Followers

♥ Like Button ♥

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG,

Sesiapa yg beramal soleh lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan ia dlm kehidupan yg baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mrk dgn memberikan pahala dari apa yg mrk lakukan”. (Surah An-Nahl ayat 97).

Syukur kpd Allah krn mengizinkan kita berada pada bulan muharram tahun 1433 Hijrah (tahun baru dalam Islam). Pejam celik, pejam celik, sedar2 tahun 1432H telah pun pergi buat selama2nya meninggalkan kita. Seorang ulama bernama Hasan al-Basri pernah mengkhabarkan bhw hidup kita ini seumpama jumlah bilangan hari. Apabila luput satu hari, maka berkuranglah sebahagian dari diri kita ini. Oleh itu, tanya diri, adakah kita berpuas hari dengan amalan kita pada tahun yg lepas???

“Setiap hari fajar terbit maka hari akan berkata kpd manusia. Wahai manusia, aku adalah makhluk, aku menyaksikan setiap perbuatan yg kamu lakukan. Ambillah kesempatan yg ada pada hari itu utk membuat kebajikan krn apabila aku berlalu, tidak kembali lagi sehingga hari kiamat”. Hadis qudsi ini menggalakkan kita utk sentiasa berusaha membuat kebajikan dan amal soleh serta muhasabah mengenai umur kita yang sebenarnya pendek. Oleh itu, peliharalah ia spy jgn sampai terbuat perkara mungkar.

Putaran kehidupan umat Islam dan org2 yg beriman seluruhnya bernilai ibadah jika diniatkan utk Allah semata. Sememangnya matlamat utama manusia diciptakan oleh Allah di dunia ini adalah utk menjadi khalifah dengan mengabdikan diri hanya kpdNya. Oleh yg demikian, bersempena dgn awal muharram ini, marilah kita menjadikannya sbg masa untuk kita bermuhasabah diri dan merencana kehidupan kita pada hari mendatang agar lebih cemerlang.

“Belum pun melangkah kaki seseorang hamba (di hadapan Allah) pada hari kiamat, terus ditanya tentang umurnya utk apa dihabiskan, ditanya ttg ilmunya di mana ia diamalkan, ditanya ttg hartanya drp mana ia diperolehi dan utk apa dibelanjakan, juga ditanya ttg tubuh badannya utk apa digunakan”.

Kata2 Saidina Umar al-Khattab: “Bermuhasabahlah kamu terhadap diri kamu sblm kamu dihisab (dihadapan Allah pada hari kiamat). Muhasabah bkn semata2 menghitung untung rugi kehidupan kita di dunia sebaliknya muhasabah ttg bertambah atau tidak keimanan, amal soleh dan taqwa kita sbg bekalan di akhirat kelak. Hidup kita di dunia ini hanya sementara. Seharusnya kita menyedari segala perkara yg kita lakukan akan disoal oleh Allah di akhirat nanti.

Marilah kita berazam utk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan serta berjuang menegakkan Islam dlm pelbagai bidang, mempertahankan maruah agama serta menjadi seorang mukmin yg benar2 beriman dan bertaqwa kpd Allah. Kita perlu bersikap prihatin terhadap agama serta bekerja keras bg mewujudkan kekuatan sbg asas dlm mencapai kejayaan!

Description: https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/380826_198630463551083_100002123936234_413330_37836186_n.jpg

Wallahu'alam


♥ with love, fara ♥


Wednesday, November 23, 2011

Jangan Berlebihan Dalam Pujian



عن معلويةبن أبى سفيان رضى الله عنهما عن النبى صلى الله عليه وسلم قال : إياكم والتمادح فإنه الذبح (رواه ابن ماجة

Daripada Muawiyah Bin Abu Sufyan RA, Nabi SAW bersabda : Berwaspadalah kamu dengan puji-pujian kerana ia boleh “meyembelih”.
( Riwayat Ibn Majah )

Ulasan Hadis :

1. Di dalam Hadis ini menerangkan tentang pujian yang berlebihan, kerana pujian yang terlampau akan menyebabkan seseorang itu termakan puji ( membanggakan diri)

2. Menyembelih yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah : Seseorang mungkin terpedaya dengan pujian yang diberikan (Syarah Sunan Ibnu Majah)

3. Pujian yang mulia lagi terpuji ialah pujian terhadap ALLAH, maka kita sangat dituntut untuk memuja muji ALLAH sebanyak yang mungkin kerana hanya DIA sahaja yang layak untuk dipuji tanpa henti.

4. Pujian adalah dibenarkan kepada makhluk di atas keistimewaan dan kelebihan samada zahir mahupun batin yang telah dikurniakan oleh ALLAH SWT, namun ianya tidak boleh melampaui batasan. Pujian yang terlalu meninggi boleh menimbulkan rasa bangga diri, riak, dan ujub dalam diri seseorang.

5. Manakala orang yang menerima pujian pula hendaklah menerima pujian dengan rasa syukur
dan tawaduk terhadap ALLAH SWT, ini kerana setiap kurniaan mahupun kebaikan yang ada pada kita sehingga mengundang pujian orang sebenarnya datang daripada ALLAH SWT. Justeru kita hendaklah rasa gembira dengan pujian bukan kerana diri kita tetapi kerana pujian itu selayaknya pada ALLAH, lalu kita mensyukurinya.

6. Jika pujian manusia terhadap kita terhadap perkara yang ada, maka bersyukurlah nescaya ALLAH akan menambah lagi, dan jika pujian manusia pada yang tiada pada kita, hendaklah kita muhasabah dan usaha untuk menjadi lebih baik. WALLAHU’ALAM.






♥ with love, fara ♥

Kecil Hati..???


“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

... I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.

P/s: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."


Wassalam...

♥ with love, fara ♥

Tuesday, November 22, 2011

Mesej Perdamaian...

Assalamualaikum....
tak habis-habis lagi haih demam bola nie...
fara menjadi semakin takut...
kerana taksub bola boleh jadi pergaduhan...
lupakan saudara sesama islam...


takut sehingga ada yang buat fanpage...
KAMI BENCI MEDIA INDONESIA
ingatkan nak membawa mesej perdamaian supaya rakyat di negara seberang tak terpengaruh dengan media mereka... tup2...
perang mulut berlaku...
satu komen yang paling biadap yang pernah fara jumpe...

indonesialan sebuah negara sesat...!! boleh dikategorikan negara kafir...yahudi slalu amalkan agama dajal iaitu agama syaitan spt ilmuniti and freemason...baru2 ni indonesialan telah menyebarkan kitab alquran palsu kepada seluruh dunia..sebar seluruh dunia...!! jika anda sayangkan islam..!!! kerana indonesialan sebuah negara sesat...!!! kalau ada orang indonesialan ada di negara anda spt malaysia,brunei,singapore,thailand n filipina segeralah kamu menghalau mereka bagi menggelakkan sebarang bencana..


janganlah obses kepada bola sehingga terbawa-bawa isu ISLAM...
jangan kaitkan ISLAM dengan BOLA...!!!
fara tak tahu kesahihan comment tersbut tapi please la...
fara merayu jangan sebab bola anda jadi seperti mereka...

Tahniah fara ucapkan untuk pasukan Malaysia...


Al-Fatihah kepada dua orang penyokong Pasukan Indonesia yang mati dipijak...
Apa yang menyedihkan fara ialah terlalu banyak page Anti-Malaysia di facebook...
Hanya kerana BOLA kita menjadi musuh...

JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH...
JAGA PERHUBUNGAN DENGAN MANUSIA...


Mesej perdamaian dariku....
kita sibuk bergaduh...
yang lelaki sibuk mengutuk, menghina dan mencaci negara lain sebab Bola...
tanpa kita sedari perpecahan umat Islam menjadi satu kebahagiaan kepada kafir laknatullah...
betullah virus 4S yang diselitkan dalam masyarakat ISLAM memang virus memang sangat berbahaya...

Apakah 4S itu...??
1. SEX
2. SCREEN
3. SONG
4. SPORT...

INGATLAH...~~~~

DEMAM BOLA di malaysia dan indonesia menyebabkan sehingga para pemuda tidak sedar serta lupa atas Qadiyah islamiyah(pemasalahan islam) yang sebenar,
jangan sebab bola sampai lupa permasalahan internal dan external kpd umat islam kini terutama saudara kita di palestin yg sdg berjuang....

janganlah sampai pertumpahan darah kerana bola...
jadikan pertumpahan darah ke bumi kerana jihad...
BUKAN SEBAB BOLA....!!!

pesanan utk diriku yg sering lupa
~~

before the end of the post...

Malaysia menang Emas Sukan Sea,
menang pula di indonesia ;
Islam itu agama yang suci,
jangan gadaikan sebab bola...

pantun yang macam takde kena-mengena...
sekian sahaja...
Assalamualaikum... ^_~


♥ with love, fara ♥

Sunday, November 20, 2011

KISAH SEKEPING HATI





Suatu ketika, seorang pemuda yang tampan berdiri di tengah-tengah kota dan mendakwa bahawa dia memiliki sekeping hati yang paling cantik. Lalu diangkat hatinya setinggi yang boleh agar kilauan dari hati yang indah itu dapat dilihat oleh orang lain di sekitarnya.

Tersebar bicara kekaguman orang ramai. Sememangnya hati pemuda itu, tiada cacat celanya. Tidak carik walau sedikitpun. Permukaannya licin sempurna. Warnanya juga segar dan menyerlah pesona seorang anak muda.
Pemuda tampan itu mulai merasa bangga dengan pujian yang diterima. Sorakannya semakin kuat mewar-warkan betapa indah sekeping hati yang dimilikinya.

Tiba-tiba,

CINTA 100%




CINTA 100%.

Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk ayah ibumu?
Pasti jawapanku, 100%.

Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu untuk saudara seakidahmu?
Pasti jawapanku, 100%.

Andai mereka bertanya, lalu berapa pula peratus cintamu untuk dirimu sendiri?
Pasti jawapanku, 100%.