Followers

♥ Like Button ♥

Thursday, February 19, 2009

ANAK KECIL YANG TAKOT NERAKA!!!!!

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu’ sambil menangis…

Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis, dia pun pun berkata, “Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?” maka berkata anak kecil itu, “Wahai pak cik saya telah membaca ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian dalam dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.”

Berkata orang tua itu, “Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tiodak akan dimasukkan ke dalam api neraka.”
Berkata anak kecil itu, “Wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal, tidakkah pak cik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekal;I yang mereka letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil terlebih dahulu kemudian baru mereka akan letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum orang dewasa.”

Berkata orang tua itu sambil menangis, “Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada api neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimana keadaan kami nanti?”

with love, fara




♥ with love, fara ♥


Tuesday, February 10, 2009

saling ingat-mengingati...

assalamualaikum ...

Hanya Ingin Mengingatkan .....


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ......

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.


(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...) Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR. Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.


Beberapa kata renungan dari Qur'an : Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar

Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya

Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan

Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.

with love, fara




♥ with love, fara ♥


VALENTINE'S DAY??

HARI VALENTINE mengikut sjrh dtg dri zaman pemerintah ratu isabella di sepanyol....

perkataan VALENTINE diambil sempena nama pederi besar kristian Saint Valentine,
beliau amat disayangi oleh ratu isabella dan juga rakyat jelata kerana beliau berjaya menumpaskan kerajaan islam di cordava,sepanyol pada 14 feb(tarikh hari valentine) 270 masihi.
Kejayaan beliau begitu bermakna bagi ratu isabella olh itu, 14 feb disambut setiap thun bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan hari valentine.. oleh itu,jikalau anda(umat islam) menyambut hari VALENTINE sama seperti anda gembira dengan menumpasan kerajaan islam di cordava..

HANYA ALLAH SAHAJA YG LAYAK DISEMBAH... habis kan 15 minit untk menyebarkan perkara ini atau guna lah 15 minit ini dengan berpeluk tubuh..SEBARKAN PERKARA INI..

with love, fara




♥ with love, fara ♥


Friday, February 6, 2009

Mencari cinta hakiki

Cinta yang hakiki ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana yang bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia ditentukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.


Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan Kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitu juga halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta. Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak yang meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan.


Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaannya tercapai. Cintailah sesiapapun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk terus menyintai Allah. Cinta itu harus dibina atas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kepada Allah melebihi kehendak kecintaan kepada yang lain. Cinta harus tumbuh atas dasar tapak yang murni dan selalunya didorong oleh factor agama, akhlak, kewibawaan dan kepribadian yang menarik. Dorongan dan kata rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah, Namun body language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta.


Kebiasaannya cinta yang suci pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan, untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat. Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyuk selalu dalam solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaanya kepada Allah. Sebaliknya jikalau hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya kepada melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melalaikan. Itu ertinya ‘CINTA NAFSU’.


Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Orang yang begini sifatnya jikalau dia mengaku cintanya itu dibina atas dasar cinta kepada Allah jelaslah dia telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu 2 unsur yang berlainan dalam satu masa sebagaimana mustahilnya air dan minyak bercantum menjadi satu. Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah lama mati dalam diri. Tetapi bukankah kita masih mempunyai Allah? Bergantung sepenuhnya kepada Allah itulah sebaik-baik pilihan. Tidak ada usaha yang luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama Allah untuk menegakkan kebenaran. Mereka hanya menundukkan nafsu dan menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah Allah memang pahi. Tohmahan dan hinaan datang silih berganti. Namun syurga dan segala nikmatnya telah dijanjikan oleh Allah buat hamba-hambaNya yang bersabar.

with love, fara




♥ with love, fara ♥


Thursday, February 5, 2009

22 tanda kebinasaan

22 Tanda Kebinasaan


1. Lelaki melakukan hubungan sejenis

2. Wanita (Perempuan) membuat hubungan sejenis.

3. Orang bernasab kepada yang bukan keturunan mereka.

4. Orang yang tua tidak menyayangi yang muda

5. Orang yang muda tidak lagi menghormati oran gtua.

6. Orang mula meninggalkan amar ma’ruf dan melakukan perkara yang mungkar

7. Orang belajar ilmu hanya semata-mata untuk mendapatkan wang.

8. Turunnya hujan di musim kemarau.

9. Anak-anak menyebabkan kedukaan kedua orang tua.

10. Bertambah banyak orang yang tidak mengenang budi.

11. Berkurangnya orang yang mengenang budi.

12. Apabila manusia berlumba-lumba membina rumah.

13. Apabila manusia menurutkan hawa nafsu shahwatnya.

14. Apabila manusia menukarkan agama dengan dunia

15. Apabila manusia tidak mengambil berat tentang pertumpahandarah. (now happen in gaza)

16. Apabila manusia gemar memutuskan silaturrahim.

17. Apabila manusia mula menjual hukum.

18. Apabila manusia mula mempertinggikan bangunan menara dan memperhiaskan bentuk mushaf dan memperhiaskan masjid.

19. Apabila rasuah berleluasa.

20. Apabila manusia mula gemar memakan riba.

21. Apabila orang kaya dimuliakan

22. Apabila wanita-wanita berkenderaan sendiri.

with love, fara




♥ with love, fara ♥