Followers

♥ Like Button ♥

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG,

Sesiapa yg beramal soleh lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan ia dlm kehidupan yg baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mrk dgn memberikan pahala dari apa yg mrk lakukan”. (Surah An-Nahl ayat 97).

Syukur kpd Allah krn mengizinkan kita berada pada bulan muharram tahun 1433 Hijrah (tahun baru dalam Islam). Pejam celik, pejam celik, sedar2 tahun 1432H telah pun pergi buat selama2nya meninggalkan kita. Seorang ulama bernama Hasan al-Basri pernah mengkhabarkan bhw hidup kita ini seumpama jumlah bilangan hari. Apabila luput satu hari, maka berkuranglah sebahagian dari diri kita ini. Oleh itu, tanya diri, adakah kita berpuas hari dengan amalan kita pada tahun yg lepas???

“Setiap hari fajar terbit maka hari akan berkata kpd manusia. Wahai manusia, aku adalah makhluk, aku menyaksikan setiap perbuatan yg kamu lakukan. Ambillah kesempatan yg ada pada hari itu utk membuat kebajikan krn apabila aku berlalu, tidak kembali lagi sehingga hari kiamat”. Hadis qudsi ini menggalakkan kita utk sentiasa berusaha membuat kebajikan dan amal soleh serta muhasabah mengenai umur kita yang sebenarnya pendek. Oleh itu, peliharalah ia spy jgn sampai terbuat perkara mungkar.

Putaran kehidupan umat Islam dan org2 yg beriman seluruhnya bernilai ibadah jika diniatkan utk Allah semata. Sememangnya matlamat utama manusia diciptakan oleh Allah di dunia ini adalah utk menjadi khalifah dengan mengabdikan diri hanya kpdNya. Oleh yg demikian, bersempena dgn awal muharram ini, marilah kita menjadikannya sbg masa untuk kita bermuhasabah diri dan merencana kehidupan kita pada hari mendatang agar lebih cemerlang.

“Belum pun melangkah kaki seseorang hamba (di hadapan Allah) pada hari kiamat, terus ditanya tentang umurnya utk apa dihabiskan, ditanya ttg ilmunya di mana ia diamalkan, ditanya ttg hartanya drp mana ia diperolehi dan utk apa dibelanjakan, juga ditanya ttg tubuh badannya utk apa digunakan”.

Kata2 Saidina Umar al-Khattab: “Bermuhasabahlah kamu terhadap diri kamu sblm kamu dihisab (dihadapan Allah pada hari kiamat). Muhasabah bkn semata2 menghitung untung rugi kehidupan kita di dunia sebaliknya muhasabah ttg bertambah atau tidak keimanan, amal soleh dan taqwa kita sbg bekalan di akhirat kelak. Hidup kita di dunia ini hanya sementara. Seharusnya kita menyedari segala perkara yg kita lakukan akan disoal oleh Allah di akhirat nanti.

Marilah kita berazam utk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan serta berjuang menegakkan Islam dlm pelbagai bidang, mempertahankan maruah agama serta menjadi seorang mukmin yg benar2 beriman dan bertaqwa kpd Allah. Kita perlu bersikap prihatin terhadap agama serta bekerja keras bg mewujudkan kekuatan sbg asas dlm mencapai kejayaan!

Description: https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/380826_198630463551083_100002123936234_413330_37836186_n.jpg

Wallahu'alam


♥ with love, fara ♥


No comments:

Post a Comment

Kritikan Membina