Sesungguhnya matlamat hidup di atas dunia fana ini hanya satu, adalah
untuk tunduk kepada Allah yang Maha Esa dan meraih redha Allah.
Namun,
acapkali jika kita cuba pandang di sekeliling kita, ramai manusia zaman
kini lebih mementingkan redha manusia berbanding redha Allah.
Seakan
redha manusia itulah sumber kebahagian di dunia mahu pun akhirat.
Seakan
redha manusia itulah penentu kehidupannya diberkati.
Redha manusia? Ya, redha manusia.
Jika disingkap kehidupan manusia...
marcapada lebih menitik beratkan kepada kemewahan, kesenangan, dan
hiburan.
Sebagai contoh; sesetengah manusia sekarang berlumba lumba
untuk menjadi cantik hanya kerana untuk mendapat pujian dan layanan yang
baik. Ada pula yang sanggup berbelanja lebih untuk memiliki barang
berjenama hanya untuk dijaja di mata orang lain.
Tidak juga salah untuk berfesyen mengikut arus kota yang bertamadun. Namun, hanya kurang sedap di lihat jika ianya berfesyen sehingga lupa pada halal dan haramnya. Tudung singkat yang masih menampakkan bayangan leher dan rambut, mekap tebal menyilaukan pandangan sehingga boleh menimbul syahwat pada yang melihatnya. Bukankah indah jika bersederhana dan sempurna dalam mengikut syariat menutup aurat? Bukan sahaja aurat dijaga rapi bahkan akhlak juga sentiasa menghiasi.
Sama-sama kira renungi diri, kelak apabila kita pergi meninggalkan dunia ini, pasti kain putih jua yang akan membaluti tubuh kita. Amalan mulia jualah sebagai 'make up' diri kita. Jika cantik amalan kita, maka tentu 'cantik' jugalah diri kita bertemu denganNya.
Sama-samalah kita muhasabah, niat di hati tu sentiasa diperbaiki agar segala yang kita lakukan hanya semata-mata kerana Allah. Biarlah apapun yang manusia lain perkatakan, kerana yang tahu nawaitu kita hanya Allah sahaja. Sesungguhnya niat kita itu penilainya adalah Allah, bukan manusia. Maka setiap niat kita sandarkanlah ia hanya lillahitaa'la. Misalnya niat untuk menutup aurat, biarlah kerana Allah ta'ala, jangan niat pakai tudung hanya untuk cantik. Biar kita tidak cantik di mata manusia, asalkan kita cantik di sisi Allah.
Sabda Nabi Muhammad SAW daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda :
"Islam itu
bermula sebagai sesuatu yang asing dan akan kembali asing, maka
sampaikan lah berita gembira kepada orang orang yang terasing itu."
(Hadis Riwayat Muslim no. 145)
(Hadis Riwayat Muslim no. 145)
Allah kurniakan mata untuk manusia supaya melihat, Allah ciptakan telinga untuk mendengar, dan Allah ciptakan otak untuk berfikir, sesungguhnya ciptaan Allah itu sangat berkait antara satu sama lain, bila melihat, lihatlah dengan mata hati dan sampaikan la ia ke otak, supaya ia dapat diolah dengan betul.
"Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekeliling kamu. Apa yang kamu ingin lakukan, kamu ukur dengan reda manusia atau kebencian mereka. Ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yang penuh dengan pendustaan" (Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari)
Sama-sama kita renung dan kita usaha untuk amalkan. Amal dengan penuh istiqamah.
"Ketahuilah
sesungguhnya kehidupan di dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau,
perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam
menambah kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang
tanam-tanamannya mengkagumkan para petani, kemudian (tanaman) itu
menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.
Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan keampunan daripada Allah
serta keampunan daripada Allah serta keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia
tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu "
(Surah al-Hadid ayat 20)
(Surah al-Hadid ayat 20)
Sesungguhnya semuanya adalah pinjaman Allah. Pinjaman bermaksud Allah boleh bagi dan Allah boleh tarik balik nikmat tersebut bila bila masa sahaja tanpa kita mengetahui dan menyedarinya. Saat kita diberi nikmat kepandaian, jangan lah kita gunakan ia kepada kesesatan. Jika sesat, sukar untuk kita jumpa jalan pulang, terus terjerumus dalam kesesatan melainkan Allah bagi hidayah.
Dan jangan lah sesama sekali kita riak,ujub,bangga dengan pinjaman Allah. Siapalah kita untuk duduk bangga. Kita hanya memiliki nikmat yang hanya akan hilang. Esok lusa Allah murka Allah tarik balik.
Kesimpulannya, beringatlah sahabat.. Kita ini sangat dekat dengan akhir zaman. Usah kita jadi hamba Allah yang berada dalam kejahilan dan kesesatan tanpa sedar. Ingatlah, dari mana kita datang, dan janganlah sampai kita sesat sehingga mensyirikkan Allah.
Melebihkan Allah dari segalanya seakan kita menjadi hamba kepadanya. Melebihkan material, nafsu, kuasa, pangkat, darjat dan menyandarkannya pada diri sehingga melupakan Allah yang memiliki segalanya seakan kita menafikan keagungan dan kesempurnaan Allah. Takutlah kita pada dosa yang terhijab yang tanpa menyedarinya, kita rupa-rupanya sudah pun berada didalamnya. Iyya uzubillah~
Justeru, sentiasalah betulkan niat dan hati. Sesungguhnya apa yang Allah pinjamkan di dunia ini milik Allah. Ianya akan hilang seperti mana dunia itu hilang. Andai merasa hebat dengan pinjaman Allah, pohonkanlah kemaafan dan keampunan. Sungguh Allah itu Maha Pengampun bahkan Maha Pengasih dan Penyayang kepada hamba-hambaNya.
Hai anak
Adam, sesungguhnya jika kamu meminta dan mengharap ampunanKu, nescaya
Aku ampuni dosa yang telah kamu perbuat dan Aku tak peduli. Hai anak
Adam, andai kata dosamu seluas langit lalu kamu memohon keampunan,
nescaya Aku ampunkan dan Aku tak peduli. Hai anak Adam jika kamu
menghadap padaKu dengan membawa dosa sepenuh bumi pula lalu kamu tidak
menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku datang padamu
dengan ampunan sepenuh bumi pula"
(Hadis Qudsi, Hadis Riwayat Tirmidzi)
(Hadis Qudsi, Hadis Riwayat Tirmidzi)