Followers

♥ Like Button ♥

Tuesday, September 22, 2009

~SELAMAT HARI RAYA~

Assalamualaikum sume..

FARA nak mengucapkan selamat hari raya kepads semua pengunjung setia blog FARA...
k doktor DOTA now i'm updating my blog....

at first nak cter la kisah di pagi raya....
same as every year, pagi2 yang lelaki pergi sembahyang raya n pmpwan masak2 di dapur..
fara pn belajar la gak beberapa masakan hari raya... sounds cool.. huhui..
then makanlah dgn byk nya...
haih nieyh la part yg xsuka,, ramadhan tron berat nya bukan maen susah t masok jep syawal berat naek mendadak...

when i'm going to loss my weights..
xkesah la kan yg penting happy rite?

then pergilah melawat rumah sedara-mara di kampung...
10 house in one day... wow!!
penat yg teramat sgt2 lah...
fara xberjaya settle kan marathon 10 rumah sbb bru bape umah da tertdo dalam keta so mission failed!!!!

bayangkan lah setiap umah yg dtg melawat jep mst bagi makanan yg sgt byk...
sume lah disumbatkan ke dalam perut yg brsaiz small or medium..
then villi nak kena absorb bape byk lipids n cabohydate yg terlalu byk...
haih sbb 2 la kte di suruh berpuasa....
kesian lah kat PERUT anda2 semua yg setiap hari bekerja 24 jam menghadam makanan tanpa henti dan teros-meneros mmbekalkan nutrisi...
ape nieyh cter pasal perot nieyh>>>????

change story....
last night my sister ajak gi karaaoke...
kami pun pergilah the whole family...
guess what my sis book that room for 3 hours!!!
fara mmg xkan nyanyi lah... impossible ok!!
then fara yg da terlalu mengantok pn tdo je lah kat situ...
pai la pagi baru abes...
janji nak teman fara gi bowling sume tggal janji sbb pas nyanyi sume ajak gi makan...

EAT ON 2.30 am...
cian prot ag kena bekerja waktu malam2...
haih... =,=

COUNCLUSION 4 THIS POST....
LOVE YOUR STOMACH SO MUCH THAN YOUR LOVE ONE AND DRINK VITAGEN....
IKLAN TIDAK BERBAYAR~~~ hehe.. =D


♥ with love, fara ♥


Monday, September 7, 2009

**BONUS DUNIA VS BONUS AKHIRAT**

Bagi meraikan bulan Ramadhan yang mulia, ada baiknya kita meneliti secara ringkas berkenaan Ramadhan. Bulan ini boleh lah dianggap sebagai bulan ‘bonus’ dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan ini dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan Hadis Qudsi yang menyebut : “ Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikanNya, mereka meninggalkan makanan, minuman, dan nafsu syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Bonus dan belanjawan
Cuba kita renungkan kembali, kerap kali kita akan merasa gembira apabila tiba hujung tahun bagi mendapat bonus dari majikan kita

Soalan : Mengapa kita gembira bila mendapat bonus, gaji dan insentif?

Sudah tentu jawapannya kerana ; “dapat duit”

Soalan : Mengapa kita seronok bila mendapat duit?

Jawabnya ; kerana boleh membeli itu dan ini, bergaya dan lain-lain.

Lalu berapa lamakah keseronokan barang dan perkara yang dibeli tadi?
Sudah tentu jawabnya, bergantung kepada apa yang dibeli, ada yang cepat rosak dan ada yang lambat.


Jika demikian, jika barang itu lambat rosak, berapa lamakah keseronokan itu akan berterusan?

Jawabnya, paling panjang adalah sekadar kita masih hidup sahaja.

Baiklah, slepas kematian adakah anda masih seronok? Jika tidak, maka apakah yang boleh menyeronokkan kita selepas mati?

Jawabnya ; tidak lain tidak bukan adalah pahala dan amalan yang dikumpul. Jika banyak dan berkualiti, semua matawang pahala itu akan memberi seribu satu keseronokan berpanjangan sehingga satu tarikh yang hanya diketahui Allah SWT dan ia pastinya amat panjang..........





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


♥ with love, fara ♥