumahnya. Walaupun tiada barang

yang hilang namun beliau khuatirkalau-kalau pencuri

itu datang menyelidik semalam dan akan datang lagi

malam nanti. Wanita itu juga memohon kepada Rasulullah

S.A.W. agar sudilah mencarikan seorang yang sanggup

menjaga rumahnya. "Kenapa kau hidup sendirian?" tanya

Rasulullah S.A.W padanya. Wanita itu menjawab bahawa

suaminya telah meninggal dunia.

Rasulullah S.A.W mengarahkan pandangannya kepada

seorang yang sedang duduk menyendiri di satu sudut

masjid. Rasulullah S.A.W bertanya pada lelaki tersebut

(penjahat tadi), adakah beliau sudah beristeri?

Setelah Rasulullah S.A.W mengetahui bahawa lelaki itu

telah kematian isterinya, maka baginda menawarkannya

seorang calon isteri. Lelaki itu terdiam begitu juga

janda yang mengadu tadi. Mereka sama-sama malu. Tetapi

Rasulullah S.A.W yang arif kemudian mengikat kedua

insan itu menjadi suami isteri yang sah. Dan, pecahlah

tangis lelaki itu, lalu diceritakannya kepada

Rasulullah S.A.W peristiwa yang sebenarnya, dan bahawa

pencuri itu tidak lain adalah dirinya sendiri.

Wanita itu keluar dari masjid dari masjid diiringi

lelaki yang kini telah menjadi suaminya. Mereka

berjalan beriringan menuju rumah yang malam tadi

hampir dicerobohinya. Disana makanan-makanan yang enak

masih utuh seperti yang dilihatnya malam tadi. Bezanya

sekarang, makanan itu sudah tidak haram lagi. Maka

tanpa ragu-ragu makanan itu disantapnya.

Wang, emas dan perhiasan yang hendak dicuri, kini

sudah menjadi miliknya yang halal. Bahkan dia boleh

menggunakannya untuk berniaga, tanpa haram sedikitpun.

Sementara wanita cantik yang hampir dinodainya

semalam, kini benar-benar sudah menjadi isterinya...

berkat kemampuannya menahan nafsu syaitannya.

Lelaki itu berbisik sendiri dalam hati, "Benarlah

sabda Rasulullah S.A.W, barangsiapa meninggalkan yang

haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah

menjadi halal."

Demikian indah Islam mengajar erti cinta. Cinta yang

tidak diliputi keraguan, cinta yang menimbulkan rasa

tenteram, cinta yang menumbuhkan kedamaian, cinta yang

menyuburkan keimanan dan ketaqwaan. Cinta yang apabila

kita meneguknya akan diperolehi kenikmatan yang lebih

dalam lagi.

Marilah kita menjenguk dan menyemak hati kita.

Masihkah ada cinta di sana? Sudahkah kita mengemas

cinta kita dengan kemasan Cinta Rabbani dan memberi

label halal di atasnya? Dan sudahkah kita

menyingkirkan cinta syahwat yang akan menjerumuskan

kita dalam petaka yang berpanjangan?




Wallahu'alam


♥ with love, fara ♥



Friday, December 2, 2011

Tips Menghilangkan Stress


Setiap orang tentu pernah alami suatu masalah dan bahkan ada yang sampai mengalami stress, sebenarnya Stres dalam kehidupan seseorang merupakan hal yang baik, namun akan menimbulkan masalah bila stres itu berlebihan. Kita boleh mempratikkan tips berikut ini untuk membantu kita menjalani kehidupan dengan fikiran sihat. Kerana dengan berpikir sehat, kita boleh mengatasi stres lebih efektif.

Kesan Stress yang teruk... ^_^

- Berikan tidur yang cukup dan teratur. Waktu istirahat yang cukup dapat memberi kesegaran dan membuat kita lebih berenergi.

Kerja, assignment, dan tidur semua mesti seimbang...

- Lakukan olah raga secara teratur, hilangkan ketegangan dengan melakukan aktiviti-aktiviti positif antara lain bersukan seperti bermain tenis, jogging, jalan kaki. Atau mungkin berkebun mahupun berbual-bual (untuk makcik-makcik sesuai kot)


SEE, Ikan pun stress jugak after exercise yang melampau... Untuk exercise cukuplah sekadar senaman bersederhana... ^_^

- Cintailah diri anda, maafkan kesalahan anda dan perhatikan keperluan anda.

- Belajar dan berlatih merelax kan dirf seperti menarik napas panjang dan me'relax' kan otot dengan teratur.

Tenang dan relax cam nie... ^_^

-Amalkan diet/makan yang seimbang dan teratur.

Kesan diet yang tidak seimbang..

- Belajarlah untuk menerima apa yang tidak mungkin dapat diubah oleh manusia.




Kalau sudah tiada penyelesaian, beredar dan minta pertolongan daripada Allah Yang Maha Esa... Mungkin tak semua akan mengerti masalah kita...

- Kerjakan dan selesaikan masalah anda satu persatu, berikan keutamaan didalam menyelesaikannya. Jangan mengharapkan sesuatu dengan berlebihan.


Yang ini dah merbahaya... Tolong jangan meniru aksi ini... ^_~

- Cuba sesuatu yang baru, misalnya makan ditempat yang baru atau mengunjungi tempat-tempat yang bersuasana baru bagi anda.

- Luangkan waktu untuk diri sendiri. Cari waktu dan tempat yang menurut anda boleh mendapatkan ketenangan dan privacy.


- Cerita dan kongsi masalah anda dengan teman dekat atau seorang ahli/kaunselor. Orang lain mungkin boleh melihat masalah anda dari sudut yang berbeza dan dapat menyarankan penyelesaian yang lebih baik.


Fail stress test... Adoyai.. =,=' Ag bertambah stress...

- Belajarlah untuk lebih rileks, dengan meluangkan waktu untuk melakukan sesuatu yang anda sukai. Jika sesuatu dilakukan kerana minat anda, maka hasilnya lebih bagus daripada anda melakukan sesuatu kerana terpaksa.

Point yang terakhir, hindari penggunaan drug (dangerous) atau alkohol sebagai alat untuk menghilangkan stres anda, kerana keduanya tidak akan menyelesaikan masalah penyebab stres anda melainkan hanya akan menjadi masalah/stress baru bagi anda.

Kurangkan pergantungan pada obat kecuali bila betul2 memerlukan dan mendapat nasihat doktor... ^_^



Wallahu'alam


♥ with love, fara ♥



5 Daya Tarikan Wanita




Wanita yang sedang mencari pasangan pula lain ceritanya. Ada yang sanggup mengeluarkan wang ringgit yang banyak untuk membaiki imej dan penampilan diri. Salon-salon kecantikan menjadi langganan. Butik-butik pakaian dan perhiasan menjadi tempat lepak yang amat diminati. Tetapi kekasih yang dinanti silih berganti datang dan pergi semuanya tak lekat di hati. Mengapa keadaan ini berlaku? Apa sebenarnya daya tarikan wanita yang membuat lelaki tak bosan berdampingan dengannya?

1. Budi bahasa dari jiwa.

Kekuatan wanita ada pada bahasa tubuhnya iaitu tingkah laku, perbuatan zahir atau akhlak yang mulia. Setiap perkataan yang dilafazkan menjadi penilaian. Adakah ia seorang yang sabar, jujur, berpendidikan atau setidak-tidaknya tahu hal dunia hari ini? Atau adakah ia seorang yang suka berleter, kasar, kurang ilmu dan sebagainya? Semua yang terpacul dari lidah bermuara di hati nurani masing-masing. Wajah ayu yang sedap dipandang janganlah bertukar pahit apabila terdengar bahasa yang menyakitkan telinga.

2. Make-up yang memikat.

Jangan salah tafsir tentang make-up! Yang dimaksudkan di sini adalah air sembahyang untuk pembersih dan penyegar wajah. Untuk pembayang mata dan melentikkannya, gunakanlah jenama ‘malu’ agar mata mampu menangkis setiap panahan syahwat. Manakala pemerah bibir yang sesuai adalah kata-kata penuh hikmah yang memikat setiap orang yang mendengar dengan penuh keinsafan. Dijamin lelaki yang beriman amat meminati wanita seperti ini.

3. Busana takwa.

Para wanita di syurga dihiasi dengan pakaian daripada sutera hijau yang bertahtakan permata-permata berkilauan. Kerana itulah keindahan wanita diabadikan di dalam Al-Quran dengan pakaian dan perhiasannya. Tetapi kegilaan pada fesyen yang mendedahkan aurat wanita saat ini amat membimbangkan. Wanita semakin berani mempamerkan segalanya yang boleh menjadi daya tarikan lelaki. Adakah mereka terfikir bahawa sebenarnya lelaki amat kuat cemburu? Mereka yang benar-benar bersungguh-sungguh ingin menjadikan anda isteri tidak akan berminat dengan jenis wanita yang berpakaian sebegini. Kerana ia menunjukkan kerendahan akhlak dan kemurahan peribadi. Bayangkan barang yang tertutup kemas dan terlindung pasti lebih tinggi nilainya daripada barang yang telah dibuka dipegang dan dilihat sesuka hati sesiapa jua. Sebenarnya pakaian adalah gambar keperibadian yang sesungguhnya dan tersirat tabiat si pemakainya.


4. Superwoman.

Superwoman digambarkan dengan ciri-ciri seorang yang hebat, berjiwa pahlawan, suka menolong orang dan bukan sebaliknya suka menyusahkan orang. Begitulah gambaran wanita yang mandiri, tidak bergantung pada belas kasihan sesiapa, mampu menghadapi kesusahan dan cabaran hidup dengan tabah. Bahkan dialah penolong bagi sesiapa yang memerlukan pertolongan. Sebagai kekasih tentunya dia dapat berdiri di sisi pasangannya dengan keberanian menghadapi segala ujian kehidupan. Tidak lemah dan manja, bukan seorang yang pemalas dan cepat putus asa. Begitulah daya tarikan yang lebih tinggi nilainya dari sekadar kecantikan paras muka yang semakin lama semakin pudar dimakan usia. Tetapi kekuatan peribadi takkan sirna ditelan zaman.

5. Suka dikritik dan bersikap terbuka.

Menjadi pasangan yang ideal bukannya mudah. Perlukan kesabaran untuk kekal di sisinya, mahu mendengar pendapat orang lain, bersedia melakukan perubahan pada diri. Bertanya secara terbuka kepada pasangan anda apa yang dia suka dan apa yang tidak disukainya. Bukan bererti mengikut secara total segala kemahuan lelaki. Berikan pertimbangan sewajarnya, buka perbincangan untuk kebaikan bersama. Jangan ego dan cepat berkecil hati. Jadilah sahabat dan kekasih yang memberi kebebasan bagi pasangan anda untuk menyatakan pendapatnya. Di dalam hubungan kasih sayang, saling mengekspresikan diri sungguh menyeronokkan dan tak akan bosan anda melayan kerenah masing-masing.

Sungguh bertuahlah sesiapa yang mendapat pasangan seperti ciri-ciri di atas. Bagi anda yang mahu berubah, tidak ada kata terlambat untuk membaiki diri. Kerana biar bagaimanapun, lelaki tetap memerlukan wanita sebagai penyempurna kebahagiaannya. Tetapi wanita mesti lebih peka terhadap kekurangan-kekurangannya agar ia tetap menjadi pilihan satu-satunya di hati seorang lelaki bernama suami.

Rasulullah SAW bersabda: ”Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, kerana hartanya, kecantikannya, nasab keturunannya dan agamanya. Pilihlah wanita kerana agamanya nescaya engkau akan bahagia.”

Wallahu'alam


♥ with love, fara ♥