Followers

♥ Like Button ♥

Friday, September 19, 2014

Wacana Wassatiyah Dalam Kehidupan

Assalamualaikum readers...
SubhanaAllah lama dah sangat tak update blog...
Mungkin kerana kelemahan diri sendiri yang tidak pandai dalam menyusun masa....
Ok, inshaAllah kita terus masuk tajuk (bak kata omputih straight to the point)...
InshaAllah banyak yang fara nak kongsikan bersama pembaca ^_~ 

Minggu ni diizinkan Allah, fara menghadiri satu talk mengenai wacana wassatiyah....
Antara panel forum "Di Sini Lahirnya Sebuh Cinta" adalah Dr Ridhuan Tee, Dato Dr Masitah, Dr Fazley Yaakob dan Prof Dato Dr Yusuf Haji Othman....
InshaAllah panel-panel yang hebat, tapi jika apa yang kita dapat tidak difikirkan serta didalami maka ia hanyalah ilmu yang terawang-awang di minda, tiada terkesan di hati, jauh sekali membuahkan amalan...



Wassatiyah ini bermaksud pertengahan dan keseimbangan....
Boleh merujuk Surah Al-Baqarah : ayat 143 


"wassatan" di dalam ayat diterjemahkan sebagai "umat pilihan lagi adil", dalam terjemahan Mushaf Uthmani ia disebutkan sebagai "umat pertengahan"
Fara lebih suka kepada maksud pertengahan kerana apabila berada di pertengahan antara dua orang yang bertelagah, kita perlulah membuat pilihan yang adil.

Ayat ini jelas menerangkan kita sebagai umat pertengahan perlu memberi keterangan kepada umat manusia tentang yang benar dan salah. Menjadi pertengahan antara apa yang Rasullulah lakukan kepada umat manusia. Menjadi fikrah pertengahan mengenai kefahaman Islam (mana yang benar dan salah) sebagaimana yang Rasulullah sampaikan. 

Pertengahan dan keseimbangan yang diterangkan oleh Prof Dr Yusuf sangat menarik.
Melihat kehebatan tamadun Islam dahulu di mana ia bermula dengan seorang manusia biasa yang tidak mampu membaca, menyampaikan islam, mengajarkan sahabat ayat-ayat Al-quran seterusnya menjadi ketua negara dan bagaiman setelah baginda wafat, islam masih berkembang dan akhirnya menjadi sumber rujukan dunia (Ustazyatul Alam). Ketamadunan yang hebat ini dibina oleh Rasulullah seterusnya disambung oleh umat pertengahan (sahabat,tabi' tabi'in) yang berusaha menyebarkan islam di seluruh pelusuk dunia  (dalam 100 most Influential People in History kedudukan pertama adalah Muhammad saw)


Jadi, melihat konteks kita pada hari ini, kita sebagai yang berada di pertengahan antara kehebatan islam yang dahulu dengan generasi di masa hadapan, kita perlu berusaha memahami dan membangunkan islam dalam diri serta masyarakat sekeliling supaya generasi masa hadapan menjadi hebat sebagaimana mereka yang terdahulu....



Kalau kita sekadar faham wassatiyyah itu di pertengahan di antara tidak menjadi muslim yang terlalu esktrim dan muslim yang sekadar pada IC... tapi, kita nak jadi muslim yang pertengahan iaitu "muslim biasa-biasa" yang hanya solat lima waktu, puasa, bayar zakat, tunai haji jika mampu dll... 
Ia adalah satu kefahaman yang sangat sedih

"Saya tak nak lah join usrah ni, ekstrim sangat lah. Saya nak jadi muslim yang biasa-biasa, solat, puasa, zakat, haji sedaya termampu. Usrah ini esktrim laaa"

"Dakwah...??? Whaaaatttt?? Ekstrim laa korang ni... Al-quran suruh kita jadi pertengahan je. Tak payah nak poyo sangat laaaa"

"Wassatan" juga membawa kepada keseimbangan... 
Kalau kita nak hebat di dunia kenapa kita tak nak seimbangkan kehidupan kita untuk menjadi hebat di akhirat...???

Berbalik kepada konteks perbincangan forum, wassatiyah bukanlah sekadar biasa-biasa tetapi perlunya ada jati diri dalam diri di mana sahaja kita berada. Kalau markah peperiksaan kita nak score 100% atau A1 atau A+... Pulun habis sampai tak tidur untuk menjadi yang terbaik tetapi kenapa bila nak menjadi manusia kita jadi yang biasa-biasa sahaja. Sekadar pergi kelas, makan, tidur, facebook, lagha, and then ulang balik rutin ini tiap hari sampai mati. Kalau diberi kesempatan untuk berkeluarga kita akan ajar anak kita rutin yang sama, dan kemudian mati tanpa nama. Sedih apabila menjadi insan yang hanya hebat dalam ujian dunia tapi kalah dengan ujian akhirat. Dushh tumbuk diri sendiri.



Prof Ridhuan Tee pula menerangkan serba sedikit mengenai buku "How to be UP UP UP in the DOWN DOWN DOWN world"
Satu yang menarik dalam perbincangan oleh Prof ialah dia menerangkan untuk membangunkan semula masyarakat yang makin rosak adalah kembali kepada agama masing-masing...
Masyarakat kini sangat-sangat pelik di mana 
"Bangga menayangkan diri dengan budaya keruntuhan akhlak barat"
Barat sendiri "pening kepala" memikirkan solusi kepada masalah keruntuhan akhlak masyarakat mereka, kita pula bangga berselfie "bersubang", berpelukan" konon ikut cara barat.
Jati diri yang terbaik adalah berpegang kepada ajaran akidah islamiyyah yang memberitahu kita untuk bertaqwa iaitu berhati-hati dalam setiap perkara yang kita lakukan. Memilih yang terbaik buat diri dan meninggalkan yang buruk. Bukanlah menjadi pertengahan kepada keruntuhan akhlak barat dan kemudian menyebarkannya. Kalau kita sekadar nak berjaya di dunia, apa beza kita dengan mereka..?? mereka pun setiap hari pulun belajar sampai bengkak2 mata, pulun melagha dengan game dan majlis cucuk-cucuk bintang..... Jadi, Apa beza kita yang Islam dengan mereka...??

"Kembali mengenali agamamu kerana ia mengajar fitrah kehidupan yang sebenar"
Dato Fazley Yaakob pula bercerita mengenai kisah kehidupannya yang susah dahulu. Dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan, beliau berusaha mengikuti apa yang diajarkan ayahnya mengenai erti kehidupan. Hidup merantau di banyak negara tidak menjadikan beliau terikut sama budaya masyarakat sekitar. Bak kata beliau " menjadikan diri seperti ikan di lautan, walaupun sekeliling adalah air masin, tetapi ikan sedikit pun tiada rasa masin, kecuali kalau memang makan ikan masin"
Apa yang membuatkan jati diri beliau kuat adalah pegangan hidup yang jelas iaitu didikan dari awal. Itulah tugas umat pertengahan untuk benar-benar berpegang dengan apa yang dimiliki dan seterusnya menyampaikan sebagai pengajaran buat mereka yang lain. 

Rasa macam panjang sangat post kali ni...
Maaf sekiranya ada salah silap...
Saya bersedia dan inshaAllah mempersiapkan diri menerima teguran.

"Teguhkan tekadmu, Mantapkan Fikrahmu, Dakapi Ilmu itulah bekalan Umat Wassatiyah"

Wallahualam...

♥ with love, fara ♥









Friday, July 25, 2014

Puasa tak "Penuh" tak boleh raya

Assalamualaikum readers.,..
Mengakhiri zon-pecut dalam pengakhiran Ramadhan 1435H...
Betapa bersyukurnya kita terpilih memasuki bulan Ramadhan...
Jangan lupa juga untuk memanjatkan kesyukuran kerana kita berjaya mengakhiri bulan Ramadhan... 

Tetapi apakah bezanya Ramadhan kita tahun ini dan Ramadhan kita yang sebelumnya...??
Apakah mujahadah kita tahun ini...??
Adakah ramadhan kita hanya dihiasi dengan lapar dan dahaga...?? 
Atau setia menunggu melihat jam waktu berbuka puasa...??
Atau pening memikirkan juadah apa yang menarik untuk dibeli di bazar Ramadhan...??
Atau sama seperti saban hari memikirkan menu apakah yang sedap untuk berbuka...??

Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan ke-3 fara di perantauan...
Bila baca balik post Ramadhan masa first year, rasa masih baru mengenali dan masih bertatih dalam memahami definisi sebenar Ramadhan....

Perkara yang daripada kecil fara selalu dengar mungkin sahaja gurauan yang biasa...
"Adik, puasa tak penuh, mana boleh raya..."
Itulah motivasi masa kecil untuk berpuasa penuh...
Al-maklum, sehari puasa = RM 1...  
RM 30 untuk seorang kanak-kanak dah banyak kot... 
Tapi, sebagai seorang perempuan memang akan alami puasa tak "penuh" ni...




Kemudian, fara terfikir "Aik, takkan orang perempuan je puasa tak penuh, ini tak adil!"
Kemudian bagaimana dengan kaum adam... 
Beruntunglah mereka mendapat puasa 30 hari penuh dan mereka sajalah yang "layak" beraya...


Perasan tak, bila tidak berpuasa kerana haid, sebenarnya kita telah mendapat pahala kerana mentaati perintah Allah. Ini kerana Allah yang memerintahkan kita untuk berpuasa pada hari-hari kita tidak didatangi haid, dan Allah jualah yang memerintahkan kita untuk berbuka ketika sedang haid, maka berpuasa ketika haid merupakan suatu dosa kerana anda dikira melanggar perintah-Nya. [Muharikah]



Alhamdulillah apabila membaca mengenai puasa dan kenapa berpuasa fara terjumpa dengan satu hadis

Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:


Maksudnya : “Puasa itu adalah perisai. Maka janganlah dia (orang yang berpuasa itu) mengeluarkan kata-kata keji dan janganlah dia berbuat perlakuan (orang-orang) jahil. Dan sekiranya seseorang mengajaknya bertengkar atau memaki hamun dan mencelanya, maka hendaklah dia mengatakan: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”, (Katakanlah) sebanyak dua kali…”. 

(Hadits riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Berpuasa penuh bukanlah bermakna berjaya melengkapkan 30 hari berpuasa sahaja...

Tetapi bagaimanakah 30 hari berpuasa itu dilalui...??

Adakah 30 hari berpuasa itu dilalui dengan perbuatan mengeji atau mencela...??
Adakah 30 hari berpuasa itu dilalui dengan perkara yang sia-sia...??
Adakah 30 hari berpuasa dibayangi dengan angan-angan mat jenin...??
Adakah 30 hari berpuasa dimaknai dengan kesabaran dalam setiap kesulitan...??



“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.” 

(Hadis Riwayat Ath Thabrani. ) 


Hakikatnya, Ramadhan adalah madrasah tarbiyyah (baca : sekolah untuk mendidik) nafsu kita...

sekiranya sebelum ini 11 bulan nafsu kita tunduk di bawah tarbiyyah (didikan) syaitan (nauzubillah)

Inilah masanya kita memanfaatkan satu bulan untuk kita mentarbiyyah nafsu kita dengan tarbiyyah Al-Quran...

1 bulan versus 11 bulan...??


Dari segi matematik sudah pastinya 11 bulan mampu mengatasi 1 bulan...
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui kekuatan iman dan hati setiap hambanya....

“Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (Ikhlas) di antara mereka.”


(QS, Shaad 38 : 82-83)


“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.”
(QS Al-Hijr, 15 : 39-40)


InshaAllah berusahalah untuk mengikhlaskan diri...

"Fake it till you make it"



Hakikat untuk mengikhlaskan diri dalam setiap amalan bukan mudah...

Hakikat untuk mengikhlaskan diri dalam setiap mujahadah bukan kerja sehari dua...

Tetapi Syaitan sendiri tidak akan mampu menyesatkan mereka yang mengikhlaskan diri kepada Allah...

Semasa Ramadhan inilah kita belajar untuk mengikhlaskan diri kerana segala cucukan syaitan itu dah tiada...

Ramadhan inilah kita melengkapkan puasa 30 hari dengan membina sedikit demi sedikit tembok ikhlas supaya di saat kita keluar dari Ramadhan, adanya satu perisai "muttaqin" (orang-orang yang bertaqwa) telah dibina...

30 hari berpuasa lebih bermakna apabila kita berjaya keluar dengan satu mutabaah amal yang mampu kita ber"istiqamah"

"Tanda amalan yang diterima semasa bulan Ramadhan ialah apabila kita mampu mengamalkan setiap amalan yang kita telah lakukan semasa Ramadhan" [Sheikh Rafat]


Kuantiti vs kualiti....??

Mungkin kita boleh sama-sama check (terutama yang menulis)

"Cukup tak puasa pada tahun ini...?"
"Boleh raya tak ni...?? "

Aidilfitri = kembali kepada fitrah....
Sambutan Aidilfitri = sambutan kemenangan setelah kita kepada fitrah asal penciptaan kita

Seandainya puasa kita tidak mampu mengembalikan kita kepada fitrah asal kita iaitu Islam...
Bermakna tak boleh sambut kemenangan dalam mengembalikan diri kita kepada fitrah... :(


Wallahualam

♥ with love, fara ♥












Friday, June 27, 2014

Tarbiyyah adalah makanan

Assalamualaikum readers..
Apa khabaq semua...? (mood nak jadi orang utara sat...)
Alhamdulillah masih lagi dalam mood exam dan memang mengisi sepuluh minit rehat dengan menulis sedikit demi sedikit... 
inshaAllah semoga dikurniakan keberkatan masa untuk menghabiskan pembelajaran...
nervous exam, kita hilangkannya dengan jihad pena... ^_^
semoga tawazzun (seimbang) dunia dan akhirat inshaAllah... 

Ok habis dah dengan perkenalan ataupun taujihat untuk diri sendiri...
InshaAllah fara nak berkongsi sedikit mengenai buku yang fara baca iaitu tarbiyyah islamiyyah...
penulisnya adalah dr yusuf Al Qardhawi...

InshaAllah untuk yang baru pertama kali mendengar perkataan tarbiyyah....
Tarbiyyah ini apa sebenarnya...???

Tarbiyah berasal dari bahasa Arab yang berarti pendidikan
Sedangkan orang yang mendidik dinamakan Murabbi.

Pendidikan...?? Didikan apakah...??
Ok sabar semua... bawa bertenang...
 

'Makna asal dari kata "Robb" adalah tarbiyah yaitu menghantarkan sesuatu secara bertahap sampai tingkat kesempurnaan.'

Ustadz Abdurrahman Al-Bani dalam tulisannya "Madkhal Ilat-Tarbiyah" menegaskan bahwa kata "Tarbiyah" itu memiliki empat unsur makna :

- Pertama, menjaga dan memelihara fitrah anak.

- Kedua, mengembangkan potensi dan menyiapkannya.

- Ketiga, mengarahkan fitrah dan potensi tersebut secara baik dan sempurna.

- Keempat, bertahap dalam menjalankannya.



Bagi fara, tarbiyyah adalah didikan yang mengarahkan kembali kepada fitrah yang manusia perlu tunduk dan patuh kepada Robb. Patuh kepada yang menciptakan kesempurnaan dalam diri kita. Patuh kepada fitrah asal penciptaan diri kita iaitu sebagai abid [51:56] dan khalifah [2:30] 

Boleh rujuk al-quran untuk memahami code di atas :)

Murabbi (pendidik) yang sebenarnya adalah Allah swt yang telah menciptakan fitrah manusia dan menganugerahkan berbagai potensi kepada manusia. Dialah yang telah menggariskan konsep dan tuntunan untuk mengembangkannya sebagaimana Ia telah mensyari'atkan sebuah aturan untuk mengatur pelaksanaannya.

Islam adalah syari'ah Allah untuk seluruh manusia agar dijadikan pedoman dalam beribadah kepada-Nya termasuk di dalamnya membina dan mendidik generasi Islam agar menjadi hamba-hamba-Nya yang berserah diri dan patuh kepada syari'ah-Nya. Pembinaan dan pendidikan seperti inilah yang dimaksud dengan tarbiyah islamiyah.

Syari'at Islam tidak mungkin dapat diwujudkan kecuali dengan cara melakukan pembinaan jiwa, pembinaan generasi dan masyarakat di atas landasan iman kepada Allah, muroqobah dan berserah diri serta tunduk dan patuh hanya kepada-Nya.

Jadi, apakah hasil daripada didikan/tarbiyyah islamiyyah...??


Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.

Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da'i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf.



Hasan al-Banna pernah menyebutkan:

'Jihad adalah fardu yang berjalan terus sampai hari kiamat."

Sabda Rasuluilah SAW:

"Barangsiapa mati padahal dia tidak berjihad dan tidak pernah berniat berjihad, maka matinya seperti mati jahiliyah.'


Menurut Al Syekh Mustafa Masyur bahawa 

Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. 

Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin berkarat. Rasuluilah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).' (HR Al Baibaqi)

lman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW:

"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.' 
(HR Al Hakim dan At Tabrani)

Tarbiyyah fara analogi kan seperti makanan. 



Makanan,
Manusia memerlukannya setiap hari. 
Tanpa makanan kita menjadi lemah.
Longlai dalam urusan seharian kerana badan tidak terisi.
Perut kosong berkeroncong meronta-ronta inginkan diisi.
Salah pengisiannya, perut tidak akan kenyang.
Perut akan masuk angin sebab nutrien tidak mencukupi.


Tarbiyyah,
Manusia memerlukannya setiap hari,
Tanpa tarbiyyah kita menjadi lemah.
Longlai dalam urusan seharian kerana hati tidak terisi.
Hati kosong menjerit meronta-ronta inginkan diisi.
Salah pengisiannya, hati tidak akan cukup,
Hati akan mudah dimasuki jahilliyah kerana adanya ruangan kosong.

Makanan dan tarbiyyah...
Sama tapi tak serupa...
Adakah tarbiyyah memerlukan kita atau kita yang memerlukan tarbiyyah...??


Apa-apapun doakan fara ea dipermudahkan untuk exam...
To all readers semoga anda semua juga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat...

Wallahualam...

♥ with love, fara ♥









Monday, June 23, 2014

Kenapa? Tak Percaya KE...??

Assalamualaikum readers...
fuhh fuhh fuhh...
tiup2 sawang dekat blog...
penuh haa dengan sarang labah-labah....
Apa-apa pun macam biasa blog hanya akan te'hapdate' apabila fara berada dalam situasi yang sangat sibuk (minggu exam) dan waktu selepas mendengar luahan perasaan sahabat di alam maya...

Minggu ini ada seorang sahabat bercerita tentang masalahnya yang dirinya sukar nak mempercayai orang...
SubhanaAllah seriously tak tahu nak bantu atau pun jawab macam mana...
Duduk sebentar membelek-belek manual (Al-Quran).....
Mentadabbur mencari tarbiyyah apa yang Allah nak beri pada hari ini...
Ohh ya! naqibah fara selalu cakap, kadang-kadang bila orang datang tanya minta nasihat...
Ianya mungkin sebagai taujihat buat hati kita atau pun itu lah sumber peringatan kepada kita...




Kepercayaan ini memang susah...
Seriously sahabat baik yang bertahun declare BFFFF pun,
Hanya dengan satu salah faham boleh jd musuh...
Bersahabat berpuluh tahun, musuh dalam sesaat... 
Especially kaum fara sendiri yang dikurniakan 9 emosi dan 1 akal... 
Emosi yang menundukkan diri dan bukannya kita yang menundukkan emosi... 

Susah kadang nak mempercayai seseorang apabila hati kita telah dilukai 
Tapi,
Letakkanlah kepercayaanmu didasari dengan iman
Letakkanlah ukhuwwah didasari dengan akidah..



Mungkin kerana satu kesalah fahaman atau satu kesalahan, kita lantas membina kebencian...
Walhal hakikat kebaikan yang selama ini menjadi kabur dengan sekelip mata...

Kita tidak sedar pada hakikatnya kita pun pernah melakukan kesalahan...
Kita tidak sedar hakikatnya kita pun pernah melukakan hati sahabat kita...
Tapi kerana satu luka yang kita terima terus putus sahabat...


Ukhuwwah fillah....
Ia mungkin mudah untuk diungkapkan tapi sukar untuk dilaksanakan...
Tapi ingatlah, kalau kita benar-benar menyayangi sahabat kita fillah (kerana Allah)
Cubalah memaafkan kesalahan mereka kerana Allah...
Cubalah untuk bersabar kerana Allah...
Cubalah untuk mencintai kerana Allah...
Cubalah untuk menyebarkan kasih kerana Allah...

Ukhuwwah fillah...
Ingatlah di saat kita semakin menjauh...
Di saat itu hakikat iman kita melemah...
Di saat itu kita menjadi Narcissus yang mengkagumi hakikat diri yang terlupa banyak kecacatan...



"Ana Khairu Minh"
"Aku lebih baik daripadanya"
Kerana dialog itu syaitan dibuang daripada syurga...
Kerana dialog itu syaitan kekal di neraka jahanam...



Allah berfirman, “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu”. Iblis menjawab, “Aku lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”. (Surah Al A’raf:12)


Adakah dialog ini juga teraplikasi dalam ukhuwwah kita....????



Sesungguhnya yang menulis ini bukanlah lebih baik daripada yang membaca...
Kerana yang menulis ini pun banyak melakukan dosa...
Tetapi kerana hadis 18 "Ikutilah keburukan dengan kebaikan"
Tetap menyampaikan walaupun sedikit yang daku tahu...
Tetap menyampaikan walaupun banyak kelemahan...
Tetap menyampaikan walaupun diriku akan diuji....
Supaya ia dapat menjadi sebahagian amalku mengantikan segala kekuranganku...


Apa-apapun doakan fara ea dipermudahkan untuk exam...
To all readers semoga anda semua juga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat...

Wallahualam...

♥ with love, fara ♥









Sunday, April 27, 2014

Dakwah vs Masa Lapang

Assalamualaikum kpd yg sudi membaca... (x sudi pn xpe.... ^_^)
Alhamdulillah spt biasa kegiatan penulisan dan update akan berlaku apabila sangat busy...
seriously...?? itulah diriku dan sisi lain dalam diriku...

Dakwah vs Masa Lapang...
Kenapa ea...??
Ramai yang bercakap, budak-budak yg join usrah ni busy je memanjang....
mana nak usrah sendiri,
mana nak usrah bersama adik2 yg tercinta...
mana nak berkasih sayang dengan housemate...
mana nak bertaaruf dengan anak-anak usrah sendiri...



Ya! setiap orang dianugerahkan Allah Yang Maha Pemurah 24 jam sehari...
Mereka yang melakukan dakwah juga masih dikurniakan 24 jam sehari...
Bila difikirkan kembali..
setelah diri ini terjebak di dalam medan dakwah dan tarbiyyah ini,
diriku mulai sedar, jadual seharianku semakin padat...



sehinggakan... 
Tiada masa untuk duduk bersenang goyang kaki...
Tiada masa untuk melayan jahilliyah yang hanya menggelapkan hati...
Tiada masa untuk dibuangkan dgn kata-kata yang tidak bermanfaat lagi...
Tiada masa untuk perkara yg tidak menyampaikan kpd tujuan penciptaan manusia...
Tiada masa nak membalas sms boyfie atau berselfie...

Hidup tanpa tujuan akan membuat hidup kita terasa hampa.
Tanpa mengenal tujuan hidup,
kehidupan ini menjadi sesuatu yang rutin dan membosankan.
Dakwah itu indah kerana ia menjaga mereka yang membawanya...
Semakin hari semakin aku sedar yang masa-masa kini telah terisi...
Semakin hari semakin banyak bidang ilmu yang perlu aku pelajari...
Semakin hari semakin banyak kelemahan diri yang harus diperbaiki...
Semakin ramai mad'u yang perlu aku cari...


Kini setiap langkahku... 
Ada matlamat yang pasti...
Ada tujuan hidup yang perlu aku kejari...
Ada satu cinta yang perlu aku dekati,...

Meraih cinta Allah untuk bersua di akhirat nanti, 
itulah impian yang daku ingini....

DOA MELIHAT ALAM

♥ with love, fara ♥











Thursday, October 10, 2013

Kupasan Hadis Ghulam : Kitalah Pemuda Itu~



Mungkin ada yang rasa biasa sahaja apabila membaca hadis ghulam.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh hadis tersebut. 
Ada kaitan ke hadis tersebut dengan keadaan kita sebagai pelajar. 
Adakah hadis tersebut setakat sebuah cerita? 
Agak-agaknya, Rasulullah SAW suka-suka ke nak buang masa nak cerita dengan sahabat kisah tersebut yang serasanya sangatlah panjang?

Insya Allah kita berkongsi sedikit pengajaran dari hadis ini. Sekiranya ada kesilapan, teguran adalah dialu-alukan. Hadis ni sebenarnya terlalu bermakna setiap baris dan ayatnya. Menjadi taklif (tanggungjawab) untuk berkongsi meskipun ilmu yang ada terlalu sedikit.

Ghulam ni apa sebenarnya? Remaja lelaki. Kisah ni pernah disebutkan dalam Quran ke? Pernah. Dalam Surah Buruj. Kisah tentang parit. Bila satu kisah tu Allah sebut dalam AlQuran, kisah tu sangatlah penting. Macam orang yang menyusun buku teks, dia kenalah pastikan apa yang dia nak tulis dan susun dalam buku teks tu adalah benar-benar penting. Macam itu juga dengan AlQuran. Kitab dan pedoman sepanjang hayat. Maka setiap perkara yang Allah sebutkan tu memang sangat relevan dengan kita.

Allah sebut ke nama ghulam tu dalam AlQuran? Rasulullah sebut ke nama ghulam tu dalam hadis tersebut? Allah dan rasulNya sebut ke nama tempat itu? Tak. Sebab apa? Sebab nak tunjukkan kat kita betapa ‘evergreen’nya hadis ni. Rasulullah SAW nak tunjukkan kat kita betapa relevannya hadis ni meskipun kita duduk pada era 2020. Saya adalah ghulam. Awak adalah ghulam. Siapa sahaja adalah ghulam.

Kenapa agaknya hadis ni pasal ghulam? Seorang remaja. Kenapa bukan pasal seorang tua yang dah matang dengan pengalaman ke? Kenapa agaknya? Sebab remajalah penentu masa depan sesuatu bangsa kan? Remajalah golongan yang mempunyai semangat yang sangat kental. Punya misi dan visi. Tindakannya jauh lebih mencabar dan mungkin tak tercapai dek akal manusia biasa. Keputusannya membuat orang terpegun. Remajalah golongan yang sangat kreatif dan inovatif. Tapi apa yang jadi kat kebanyakan remaja sekarang? Mereka adalah golongan yang begitu hebat dengan perkara-perkara yang membinasakan. Hebat smoking, hebat clubbing, hebat cakap kosong, dan segala macam kehebatan yang menghancurkan ada dalam diri kebanyakan remaja dewasa ini.

Kita tengok hadis ini. Kisah ini dimulakan mengenai dialog di antara raja dan tukang sihir. Raja mempergunakan tukang sihir demi kepentingannya. Dan tukang sihir tahu sekiranya dia telah tiada, raja akan bermasalah. Maka dia meminta raja mencarikan seorang budak. Dalam riwayat Tarmizi disebut: “Carilah untukku seorang budak yang mudah memahami atau dia berkata: yang cerdik dan cepat faham” .

Kenapa budak yang cerdik dan pandai? Sebab kalau bodoh, kena ajar sihir berkali-kali. Menyusahkan. Maka raja pun mencari budak yang pandai. Macam mana raja cari? Tidak disebutkan dalam hadis ini. Mungkin raja buat peperiksaan SPM, tapis mana satu pelajar terbaik.

Lepas itu kita tengok tentang rahib. Bila budak itu sudah terpilih sebagai ahli sihir raja, maka popularlah dia. Terkenal. Semua orang kenal dia. Macam pelajar terbaik SPM, keluar di dada akhbar dan televisyen. Rahib pun kenal dia. Dan rahib ini pun berusaha untuk berkenalan dengan budak (ghulam) ini tadi. Tidak diceritakan macam mana rahib kenal budak itu. Zaman itu tiada boarding school. Maka ghulam ini berulang alik dari rumah ke tempat tukang sihir. Dalam perjalanan itu dia bertemu rahib. Dan rahib telah melakukan segala usaha untuk berkenalan dengan ghulam.

Kemudian ghulam pun syok dengan ilmu si rahib. Bermulalah episod baru dalam hidupnya, perkenalannya dengan Islam. Buat sahabat-sahabat sekalian, kisah ini adalah persis perjalanan hidup kita yang bukan kebetulan. Kisah ini adalah kisah perjuangan. Dan kisah ini akan terus berlaku sehingga hari akhirat. Ghulam akan terus hidup sehingga kiamat berlaku. Dan kitalah ghulam tersebut.


Mungkin sahabat-sahabat tertanya-tanya, jadi apa kaitannya hadis ni dengan kita? Hakikatnya, hadis ini nak ajak kita semua kembali menjadi ghulam atau remaja yang soleh dan musleh, yang baik dan cuba menjadikan manusia lain juga baik. Nak senang faham kaitan hadis ni dengan kita, dapatlah disimpukan:

1) ghulam – kita golongan remaja
2) ilmu sihir – macam ilmu duniawi yang kita pelajari seperti ilmu perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan lain-lain lagi
3) tukang sihir – macam pensyarah-pensyarah kita di universiti atau cikgu-cikgu di sekolah yang mengajar kita ilmu duniawi
4) ilmu yang dipelajari dari rahib – macam ilmu agama yang kita pelajari dalam usrah, atau dari guru-guru agama kita, ilmu yang benar..

5) rahib – macam ustaz atau ustazah, naqib dan naqibah

Kita tengok ghulam ni. Dia belajar ilmu medic sahaja ke? Atau dia belajar agama dalam usrah sahaja? Dia belajar dua-dua benda. Ada di kalangan kita yang hanya tahu score dalam exam sahaja, tapi tidak tahu langsung pasal agama. Bila ada yang ajak pergi usrah/ program agama, rasa malas. Ada pulak yang hebat sekali dalam ilmu agama sahaja, akademik hancur belaka. Maka jadilah macam ghulam, balance dalam aspek duniawi dan ukhrawi.

Kalau kita tengok hadis ini, pernah tak si rahib suruh ghulam berhenti belajar sihir? Tidak pernah. Dalam keadaan terdesak pun, si rahib suruh ghulam ‘menipu’ sahaja. Tidak suruh ghulam berhenti belajar sihir. Kenapa agaknya ghulam ni belajar ilmu sihir sedangkan tanggungjawab dia adalah khalifah kat muka bumi ni? Bukan ke dia kena buat kerja dakwah, kena ajak orang kepada Islam. Tapi kenapa dia belajar ilmu duniawi jugak, kenapa bukan ilmu ukhrawi sahaja? Kenapa tak belajar pasal islam sahaja? Macam kitalah jugak kan, kenapa buat perubatan, undang-undang, kejuruteraan dan lain-lain? Bukan kita kena jadi khalifah ke? Sebabnya ultimate goal kita bukanlah nak jadi doktor, jurutera atau peguam semata-mata. Tapi semua tu adalah cara kita nak ’menyihir’ hati manusia lain kepada Islam. Kan best kalau jadi doktor, 5 minit je rawat pesakit, tapi 10 minit adalah berdakwah. Best tak? Best kan. Patient percaya tak? Mesti percaya. Kenalah jadi macam ghulam, dia belajar ilmu sihir tu untuk menyihir hati orang lain. Bila dia sembuhkan orang buta tu, dia katakan kat orang buta tu, Allah yang sembuhkan. Dia dakwah kat orang buta tu. Best kan kalau dapat jadi macam ghulam?

Ghulam belajar ilmu sihir itu dengan matlamat yang benar. Matlamatnya apa? Perjuangan aqidah yang hak. Hatta sehingga akhir hayatnya. Kalau kita tidak faham matlamat hidup kita, jadilah kita tukang sihir selama-lamanya. Jadilah kita doktor yang tidak pernah tahu tujuan penciptaannya. Dan kita akan terus diperkudakan. Macam orang Indonesia yang tolong bina KLCC itu. Dia buat kerja susah-susah, tapi orang lain dapat nama. Dia dipergunakan.

Ghulam bukan begitu. Sihirnya menyebabkan dirinya hebat. Hatta memperkudakan sang raja. Dia arahkan raja buat macam-macam semata-mata nak membolehkan raja membunuh dirinya. Tapi bukan tujuannya nak mati sia-sia. Dia memperkudakan raja agar perjuangan aqidah itu sampai kepada matlamatnya. Di hadapan semua manusia, kalimah tauhid itu berjaya ditegakkan. Kita pun perlu begitu. Jadi doktor yang hebat. Tujuannya semata-mata agar perjuangan aqidah ini sampai kepada matlamatnya. Agar Islam ini mencapai ustaziatul alam.

Lepas tu, kita tengok lagi ghulam ni. Dia cuba test ilmu dia saat dia bertemu binatang di jalanan. Dan bila dia yakin yang ajaran rahib adalah betul, dia pun mengorak langkah. Cuba tanya kat diri kita? Kita yakin ke dengan Islam yang kita pikul? Kita malu tak nak cakap dengan orang lain pasal Islam? Kalau kita dah yakin, apa yang kita lakukan? Ghulam ni saat dia dipanah dan syahid, dia dah tinggalkan roh-roh iman dan Islam ke dalam hati rakyatnya. Kalau kita ditakdirkan meninggal dunia hari ini atau esok, apa yang kita dah tinggalkan? Adakah kita telah mengubah sesuatu? Adakah kita telah menyinari hati manusia lain dengan roh iman dan Islam? Atau kita juga sama dengan insan lain yang menjadi beban di muka bumi Allah ini tanpa melaksanakan apa-apa?

Dalam kisah ghulam ni jugak, Allah tetap menyempurnakan agamaNya sebagaimana Dia menolong ghulam dalam kisah ini. Kaum yang selama ini berada dalam kesesatan dan kezaliman mendapat hidayah Allah apabila melihat peristiwa yang berlaku kepada budak itu.Allah taala senantiasa membantu mereka yang menegakkan dan memelihara serta mempertahankan agamaNya. Dalam keadaan realiti di zaman ini yang penuh dengan hiruk pikuk Jahiliyyah, hanya kitalah harapan ummah. Manusia lain melihat kita seolah-oleh bermimpi dengan kemenangan Islam, tapi kita percaya Islam tetap akan gemilang. Kita berusaha ke arah tersebut agar kita layak di kaca mata Allah untuk dikurniakan kemenangan.

Apa lagi yang kita pelajari dari hadis ghulam ni? Allah mampu membangkitkan pendakwah pada agamaNya daripada kalangan orang yang mana pada mulanya dianggap pengukuh kepada kerajaan Thaghut sebagaimana ghulam di dalam kisah ini, pada mulanya ghulam itu menjadi murid kepada tukang sihir tetapi akhirnya beriman kepada Allah melalui pengajian yang di perolehi daripada rahib dan akhirnya dia menjadi penentang paling kuat kepada kerajaan yang zalim itu. Kadang kita lihat sahabat kita, dah macam tiada harapan. Kita tertanya-tanya, bolehkah dia berubah? Tapi hidayah milik Allah. Kita hanya berusaha. Kalau kita dah tak mampu dah nak ubah dia, perkara paling kecil yang kita lakukan adalah doa. Berapa kali kita doakan dia? Kita tidak pernah tahu takdir penentu titisan hidayah ke atas dirinya. Sekiranya Allah takdirkan dia bertemu seseorang, hatta mungkin seorang penzina sekalipun, mungkin sahaja dia berubah. Sepertimana kisah Imam Syafie yang belajar sesuatu dari pencuri. Sahabat kita itu mungkin hanya memerlukan satu saat sahaja untuk berubah. Dan berubahnya sahabat kita itu kelak mungkin sahaja menjadi batu locatan kepada perjuangan Islam itu sendiri.

Kisah ghulam ni juga mengajar kita bahawa iman tidak memerlukan masa yang panjang setelah diberi hidayat oleh Allah didalam hati manusia sebagaimana yang terjadi kepada kaum di dalam kisah ini. Tidak siapa tahu urusan hidayah dan iman ni. Kadangkala di saat akhir kehidupan seseorang itu, barulah dia menemukan cahaya keimanan sepertimana pengikut-pengikut ghulam. Ghulam tidak sempat pun ajar surah Fatihah, syariah kat pengikut-pengikutnya. Tapi berimannya pengikut-pengikut ghulam, mereka sanggup untuk dicampak dalam parit yang panasnya begitu menyakitkan.

Allah juga mengurniakan karamah (kemuliaan) kepada wali-waliNya didalam memperkukuhkan lagi keimanan dan keyakinan. Mungkin dalam realiti kita di zaman ini, mungkin Allah kurniakan kita lisan yang fasih dan segala macam kelebihan untuk menyentuh hati manusia. Menjadi tanggungjawab kita untuk meneruskan perjuangan dan menjadi mata-mata rantai perjuangan.

Kita juga belajar satu perkara yang sangat praktikal dengan kita. Orang kafir sentiasa bermusuh dengan orang beriman sebagaimana di gergaji rahib dan pegawai raja yang telah beriman kepada Allah. Dalam urusan perjuangan dan tarbiah ini, pasti ada onak diri. Semakin tinggi kefahaman, semakin tinggi ujian. Jalan dakwah ini tidak pernah dihampar dengan permaidani merah. Macam-macam cara musuh Islam bekerja untuk menghancurkan kita. Tapi kita wajiblah bersabar di dalam menempuh ujian sebagaimana sabarnya rahib, pegawai dan budak itu serta kaum yang telah dihumbankan ke dalam lubang api. Dapat kita bayangkan bagaimana rasanya kalau digergaji? Dapat kita rasakan bagaimana sakitnya kalau dihumban ke dalam api? Kadangkala kalau nak dibandingkan dengan ujian mereka, ujian yang kita lalui terlalu sedikit. Mudah sahaja kita mengeluh bila Allah uji dengan sedikit cubaan. Kita selalu sahaja meminta kat Allah dipermudahkan ujian. Kenapa kita tidak minta kat Allah agar dikurniakan hati, fizikal dan mental yang kuat untuk menghadapi ujian?

Apa lagi yang best pasal hadis ghulam ni? Pasal kes ‘tipu-tipu’.

Rahib berkata, ‘Jika tukang sihir ingin memukulmu katakanlah, aku terlambat karena keluargaku. Dan jika keluargamu hendak memukulmu maka katakanlah, aku terlambat karena (belajar dengan) tukang sihir’.


Ada yang salah guna hadis ni dan mengatakan Islam membenarkan kita menipu. Islam tidak sesekali membenarkan kita menipu. Tiada istilah bohong sunat dalam Islam. Cuma dalam kes ni, situasinya berbeza. Cuba bayangkan kalau si rahib tak suruh ghulam buat macam tu. Apa akan jadi? Ghulam dah tidak boleh belajar ilmu dari si rahib. Terputus ilmu. Islam tak ke mana. Tipu tidak pernah dibenarkan dalam Islam kerana keburukannya yang besar. Namun dalam situasi di mana keburukan akan menjadi lebih besar sekiranya tidak menipu, maka ketika itu hukumnya adalah wajib menipu.

Sama juga situasinya di zaman Rasulullah, berkenaan dengan kisah Ammar. Bila dia sudah nyaris dibunuh, dia mengatakan dia tidak beriman dengan Allah dan RasulNya, meskipun hatinya tidak mengiakannya. Rasulullah iktiraf perbuatan dan iman Ammar kerana dalam keadaan darurat.


Di dalam Islam, kita dibolehkan membuat helahan dalam peperangan dan perkara yang bertujuan menegakkan kebenaran. Contoh macam kita la kan, mungkin kalau nak pergi program agama, ayah dan ibu kita tidak beri izin. Apa kita nak buat? Jangan berbohong, tapi berdalih. Katakan pada ayah dan ibu kita, kita nak pergi program motivasi. Kita tak berbohong, bukan? Sebabnya kalau kita program agama, dengar kisah ghulam misalnya, kita akan termotivasi, bukan?

Macam jugak dalam kisah Rasulullah SAW. Rasulullah lihat ada seorang pemuda Mukmin yang dikejar oleh musuh. Musuh tersebut tidak mengenali Rasulullah dan bertanyakan Rasulullah, adakah Rasulullah melihat pemuda tersebut. Apa Rasulullah lakukan? Rasulullah ubah kedudukan dia dengan melangkah ke tempat lain dan Rasulullah mengatakan, ”Sewaktu aku berada di sini, aku tidak melihatnya”. Rasulullah menipu ke? Tidak, tetapi sebaliknya Rasulullah berdalih.

Macam jugak perjalanan Rasulullah dan Saidina Abu Bakar. Bila ada yang bertanyakan Saidina Abu Bakar, siapakah Rasulullah, Saidina Abu Bakar mengatakan bahawa Rasulullah itu adalah ’penujuk jalan’ untuk menjaga keselamatan Rasulullah. Mungkin di mata orang yang bertanya, Rasulullah adalah orang yang tahu selok belok perjalanan ke sesuatu tempat, tetapi di hati Saidina Abu Bakar, dia tahu bahawa Rasulullah adalah ’penujuk jalan’ yang lurus. Saidina Abu Bakar berbohong ke? Tak, sebaliknya berdalih.

Dalam hadis ghulam ni juga ditekankan tentang kepentingan menjaga ’sirr’/ kerahsiaan.

Sang rahib berkata, ‘Wahai anakku, kini engkau telah menjadi lebih utama dari diriku. Kelak, engkau akan diuji. Jika engkau diuji maka jangan tunjukkan diriku”.

Kenapa rahib tidak benarkan ghulam menunjukkan diri si rahib? Sebab ni adalah perkara kerahsiaan. Ada perkara yang kita perlu jaga dalam perjuangan sebab musuh Islam sentiasa mencari jalan menghancurkan kita. Kerahsiaan (sirr) dan berhati-hati (hazar) ini adalah salah satu strategi dalam Islam.



Mereka yang benar-benar yakin, Istiqomah, sabar dan ikhlas dalam perjuangan sahaja yang akan mendapat kemenangan. Malah hadis ini diletakkan dalam bab sabar di dalam kitab Riyadhus Salihin. Moga kisah ini memberikan suntikan semangat buat kita untuk terus berada dalam perjuangan yang penuh onak dan duri ini.

Ini adalah sharing daripada Ummu Afeera >> Inqilaab 

♥ with love, fara ♥









Wednesday, September 18, 2013

Murabbiku


Buat Murabbi yang tidak pernah kenal erti lelah....

Murabbiku...
Jikalau dulu duniaku gelap,
Tidakku kenal erti sebenar,
Segalanya gelap dan hampa,
Tidak mampu apa-apa,
Tidak mampu kemana-mana.

Murabbiku,
Kini duniaku penuh dengan warna-warna ceria,
Penuh dengan tarbiyyah gembira,
Penuh dengan goresan dan kata-kata,
Yang dulunya daku lena dibuai mimpi nan indah,
Kini mulai sedar realiti hidup nan nyata.



Murabbiku,
Pengorbananmu membuatkan kami terbangun
Tersadar dari lelapnya dunia fatamorgana,
Yang melupakan kami tentang erti perjuangan sesungguhnya
Iaitu perjuangan di jalan Allah.

Murabbiku,
Jazakillahu khair kerana mengajarku,
Tentang indahnya warna-warni tarbiyyah,
Tentang tujuan garisan yang dilukis,
Tentang kata yang harus dibaca,
Tentang bicara yang perlu dirasa,
Tentang siraman taujih yang membasahi hati.

Impian setiap murabbi ingin melihat mutarabbinya maju melangkah kehadapannya

Murabbiku,
Kini aku juga seorang murabbi,
Bersama membina syuhada juga pahlawan,
Pejuang agama yang menegakkan shahadah.

Murabbiku,
Doakanku setegar batu karang,
Masinnya laut mampu ditelan,
Menjadi tempat perlindungan,
Buat mereka yang memerlukan.

♥ with love, fara ♥










Monday, September 16, 2013

Back to School

Assalamualaikum readers...

Spring break dah pun melabuhkan tirai....
Tinggal beberapa bulan untuk mengakhiri semester ke2 dan tahun 2 di university of auckland...
apa pun ingatkanlah diri mu tujuan sebenar kehidupanmu di dunia ini...
SubhanaAllah...

InshaAllah ada seorang hamba pernah berkongsikan tadabbur surah thaha kepada farah....
Farah sangat menarik dan inshaAllah fara ingin berkongsi pada readers semua...
Jom kita sama-sama tadabbur surah thaha : ayat 17-21

A017
"Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?"
(Taha 20:17)

A018
Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu". 
(Taha 20:18)

A019
Allah Taala berfirman: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!"
(Taha 20:19

A020
Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.
(Taha 20:20)

A021
 Allah berfirman: "Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal.
(Taha 20:21

Dalam ayat 17,
Nabi Musa ingat tongkatnya sgt baik untuknya, sbab byk manfaat..
Tapi dalam ayat-ayat seterusnya,
Allah tukarkan tongkat tu jadi ular,
dan Nabi Musa jadi takut..
Allah mengingatkan kita, yg sebenarnya Allah lah yg menentukan samada sesuatu tu baik atau tidak baik untuk kita, bukan kita..
Kadang-kadang kita fikir kalau study kuat-kuat dan banyak-banyak,
ini baik untuk exams kita..
Kadang-kadang kita rasa buat bagus dalam assignment dan test kita baik untuk grades kita..
Kita rasa score dalam exams dan grades bagus bermanfaat untuk kita..
Tapi kita lupa, Allah jualah yg menentukan samada usaha-usaha study kita
baik atau tidak untuk exams kita..
Allah yg menentukan samada test dan assignmemt kita baik atau tidak untuk grades kita..
Allah yg menentukan samada exams dan grades kita bermanfaat atau tidak untuk kita..

So kembalilah kepadaNya..
Bergantung dan berserahlah spenuhnya kepadaNya..
Dan bertawakkal lah kepadaNya..
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang..


marilah kita belajar supaya setiap ilmu yang dipelajari dapat mendekatkan diri kembali kepada Allah...
Belajar juga merupakan satu ibadah
sekiranya kita belajar tapi melambatkan kita solat...
sekiranya kita belajar tapi menghalang kita mempelajari ilmu Allah yang lain...
perlu untuk kita check kembali tujuan sebenar kita belajar....


Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
[Surah Al-Baqarah 2:216]





♥ with love, fara ♥









Saturday, September 14, 2013

Tarbiyyah dari Pokok

Assalamualaikum readers...

Alhamdulillah telah diizinkan Allah dan dikurniakan keberkatan masa sebentar
untuk berkongsi apa fara bersama anak-anak usrah dapat berusrah di dalam hujan... 
Alhamdulillah kita merancang, Allah juga merancang dan 
Sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik...

Inilah lukisan fara semasa usrah hari ni... 

Hasil lukisan orang yang tak kreatif.... *uhuk-uhuk

Pokok...... 
Kenapa pokok ea...??
Apakah tarbiyyah yang dapat kita selami melalui pokok...??



Pokok yang tumbuh segar bugar, kuat dan kukuh, cantik bunganya dan manis buahnya, bermula dengan benih.

Bermula dari benih hingga ke peringkat menikmati buah yang manis, kita manusia hanya ada usaha dan tawakkal. Allah jualah Maha Berkuasa menumbuhkannya, Maha Suci Allah.

Andaikan benih yang kita ambil dari pokok sama, kita semai di tanah sama serta disiram jumlah air sama. Saban hari hari dilihat, ada bertunas, ada mulai keluar dari kelopak kulit, bahkan ada juga seperti asal disemai.

Hari berlalu bersama siraman air dan taburan baja sama rata, ada benih kekal tidak bertunas, ada mula menjadi anak pokok dan ada telah mengeluarkan dedaun hijau menawan.

Masa berlalu, pokok semakin membesar, ada kelihatan sihat, ada kelihatan lemah. Usaha menyiram dan membaja serta memangkas dilakukan, hasilnya, sihat semakin kuat, lemah kembali sihat. Tetapi ada juga sihat bertukar menjadi lemah, si lemah menjadi sihat, malah ada yang tamat riwayatnya.

Usaha konsisten dilakukan, pokok-pokok semakin kuat. Ghairah dengan usaha menyiram, membaja dan memangkas, ada pokok terus kuat, ada patah terjirus air, ada rosak terlebih dos baja dan ada juga maati terpangkas. Jelasnya ada kesilapan pada usaha.

Ujian tiba, ada pokok cekal hidupnya, ada cacat dihinggap serangga, ada mati tumbang ditiup angin atau ditenggelami banjir.

Yang hidup pula ada berbunga, tetapi kemudian layu. Ada berbunga, lalu berbuah, buahnya masam, pun begitu tetap juga ada yang manis.



Ujian itu Allah jadikan sebagai latihan untuk melatih hambaNya menjadi seorang yang sabar.
” Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun”. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” 
(Al-Baqarah : 155-157)




Seumpama itu barangkali metafora fitrah tarbiyyah berdasarkan jati diri pokok.
Kita hanya berusaha dalam pelbagai cara, hasilnya berbeza-beza.
Dalam hidup ini kita hanya mampu berusaha...

Kita memerlukan tarbiyyah dan tarbiyyah itu sebenarnya datang dalam pelbagai cara...
sama ada dalam bentuk nikmat mahupun ujian...
kadang-kadang kita sedih bila diuji...

kita tanya pada Allah kenapa aku?

kenapa dalam banyak-banyak pokok, aku antara ditiup angin paling kuat...??

kenapa aku antara pokok yang sering dibaling kayu oleh kanak-kanak...??

"Allah sedang berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas. sabar dan ikhlas itulah islam" 


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 
"Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)' 
[Surah Al-Ankabut: ayat 2] 

tapi sedarlah angin yang datang itu meniupkan segala daun-daun kering...
sedarlah kanak-kanak yang membaling kayu itu ingin mendapatkan buah dari pohonmu...
mereka juga inginkan kebaikan darimu...
adakah kamu hanya akan menjadi pohon yang membesar
dan kemudiannya mati
TANPA memberi bakti kepada mereka yang berada di sekelilingmu....????????

Jadilah seperti pokok, apabila dibaling kayu,
engkau menjatuhkan buah....
Apabila dikau disakiti, engkau menjatuhkan nikmat untuk dinikmati....

Itu adalah lebih indah kerana kita tidak tahu amal mana yang Allah pandang
untuk memasukkan kita ke dalam syurga...


Wallahualam.... 


♥ with love, fara ♥