Followers

♥ Like Button ♥

Saturday, September 8, 2012

Shahadatul Haq

Assalamualaikum,

memandangkan masih segar dalam minda ini mengenai segala pengisian program Shahadatul Haq (penyaksian atas kebenaran), izinkan fara berkongsi serba sedikit mengenai Shahadatul Haq...

Sebelum ini fara pernah membaca mengenai SH (Shahadatul Haq) ini tapi mungkin kerana tiada guru atau pun mereka yang lebih arif untuk menghuraikan lebih lanjut...
segala pembacaan fara ibarat angin lalu...
sedikit sahaja yang terkesan di hati ini...
Alhamdulillah, setelah lama mencari kefahaman sebenar mengenai SH ini,
Akhirnya Allah telah memilih fara untuk menyertai program SH bertempat di Maynard Camp, Auckland...
Alhamdulillah bersyukur sangat, walaupun terasa sangat berat tapi insyaAllah kita bersama-sama berusaha untuk menyampaikan apa yang terkesan di hati ini...






Mungkin kefahaman diri ini tidaklah sehebat mana tapi insyaAllah sekiranya ada kekurangan atau kelebihan fakta tegurlah diri ini... insyaAllah kita bersama-sama menyampaikan yang Haq kepada semua umat manusia kerana kitalah saksi mereka...


SHAHADATUL HAQ atau dlm erti kata lain penyaksian atas kebenaran.apa maksud kebenaran ini??sebagai umat islam,bukankah hari2 kita mengucapkan shahadah “Aku Naik Saksi Bahawa Tiada Tuhan Yg Disembah Melainkan Allah,Dan Aku Naik Saksi Bahawa Muhammad Itu Pesuruh Allah”. Ini lah kebenaran yang wajib kita saksikan kpd org lain tak kira kpd muslim or non-muslim. Namun, penyaksian bahawa tiada tuhan yg disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah TIDAK CUKUP DGN HANYA melaksanakan rukun islam – iaitu solat,puasa,tunaikan zakat dan haji.ianya lebih dr itu.dlm Al-Quran pun byk Allah berfirman tentang tanggungjawab shahadatul haq ini:



“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan* agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu” [Al-Baqarah:143]


*Umat Islam dijadikan umat yang adil dan pilihan, karena mereka akan menjadi saksi atas perbuatan orang yang menyimpang dari kebenaran baik di dunia maupun di akhirat.

“Katakanlah: "Apakah kamu lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?" [Al-Baqarah:140]

Umat pertengahan… ertinya, kita adalah saksi pada kebenaran. Rasul telahpun menyampaikan kebenaran itu kepada kita. Sekarang, tanggungjawab kita untuk menyampaikan kebenaran itu pada insan lain...




Jelas kan disini, Allah menuntut kita utk melaksanakan shahadatul haq dan Dia murka kepada org yang xmelaksanakan tanggungjawab ini. Persoalannya bagaimana?? hmm…sebab tu kita kna mengajak insan-insan lain kembali pada Allah... dengan erti kata lain.... dakwah... tapi, perkataan dakwah ni, kadang2 jadi perkataan yang sgt sensitive bukan? Hem.. mengapa ye... salahkah kita nak ajak insan lain kepada yg haq...


Dakwah yang kita tujukan kepada umat Islam ialah mengajak mereka merasai tanggungjawab besar yang diletakkan di bahu mereka apabila mereka mendakwa mereka beriman dengan Allah dan hari akhirat, dan apabila mereka mengaku akur dengan segala perintah Allah dan rasul-Nya..
Tak cukup dengan hanya beriman...
Tak cukup dengan hanya menjadi orang yang melaksanakan solat, puasa, buat perkara2 kebajikan, dan lain2...
Tapi kita perlu pamerkan, perlu demonstrate islam itu.....
Dan yang paling PENTING, kita perlu tunjuk dan ceritakan kepada orang lain... barulah tanggungjawab kita terlaksana...



Contoh yang kita boleh nampak... para sahabat, bile dah dapat islam, mereka tak simpan sorang2... mereka tidak hanya menjadi orang yang solat, puasa, dan lain2. tapi, mereka menjadi orang yang menyampaikan isi islam itu kepada orang lain...
Buktinya? Lihatlah, berapa ramai je sahabat yang dikebumikan di Mekah-tempat asal mereka.. kebanyakan mereka syahid di luar sana- membuktikan mereka berusaha untuk menyampaikan islam itu...

Lihat Mus’ab bin Umair... dihantar ke Madinah untuk berdakwah dan hampir setiap pintu rumah diketuknya…
Lihat Abu Dzar.... dapat je dari Nabi Muhammad, segera kembali ke kampung halamannya sampaikan pada seisi kampung...


“…Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”
Excerpt dari khutbah terakhir Rasulullah.


Sampaikanlah dengan apa saja cara, apa saja dari Rasulullah. dalam rantaian dakwah yang panjang dari Nuh a.s hingga Rasulullah untuk disempurnakan hinggalah generasi moden, bukankah kita yang terakhir sekali pada masa kini? Doa Rasulullah agar generasi kita lebih baik dari generasi al-quran yang unik a.k.a. para sahabat yang mendengar direct dari Rasulullah. Pelik sebab kalau main ‘radio buruk’, mesejnya akan berubah walaupun hanya sedikit cuma orang yang passing mesej dan tak sampai seminit pun masa permainan, bayangkan mesej agama ini berapa lama telah dirantaikan, hadith, ayat2Nya tetap asli malah lebih difahami selari dengan doa Rasulullah,

“Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.”
Maka, sampaikanlah agar Allah, Rasul dan orang-orang beriman akan menjadi saksi kamu telah menunaikan syahadahmu, rukun Islam pertama itu!


Kalau kita renungkan balik firman Allah dlm kedua2 ayat di atas,jelas pada kita tentang kewajipan shahadatul haq. Jelas juga pada kita bahawa di akhirat kelak,Allah akan mempersoalkan apa yg telah kita lakukan sbg penyaksian kpd kebenaran itu…. Mintak maaf, sebab tak pandai menyusun kata...

Wallahu alam...

♥ with love, fara ♥

Thursday, September 6, 2012

Dakwah di Facebook

Assalamualaikum,
setelah sekian tidak menulis, akhirnya Allah menggerakkan hati ini untuk berkongsi serba sedikit apa yang dibaca hari ini...
Alhamdulillah, persoalan mengenai topik seringkali bermain di fikiranku...
SubhanaAllah... Allah memberikan petunjuk apa yang terbaik... insyaALLAH...



Sekarang ini, semakin ramai yang berdakwah serta menyampaikan hal-hal yang baik, serta mengajak sahabat2 yang disayangi turut sama berdakwah di FB... 
Hari ini fara terjumpa satu status yang di'share' oleh ustaz fara...
InsyaAllah semoga ianya bermanfaat...

FB merupakan medan yang mudah untuk kita lakukan kebaikan. Dengan menulis tazkirah, peringatan dan kebaikan, kemudian ianya disebarkan dengan di'share' merata-rata. Selagi mana kebaikan itu disebarkan, maka penulisnya dan mereka yang menyebarkannya juga akan mendapat pahala selagi mana ianya memberi manfaat kepada orang lain.



Namun, mungkin ramai yang berada di dalam dilema untuk berdakwah menggunakan FB ni iaitu dilema bagaimana ingin mengikhlaskan diri di dalam membuat kebaikan. Function 'like', 'share' dan comment' benar-benar menggugat keikhlasan jiwa, hinggakan nasihat yang awalnya ditulis dengan penuh keikhlasan, bertukar menjadi riya' dan 'ujub apabila ianya di'like', di'share' dan di'comment' oleh puluhan malah ratusan orang.


Apakah yang perlu dilakukan? Jawapannya, ubat utama melawan rasa tidak ikhlas adalah dengan terus melakukan kebaikan itu sehingga kita ikhlas. Ini namanya mujahadah. Dalam Islam, kebaikan dilarang daripada dihentikan semata-mata takutkakn riya'. Jika kita hentikan kebaikan kerana riya', itulah riya' yang menyorok jauh di lubuk hati.



Ianya lebih kurang bermaksud begini "aku tidak akan melakukan apa-apa kebaikan pun melainkan aku mesti ikhlas". Persoalannya, siapa yang boleh tahu bahawa dia benar-benar ikhlas? Ikhlas adalah persoalan hati, adakah kita dapat mengetahui sendiri tahap keikhlasan di dalam hati kita?

Sebenarnya, bisikan menghentikan kebaikan itu datangnya dari syaitan, yang inginkan kebaikan terhapus dengan beralasankan 'bimbang tidak ikhlas'. Kita perlu jelas, kebaikan perlu diteruskan dan rasa riya' dan 'ujub itulah yang sebenarnya perlu ditentang.



Cara menentangnya, jika status kita di'like', berkatalah "Alhamdulillah, status aku telah dibaca oleh orang ini, semoga kebaikan sampai padanya". Jika status kita di'share', maka katalah "Alhamdulillah, semoga tersebar luaslah kebaikan". Jika seseorang itu memberikan pujian pada bahagian komentar, katalah "sesungguhnya kebaikan datang dari Allah, aku hanyalah asbabnya sahaja".



Secara moralnya, function 'like', 'share' dan 'comment' itu juga diperlukan untuk menunjukkan bahawa perkara kebaikan dan dakwah juga menjadi sokongan dan disukai oleh masyarakat di alam maya. Jika function tersebut memberikan kesan kepada hati, tanggungjawab adalah atas tindakan kita untuk melawan rasa tidak ikhlas itu, bukannya menghentikan kebaikan yang dibuat.


Wallahu alam... 

♥ with love, fara ♥