Bagi orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), disisi Tuhan mereka ada syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci,serta diredhai Allah.Dan Allah Maha Melihat hamba-hambanya.” (surah Al-Imran ayat: 15)
Keharuman bidadari pula dijelaskan Rasulullah S.A.W melalui hadisnya iaitu “sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia,pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak.(HR Bukhari dan Muslim).
Selain itu, di dalam surah Ar-Rahman ayat:70 ada menyatakan, “Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik dan jelita.” Hal itu dibuktikan juga melalui hadis Nabi iaitu “jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya,nescaya akan menerangi antara langit dan bumi”,(HR Bukhari). Menurut hadis ini, nabi telah menggambarkan betapa jelitanya bidadari yang berada di syurga sehingga terpancar cahaya dan menerangi langit dan bumi.
Dari Abu Hurairah r.a, juga menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,
Dari Abu Hurairah r.a, juga menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,
“Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh fikiran.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Manakala Allah menjelaskan lagi kecantikan bidadari syurga di dalam surah Al-Waqiah. Firman Allah :“Huruun ‘iin”, demikian Allah menyebut bidadarinya dalam surah Al-Waqi’ah ayat 22. ‘Iin” ertinya wanita yang mempunyai bola mata indah, cemerlang, dan mempesona, yang sanggup menggetarkan hati yang memandangnya.
Keharuman bidadari pula dijelaskan Rasulullah S.A.W melalui hadisnya iaitu “sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia,pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak.(HR Bukhari dan Muslim).
Anas bin Malik turut menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “seandainya bidadari meludah pada tujuh samudera, nescaya air laut akan tawar kerana keindahan dan kemanisan mulutnya, karena bidadari terbuat dari za’faran.”Kidung-kidung yang dinyanyikan bidadari sudah tentu keluar dari mulut yang indah dan suci, terdengar sangat merdu.Perihal bidadari juga dinyatakan dalam ayat-ayat Al-Quran.
Antaranya dalam surah Al-Waqi’ah ayat35-37 yang bermaksud: “kami menciptakan mereka(bidadari-bidadari itu) secara langsung,lalu kami jadikan mereka perawan-perawan,yang penuh cinta dan sebaya umurnya.Sementara itu, di dalam Al-Quran juga membicarakan mengenai kesopanan bidadari.
Firman Allah Taala: “Di dalam surga, terdapat bidadari-bidadari yang sopan serta menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. Maka nikmat Rabb-mu yang manakah yang kamu dustakan? Seakan-akan mereka itu permata ya’kut dan marjan.” ( Ar-Rahman: 56-58)
Kesimpulannya begitu banyak perihal bidadari digambarkan di dalam ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis nabi. Mudah-mudahan dari gambaran susuk bidadari yang terdapat dalam Al-Qur’an dan Hadis tersebut,dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah. Allahumma Amin. Wallahua’lam.Sumber dipetik daripada: )http://irdham.blogdetik.com/tag/bidadari-dalam-alquran/)
♥ with love, fara ♥
♥ with love, fara ♥
membaca seluruh blog, cukup bagus
ReplyDeleteterima kasih... ^_^
ReplyDelete