Followers

♥ Like Button ♥

Sunday, June 10, 2012

Berbalaskah Cintaku!



"Kita selalu mengucapkan cinta kepada ALLAH. Tetapi pernah tak kita terfikir, adakah ALLAH juga cinta kepada kita?"kata-kata yang cukup menyentak jiwa ini.

Alangkah indahnya kala cinta bersemi, lebih indah bila kasih yang diberi berbalas cinta sejati.

Sebaliknya, bila cinta tidak dihirau, kasih dipandang sepi, bagai bertepuk sebelah tangan, kesakitan yang menjalar dari itu umpama menghulur sebungkus hadiah, tetapi akhirnya ia ‘mendarat’ di tempat sampah.

Sungguh pedih dan menyakitkan perasaan!

*up till now, please jangan salah tafsir ea... bahaya nie... ^_~



CINTA ALLAH
cinta ILAHI bukan sebagaimana cinta Romeo terhadap Juliet, yang berpenghujung dengan kematiannya.

Cinta ILAHI bukan laksana cinta penuh rindu dendam dari Qais kepada Laila, sehingga hidupnya berpanjangan derita siang dan malam.

Juga, cinta ILAHI bukan umpama luahan cinta seorang jejaka kepada gadis yang diidam-idamkannya, sehingga ketika penolakan yang diterima, maka mengalirlah airmata dan hancurlah jiwa.

Sesungguhnya ALLAH SWT itu Maha Kaya. Maha suci DIA dari segala kekurangan cinta yang ada pada cinta manusia.


Add caption


Andai cinta manusia banyak berakhir dengan kehancuran, rindu sesama mereka berisi kedukaan dan penderitaan, kasih yang diharapkan hanya berbalas curahan airmata dan menghancurkan jiwa, maka cinta ALLAH adalah sebalik dari semua itu.

Cinta ALLAH pasti berakhir dengan kebahagiaan.

Menyintai dan merindui-NYA berisi ketenangan dan kedamaian.

Rasa kasih kepada-NYA, walau masih mengalirkan airmata tetapi ia menghidupkan jiwa seumpama air hujan menyirami pepohonan.

Akan tetapi, berapa ramaikah yang mengambil berat akan ungkapan cinta kepada-NYA beriring rasa khuatir dan bimbang, akan berbalaskah lontaran cinta mereka kepada-NYA?




‘UJIAN’ CINTA
Justeru itu, ALLAH SWT meng'khabar'kan di dalam firman-NYA:

Maksudnya :"Katakanlah: ""Jika kamu (benar-benar) mencintai ALLAH, ikutilah aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Dan ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ( Surah ali Imran ayat 31 )

Imam Hassan al Basri rahimahullah juga pernah berkata :

“Suatu kaum mengaku cinta kepada ALLAH, lalu ALLAH menguji mereka dengan ayat ini.”

(Tafsir Ibnu Kathir 2/229 )


Hakikatnya, ‘ujian cinta’ yang ALLAH letakkan pada ayat di atas sangat tepat sebagai penentu dan kayu ukur kepada kebenaran dakwaan yang dinyatakan. Berapa ramai dari manusia hari ini yang mengaku beriman dan menuturkan cinta kepada TUHAN, tetapi masih sanggup melanggar perintah dan larangan-NYA... *melakukan dosa, taubat, melakukan dosa, taubat, melakukan dosa... bila kah penghujungnya..??*

Ditambah pula kesibukan mengejar dunia sehingga doa dan munajat kepada Yang Esa semakin pendek. Adakah pada tahap ini sahaja cinta kita kepada Allah...??



BERBALASKAH CINTAKU?
Lantaran itu, saban kali mengungkapkan cinta pada Yang Maha Esa, rasa malu akan muncul lebih dulu. Disusuli rasa rindu berbelai tangisan hiba.Rasa takut kepada Allah lebih kerana kita sangat dan terlalu mencintaiNya...



*Analogi yang mudah diberikan sahabat fara, 'Kenapa lelaki takut bini...?' *tak tahu nak jawab sebab saya perempuan*
"mereka takut bini bukan sebab isteri-isteri mereka garang, tetapi sebab mereka terlalu sayang dan takut isteri mereka tidak sayangkan mereka lagi... subhanaAllah hebatnya bila kita terlalu sayang kan Allah, rasa takut sebagai hamba menjadi lebih kuat insyaAllah...
Berbalaskah cintaku?

Firman ALLAH SWT :

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yang ALLAH mencintai mereka dan mereka pun mencintai-NYA, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan ALLAH, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia ALLAH, diberikan-NYA kepada siapa yang dikehendaki-NYA, dan ALLAH Maha Luas (pemberian-NYA) lagi Maha Mengetahui.” ( Surah al Maidah ayat 54 )

Dan firman-NYA lagi :

Maksudnya : “Kerana itu, ingatlah kamu kepada-KU nescaya AKU ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-KU, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-KU.” ( Surah al Baqarah ayat 151 )



Juga sabda baginda SAW yang bermaksud :

“Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi ALLAH hendaklah dia mengamati kedudukan ALLAH dalam dirinya. Sesungguhnya ALLAH menempatkan hamba-NYA dalam kedudukan sebagaimana dia menempatkan ALLAH pada dirinya“. ( Hadis riwayat al Hakim )

Akhirnya, mari kita sama-sama berdoa agar lafaz cinta yang dizikirkan, bukan sekadar manis di bibir sahaja. Bahkan, cinta itu kita buktikan melalui perakuan, perkataan dan perbuatan yang mendekat kita kepada DIA yang kita cinta :

“Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon kepada-MU; perbuatan yang memiliki banyak kebaikan, dan meninggalkan berbagai macam kemungkaran, mencintai orang-orang miskin dan ENGKAU mengampuni serta menyayangiku. Dan jika ENGKAU menimpakan fitnah (malapetaka) bagi suatu kaum, maka wafatkanlah aku dalam keadaan tidak terimbas fitnah itu. Dan aku memohon kepada-MU rasa kecintaan pada-MU, dan cinta pada orang-orang yang mencintai-MU, juga cinta pada amal perbuatan yang akan menghantarkan aku untuk mencintai-MU.” ( Hadis riwayat Ahmad )



#Surat cinta daripada kekasih untuk yang dikasihi... subhanaAllah...

Sesungguhnya, tiada yang lebih indah selain beroleh pengiktirafan cinta dari-NYA :

“Jika Allah mencintai seorang hamba maka DIA berfirman: “Wahai Jibril sesungguhnya aku mencintai si fulan maka cintailah dia.” (Riwayat Imam Ahmad)

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.




♥ with love, fara ♥

Friday, June 8, 2012

Cinta.. Kahwin.. cinta

Assalamualaikum..
apa khabar iman hari ini...? (soalan kepada yang menulis dan yg membaca tulisan..)

insyaAllah pada hari jumaat yang mulia ini nak kongsi serba sedikit mengenai cinta...
kenapa semua orang sangat suka berbicara pasal 'cinta'...
setiap hari ada sahaja tweet dan status mengenai cinta dan kahwin...
kisah kecewa, suka duka cinta...
macam-macam ada...



Kalau kita diKECEWAkan apa yang kita buat?
Mestilah MENANGIS dan TERKILAN..

Sebab ?
Tak SANGKA orang sanggup buat kita macam tu...

Dan lepas tu kita BUAT APA?
Tak nak PERCAYA pada dia lagi...!

Macam tu ke?
Mestilah........

TIDAK RASA ke KECEWA itu satu HADIAH dari ALLAH SWT ???

Sebab?

Dari kerana sebab KECEWA ALLAH SWT mengajar kita LEBIH bersikap BERHATI-HATI DAN JANGAN terlalu mengharap pada MakhlukNya, INDAHKAN?

JADI jangan sedih sangat, INGAT kita ada ALLAH SWT yang SENTIASA bahagiakan kita... InsyaAllah..


~✿..Allah tidak mengharamkan perasaan CINTA..Allah tidak mengharamkan kita menzahirkan cinta..tetapi Allah HARAMKAN jika kita menggunakan cinta itu dengan CARA YANG SALAH, PADA ORANG YANG SALAH, iaitu orang yang TIDAK HALAL bagi kita..✿~

insyaAllah... kita usahakan mencintai yang sudah banyak mencurahkan rasa kasih sayang dan cinta mereka pada kita...

1. Allah
sedar atau tidak sehari berapa banyak nikmat kasih sayang dan cinta Allah dapat kita rasa...
tangan dan 10 jari yang comel untuk menulis, menyentuh, menaip (update blog..), dan macam2 lagi..
indahnya ciptaan Allah dan begitu sempurna... 
sempurnanya ciptaan Allah sampai bila fikir2 balik tidak terbayangkan bagaimana tiba2 kita ada lebih dari 2 tangan, lebih dari 10jari... mungkin agak sukar (tapi insyaAllah seandainya Allah menciptakan mereka dengan kelebihan2 tersebut.. ada hikmahnya) bagaimana untuk menzahirkan cinta pada Allah..?? menjalan tugas khalifah dengan sebaiknya insyaAllah...

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.' Mereka berkata, 'Apakah Engkau hendak mejadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di san, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?' Dia berfirman, 'Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.' (Al-Imran:ayat 30)


"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" (Az-Zariyat:56)

2.Rasulullah
Betapa Rasulullah sayangkan kita sehinggakan di saat2 kewafatan baginda, baginda berdoa supaya biar kesakitan ajal tersebut ditanggungnya... sanggupkah kita menanggung kesakitan orang lain..?? dan seandainya Rasulullah melihat kita di saat ini, adakah baginda akan tersenyum...?? 

cara terbaik menyatakan rasa cinta dan sayang pada Rasulullah adalah insyaAllah mengamalkan sunnah-sunnah baginda..
mulakan dengan dari semudah senyuman... insyaAllah...
jom baca --diet mengikut sunnah Rasulullah...insyaAllah



3.Ibu bapa
Melahirkan, membesarkan, mendidik sampai dah besar dan apabila dah besar kita lupakan mereka...??
sentiasa menghubungi mereka, sentiasa mendoakan mereka.. insyaAllah doa anak yang soleh akan sentiasa berpanjangan walaupun mereka sudah tiada... 


Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. 
Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan 
orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

4. Suami dan isteri
memandangkan tiada pengalaman so 'no comment'.. insyaALLAH... ^_~

Akhir kata

~|♥|> Ajaklah SABAR untuk temani hari-hari duka kita...
~|♥|> Peluklah ISTIQOMAH kala diri keletihan dalam perjalanan takwa...
~|♥|> Bersandarlah pada TAWADUK kala kesombongan datang menghalang jiwa...
~|♥|> Mintalah nasihat dari AL-QURAN dan SUNNAH dan taat pada-Nya...
~|♥|> Di setiap masalah yang di hadapi yakinlah pada CINTA-NYA...
~|♥|> Dan cintailah ALLAH sebagai cinta tertinggi di hati kita...
~|♥|> Kerana hanya cinta-NYA yang ABADI lagi sempurna...

WALLAHU' ALAM

♥ with love, fara ♥




Friday, June 1, 2012

~Cantiknya Seorang Wanita~

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS Bukan kerana merah kilauan lipstik Pada bibir memekar senyuman kosmetik Tetapi pada keperibadian terpelihara Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah Untuk menggoda pandangan nafsu mata Tetapi pada kehidupan terjaga Dari menjdai mangsa tohmahan dunia
Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam Sehingga turunkan insan ke dunia Tetapi menjdi pembakar semangat perwira Menjadi tunjang perjuangan syuhada
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan Mengalir mutiara di kelopak mata Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa Pada hari kebangkitan bermula
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga Tetapi sentiasa bersama Menempuh badai disisi suami tercinta
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU Bukan kerana kemewahan dimata Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai Menjadi penghibur hati permata kehidupan
Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU Bukan terletak pada kebangkitan anak Dalam setiap pertelingkahan Tetapi dibawah lembayung kejayaan Membuai anak dikala suami menjalin impian
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA Tidak kerana berjaya meruntuh istana Tetapi jalinan kasih sayang Tulus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK Bukan memberi harta dunia Sehingga generasi lupa Tetapi menjadi pada pendita Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA Bukan kerana menyandang puncak dunia Tetapi bijak menangkis rintangan Peka membela nasib dan maruah negara Menjadi tulang belakang keteguhan semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA Bukan kerana jernihnya mutiara Mengalir deras di kelopak mata Tetapi senantiasa mengumpul cahaya Menghitung hari dengan selembar nasihat
Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS Bukan kerana menjadi sebutan Sehingga menjulang keegoaan Tetapi dalam mencari ilmuan Menyala obor mewangi setanggi profesionalis
Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH Bukan kerana keindahan paras rupa Sehingga menjadi ingauan mata Tetapi berpegang Akidah Solehah Disebalik tirai jiwa Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah Mengharap keredhaan kehidupan awana



♥ with love, fara ♥